RSS

Kisah P.

04 Jul

Pagi tadi rakan sepejabat gunakan kereta saya untuk urusan pejabat di luar. Tak sampai 5 minit, dia called saya. Perkara pertama yang saya bayangkan adalah dia accident!

Saya cuak!

Sangat cuak!

 

Banyak perkara yang perlu diuruskan jika berlaku kemalangan ketika waktu bekerja. Nak terangkan pada bos, pada SOCSO, pada polis, pada hospital, pada ibu bapa dan keluarganya, pada jiran-jiran pejabat, pada pihak insurans, pada jiran-jiran rumahnya. Pendek kata memang banyak pihak lah yang saya kena terangkan.

Oh itu andaian sahaja.

 

Rupa-rupanya dia kata ada polis buat roadblock.

Oh alhamdulillah. Sangat bersyukur bukan accident.

 

Tapi, andaian-andaian lain pula yang muncul di benak kepala otak saya ini.

“Kenapa perlu called saya kalau cuma roadblock biasa?”

“Kereta saya tiada road-tax kah?”

“Lampu kereta saya ada yang pecah kah?”

“Kereta saya tiada side-mirror kah?”

“Polis terjumpa senjata tajam atau dadah atau PATI (?!) dalam kereta saya kah?”

 

Nak tahu sebabnya dia called saya?

 

Sebab kereta saya tiada P!

Ohh.. mey mey le tiada P. Saya ni dah tua. Zaman P dah lama berlalu.

 

Bukan. Bukan sebab itu!

Sebab nya rakan sepejabat saya tadi tu yang masih P!

Oh, ye ke?

Ye la, baru saya perasan yang kereta dia mey mey ada P!

Ha ha ha.

lesen p

 

Dia kata memang tak boleh nak menyelinap mana-mana dah. U-turn memang dah out la. Waktu dia called saya tu dia tengah duduk di parking lot tepi kedai. Saya suruh dia tunggu dalam 5 minit, mana tau kalau pakcik-pakcik berbaju putih dan berseluar hitam itu mahu beredar mengisi perut, mana la tau kan?

Dia kata okay.

7 minit berlalu, masih tiada tanda-tanda yang mereka itu kelaparan. Saya sms minta dia tinggalkan kereta di situ, dan jalan kaki balik ke pejabat.

Akhirnya saya la yang menyambung kerja dia untuk urusan di luar itu. Kelakar juga bila difikir kan semula. Mesti pakcik berbaju putih dan berseluar hitam itu hairan melihat sebuah kereta bertukar pemandu di depan matanya. Alaa, apa nak hairan pakcik berbaju putih dan berseluar hitam wei, macam tak biasa pulak. Kan?

Mwa ha ha ha.

Tapi alhamdulillah dia cepat terfikir yang kereta saya tiada P. Kalau tidak, haru nak membayar kalau kena saman. Haru juga nak terangkan pada bos sebab kena saman.

 

p.s. Haru juga saya dan dia sebab kena menapak balik pejabat. Tapi berbaloi la dari kena saman, ya kan?

p.s.s. Emotional tak, bila drive belakang kereta yang ada P merah menyala? Lagi-lagi kalau bawak 70 di lane kanan. Rasa macam nak langgar-langgar aje bontot kereta dia kan?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 04/07/2013 in Categorized

 

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: