RSS

Hal kecil bagi saya..

29 Jul

.. tapi kadang kala besar bagi orang lain.

Itu hari saya ada cerita pasal perkara ini. Tapi disebabkan orang yang saya tolong tu tak dapat nak buatkan orang yang saya dok usha tu suka pada saya, maka nya dia buatkan benda lain pulak. Dia belikan saya ini.

 

Ta da!

IMG_0061

Kain pasang buat baju!

Yak yak yak.

IMG_0060

Reaksi pertama saya adalah, tak patut. Saya rasa dia tak patut belikan saya hadiah ini. Terlalu besar dan terlalu berharga. Kalau ia pun sebagai balasan untuk pertolongan saya yang kecil itu, beli la benda lain. Tinggi sangat harga kain ni.

Tapi itu semua bukan kah hak dia nak belikan apa untuk saya?

Kemudiannya saya fikir lagi, tak pe la, boleh juga saya buat baju raya nanti, atau pun baju kerja. Tapi memandangkan kain ini ada batu-bata-batu yang banyak, dan saya pulak sangat la ‘lemah lembut’ orangnya, maka mungkin juga saya akan pakai ketika menghadap bakal ibu mertua lagi 55 tahun akan datang kelak.

Hoh hoh hoh.

Saya anggap ia juga adalah hadiah hari jadi saya yang lepas. See, multi-purpose kan?

Terima kasih daun keladi,
Next time nak bagi,
Pasangkan la dengan tudung nya sekali.

Amboi! Dah dapat drumstick, nak mintak wing lagi??

Mengada-ngada!!

Haha.

Advertisements
 
16 Comments

Posted by on 29/07/2013 in Categorized

 

16 responses to “Hal kecil bagi saya..

  1. Dee

    29/07/2013 at 3:09 am

    kain adalah hadiah pemberian saya pada babysitter bila raya dan juga cikgu sekolah setiap kali ada sambutan hari guru..kuikuikui..

     
    • t.a.t.a

      29/07/2013 at 9:13 am

      hadiah yang senang, dan tahan lama. kan?

      baju yg saya pakai hari ni pun customer belikan. saya tempah jahit aje.

       
  2. shin

    29/07/2013 at 4:55 am

    ada lagik ker org yak sanggup tekan tekan mesin jahit dah nak raya ni

     
    • t.a.t.a

      29/07/2013 at 9:12 am

      ada. tempah pada staff. dah pesan suh dia selitkan juga walaupun dah lewat.

       
  3. ishy77

    29/07/2013 at 6:21 am

    ehemm

     
    • t.a.t.a

      29/07/2013 at 9:11 am

      ehemm! hang sakit tekak noo???

       
  4. CiKPuaNLawA

    29/07/2013 at 6:43 am

    jab… nak tanye…
    orang yang awak suruh tu buat orang laen tu suka kat awak tu lelaki ke pempuan..?

    kalau lelaki.. kenapa tak suruh dia ja yang suka pada awak….?.. hehehe….
    kot2 dia pon ade hati pada awak kan..?!.. gitu…. 😉

     
    • t.a.t.a

      29/07/2013 at 9:11 am

      CPL, dia pompuan. huhu..

      kalau lelaki memang saya usha dia dulu. hahaha

       
  5. alis

    29/07/2013 at 3:14 pm

    cantik laa corak dia. sy suka apa2 kain tanah hitam. nak kurus sket. ahaks.

     
    • t.a.t.a

      30/07/2013 at 5:16 am

      alis. high five!

       
  6. gadisBunga

    29/07/2013 at 6:28 pm

    anggap je hadiah ikhlas dari dia. heheh. cantik corak kain tuh!

     
    • t.a.t.a

      30/07/2013 at 5:17 am

      memang cantik. tapi sebab tak cukup meter, bertukar hak milik sudah.

       
      • CiKPuaNLawA

        30/07/2013 at 7:47 am

        dah pindah hak milik…. takpe lah..

         
  7. juliet

    30/07/2013 at 7:27 am

    merelip merelap raya nanti eh 😀

     
  8. the malay male

    30/07/2013 at 9:58 am

    tempahan raya dah ditutup..huhu

     
  9. Pembunuh Tanpa Bayang

    30/07/2013 at 10:14 pm

    cantik kainya
    kalau di kedai aku lihat harganya buat aku berfikir banyak kali
    jika ingin membelinya….
    sudah diberi, terima saja dengan seikhlas hati…

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: