RSS

Kepada ibu itu..

20 Jul

.. takziah sahaja yang mampu saya ucapkan. Takziah dan saya mohon sangat-sangat agar Norzatusy Hazwa binti Abdul Rahim dan keluarga redha, ikhlas dan bersabar. Bersabar, bersabar dan bersabar.

IMG_0033

Perkara yang sudah berlaku, biarkan berlaku. Kita sebagai hambaNya tak dapat nak elak dan halang apa yang telah ditetapkan.

Rasanya macam dah biasa kan kita dengar perkataan-perkataan di atas ini, kan? Memang biasa dan terlalu kerap pun. Tapi itu sahaja yang kita boleh buat. Kita tak dapat nak patah balik ke masa itu dan betulkan apa yang hendak kita betulkan. Sebab itu perkataan-perkataan itu akan sentiasa terucap dan sentiasa kita dengar walaupun kadangkala timbul rasa bosan.

IMG_0035

Kenapa saya minta Hazwa banyak bersabar? Kerana itulah yang perlu dan itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Bila berlaku sesuatu seperti ini, jangan tuding jari salahkan sesiapa, waima kepada ibunya sendiri. Balik semula kepada Rukun Iman ke 6, “Beriman Kepada Qada’ dan Qadhar”. Percaya bahawa segala yang berlaku ini sudah ditentukan. Sudah tertulis dalam Luh Mahfuz anaknya, yang dia akan dicabut nyawanya pada tarikh sekian, masa sekian dengan cara sekian. Pada masa itu tiada apa pun yang kita buat dapat menghalangnya.

Semua pintu-pintu dan lorong-lorong bantuan telah ditutup untuk si kecil ini. Jika Dia masih beri peluang, mungkin ada satu atau dua pintu yang terbuka. Seperti contoh, ketika si ibu sedang sibuk bermesyuarat, si ayah telefon bertanyakan hal anak. Baru la si ibu teringat, dan si kecil pun selamat.

Mungkin.

Atau contoh lain. Ada tukang kebun atau pengawal atau sesiapa pun yang lalu di tepi kereta dan ternampak si kecil itu. Maka si kecil berjaya diselamatkan.

Mungkin.

Itu semua adalah kemungkinan-kemungkinan jika memang si kecil masih punya masa di dunia ini.

Masyarakat diharap jangan la menghukum si ibu atas sebab itu. Saya tak nak kata si ibu lalai, atau cuai, atau alpa atau yang sewaktu dengan nya, kerana itu semua sudah ditakdirkan.

Kalau ikut rutin harian si kecil dihantar ke rumah pengasuhnya. Tapi untuk beberapa hari sebelum ini dia dijaga oleh saudaranya. Jadi, bagaimana nak dikata yang si ibu ini lalai atau cuai atau alpa jika bukan rutinnya si kecil mengikut dia ke sekolah? Bukan rutinnya si ibu menghantar adik ke lapangan terbang?

Sedangkan perkara rutin harian yang kita buat pun kadangkala boleh silap, ini kan pula perkara bukan rutin.

Kepada si ibu saya harap sangat agar bersabar dan redha. Ikhlas atas segala yang berlaku. Mohon padaNya agar Hazwa kuat untuk berdepan dengan hari-hari mendatang.

Ya, saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu si ibu dan keluarga yang lain menanggungnya. Perasaan bersalah itu akan dikenang sehingga kita mati.

Setiap benda yang si ibu tengok atau buat akan buat si ibu terkenang si kecil. Tengok kereta ingat anak. Lalu tempat kejadian, ingat anak. Tengok budak yang sebaya, ingat anak. Si ibu akan kenang kembali detik-detik awal sebelum berlakunya perkara itu. Masa itu perasaan bersalah akan datang menghantui. Betapa si ibu berharap kalau la dia tak buat itu, dia tak buat ini, semua perkara ini tidak akan terjadi. Perasaan bersalah makin kuat menghantui. Ketika itu jika iman kurang di dada, fikiran bercelaru, besar kemungkinan kita akan terpengaruh dengan bisikan syaitan, dan akan menyalahi takdirNya.

Nasihat saya yang terakhir adalah, pandang positif apa yang berlaku. Si kecil sudah ke sana. Kita semua pun akan ke sana juga, cuma kita tak tahu bila tiba masa kita. Jadi, sentiasa ingat kan diri dan yakin yang kita akan tetap berjumpa dengan orang-orang yang terlebih dahulu pergi dari kita di sana.

Kepada masyarakat, saya minta jangan lah disalahkan si ibu atas perkara ini. Tiada siapa, apa lagi si ibu, yang hendak perkara ini berlaku. Sebelum masyarakat menyalahkan diri si ibu, sila letak diri masing-masing di tempat si ibu dulu, okay. Jangan tahu bercakap sahaja, tanpa kita berada di tempat mereka.

Apa yang si ibu dan keluarga perlukan adalah sokongan dan kata-kata semangat untuk mereka teruskan hidup dengan tenang.

Al-Fatihah untuk si kecil. Takziah untuk si ibu dan keluarga. Selawat dan istighfar banyak-banyak.

Salam.

Advertisements
 
16 Comments

Posted by on 20/07/2013 in Categorized

 

16 responses to “Kepada ibu itu..

  1. Lelaki

    20/07/2013 at 8:38 am

    Tulisan ini sangat matang.Jika semua hadir dengan rasa yang sebegini …insyaallah mudah.Namun bukan semua bisa terima dengan rela hati.

     
    • t.a.t.a

      20/07/2013 at 8:42 am

      Itu antara lain yang membezakan manusia. Rambut sama hitam, agama dan budaya sama anutan, tapi pemikiran dan psikologi berbeza-beza.

       
      • Lelaki

        20/07/2013 at 9:15 am

        soalan itu saya jawap di sini…saya kembali single.

         
  2. t.a.t.a

    20/07/2013 at 9:29 am

    Oh okay. Thanks for the answer.

    Suit with your introduction.

     
  3. the malay male

    20/07/2013 at 10:09 am

    benda dah nak jadi…hurmmm

     
    • t.a.t.a

      20/07/2013 at 10:10 am

      Kun fayakun.

       
  4. ishy77

    20/07/2013 at 2:09 pm

    awak btl ta. Harap2 kita sbgai masyarakat tak menuduh mengecam dan menghukum melulu. lagi2 benda yg kita x tahu hujung pangkal. Al-Fatihah untuk arwah. Takziah untuk keluarga arwah.

     
  5. shin

    20/07/2013 at 11:09 pm

    Innalillahiwainnalillahirojiun.. ciannya #nanges

     
    • t.a.t.a

      22/07/2013 at 6:33 am

      ishy dan shin:
      memang kesian dan sedih. baca paper semalam, ada kemungkinan family ni nak disaman dan didenda sebab cuai. lagi la kesian.

       
  6. azieazah

    22/07/2013 at 5:50 am

    Bila nak update yang baru? KakAzie selalu terlepas pandang entri terkini. Haihhh!

     
    • t.a.t.a

      22/07/2013 at 6:31 am

      Kak Azie dah jumpa blog saya! Yayyy…

       
  7. juliet

    22/07/2013 at 7:34 am

    takziah buat keluarga. takpe, tempat si kecil dalam syurga dah.

     
  8. alis

    22/07/2013 at 7:49 am

    hi

    saya kuat berfirasat.. cermin kereta tinted pda kadar sedikitttt lari dri kadar biasa. ni firasat saya yg core la. yg lain2.. kun fa ya kun.. bila Allah tu ckp jadi.. maka jadilah ia. as per you; kena terima qada qadar.. but as manusia biasa.. like my mum said laa smlm..”3 thn tengah sedap dibuat main tu..” maksudnya tgh seronok melayan kerenah ank sebaya itu..

     
  9. ayobkelubi

    24/07/2013 at 7:19 am

    tapi warga netizen suka2 saja menghukum ibu muda ini. Sungguh tak berhati perut. Sepatutnya kita memberi kata-kata semangat semoga dia terus tabah, ini dihentam secukupnya.Konon terasa diri baik sangat. Ptuihhh!.

     
  10. FAIRUS MAMAT

    27/11/2013 at 12:31 pm

    YA.. MASIH TERINGAT SAYA AKAN BERITA NI.. APA-APA PON, AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN..

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 12:33 pm

      ibu itu sebaya saya. dalam banyak-banyak kes, kes ini yang saya terasa sangat.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: