RSS

Saya sedar kini..

31 Jul

.. bahawa saya ada satu DISORDER(!) atau dalam bahasa nya adalah err.. KECELARUAN? KETIDAK ATURAN?    Oh apa-apa aje la.

 

AMARAN: POST INI PANJANG DAN HANYA MENGANDUNGI PERKATAAN SAHAJA. JIKA ANDA MALAS NAK MEMBACA, TAPI NAK BERITAHU SAYA YANG ANDA ADA MENJENGAH BLOG SAYA, MAKA TERUS LA KE RUANGAN COMMENT. KALAU MALAS JUGAK NAK COMMENT, WELL WA TAK LEH NAK KATA APA. TAPI SAYA NASIHAT KAN BACA DULU, UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN.

 

WHAT KIND OF DISORDER DO I HAVE?

SPOONERISM DISORDER!

Haa..? Kecelaruan sudu? Apa benda tu? Ini saya copy dari Wiki, the rest baca sendiri la.

Cluttering is a speech and communication disorder characterized by a rapid rate making speech difficult to understand, erratic rhythm, poor syntax or grammar, and words or groups of words unrelated to the sentence.

Maksud cluttering pun dah tahu kan apa bendanya? Bersepah. Bukan sahaja barang yang bersepah ya para pembaca sekelian, percakapan pun bisa bersepah juga.

Spoonerism pula adalah contoh cluttering.

spoonerism is an error in speech or deliberate play on words in which corresponding consonants, vowels, or morphemes are switched  between two words in a phrase.

Okay. So, dah dapat tangkap?

Belum?

 

WHEN DO I NOTICED THIS DISORDER?

Dah lama saya perasan, sejak di sekolah menengah lagi. Cuma saya tak tahu apakah nama disorder ini dan adakah ianya satu disorder atau satu perkara biasa? Dalam satu ketika, otak saya akan bertindak menggabungkan dua perkataan menjadi satu tanpa mengambil seluruh perkataan tersebut.

Sekarang macam mana? Dapat tangkap?

Tak lagi? Adoii…

 

Okay, macam ini. Contoh nya dalam post sebelum ini:

1. MUKA + MATA = MUTA

2. MATA + MUKA = MAKA

3. BATU NYA BUJANG sebenarnya saya nak cakap BAJU NYA BUTANG.  —> Psstt.. Nizam.Ariff, ini yang gue nak cakap. Bukan benda lucah tau.

4. SINKI LETAK BOTOL sebenarnya BOTOL LETAK SINKI.

Ayat di atas berlaku dalam satu perbualan saya dengan budak undut di rumah. 4 perkataan itu berlaku dalam satu masa! SATU MASA! Benda ini berlaku kerap, tak kira masa dan ketika, tak kisah sama ada masa tu saya tengah tenang atau celaru, cakap laju atau cakap perlahan. Tak kisah bila-bila pun ia hendak berlaku, berlaku la ia.

Dalam kes saya, ia berlaku tidak hanya pada huruf, malahan nombor. Tempoh hari saya tegur staff saya sebab dia letak harga salah. Dia kata saya yang suruh letak harga itu.

Harga asal dia letak RM 280. Saya suruh tukar jadi RM 180. Tapi apa yang dia dengar saya cakap adalah RM 128.

180. 280. jadi 128. See?

Malangnya, saya dah tak ingat apa yang saya cakap pada staff. Sigh.

 

Kalau dalam accounting pula, ia jatuh bawah tajuk Correction of Errors, Error of Original or Prime Entry.

Contoh di mana belian barangan bernilai RM 896 telah direkod kan sebagai RM 869. Walaupun this type of error tidak memberi kesan kepada Trial Balance, setiap kesilapan harus la diperbetulkan dengan menggunakan double entry rules, di mana pembetulan dibuat by means of journal entries dan jumlah yang terkurang RM 27 dimasukkan ke dalam akaun yang berkaitan.

See, siap masuk topik accounting lagi, dengan harapan agar korang dah dapat tangkap sekarang ni ya.

 

HOW DO I KNOW THIS NAME?

Pagi Khamis lepas saya tengok NCIS, di mana Caitlin sedang bercerita pasal duit palsu. UNITED dieja UNTIED. Kemudian DiNozzo ada menyebut perkataan DYSLEXIA. Saya Google dyslexia dan terjumpa la cik kak spoonerism ni.

 

DO PEOPLE FIND THIS FUNNY?

For some cases it might be funny, but some are not. Especially those who involve in a serious matters.

Dalam kes saya, biasa nya saya dulu yang akan perasan kesilapan perkataan yang saya kata dan dengan sepantas kilat super sonic nya saya akan betulkan semula, sebelum orang lain perasan atau sebelum orang lain betulkan untuk saya.

 

HOW TO FIX THIS DISORDER?

Cara yang popular adalah berjumpa dengan speech pathologist atau pun berjumpa dengan pakar terapi.

Err.. macam dah berat aje kes saya ni..

Tak mahu la. Biar saya macam ni. Ini lah yang membezakan saya dengan orang lain, tak kisah la jika ia nya satu kekurangan atau pun satu kelebihan. (Sebenarnya kan, masa saya nak taip “KELEBIHAN” tadi tu, saya tertaip dulu “KEBELIHAN”) Aduyaii.

 

Apa pun, saya unik!

 

Bwa ha ha ha.

Advertisements
 
37 Comments

Posted by on 31/07/2013 in Categorized

 

37 responses to “Saya sedar kini..

  1. juliet

    31/07/2013 at 6:46 am

    staf kat sini sorang ada macam ni, kalau dia rekod dan cakap sesuatu angka tu selalu berlainan, pening kepala kita di buatnya.

     
    • t.a.t.a

      31/07/2013 at 9:19 am

      Kalau banyak tangan yang buat, memang pening kepala. Angka dalam akaun kalau silap, jenuh nak betulkan.

       
  2. Dee

    31/07/2013 at 8:34 am

    dah mcm anak buah saya cakap..cer tengok awek pakai motor tu naik skirt..hahaha..yg sebenarnya dia nak cakap awek pakai skirt naik motor..

    tapi saya tak sure sama ada ini salah order sudu ke apa..hahaha (disorder spoonerism)

     
    • t.a.t.a

      31/07/2013 at 9:17 am

      Dee, sama la tu.

      Salah order sudu.. hahaha.. betul jugak tu.

       
  3. nizam.ariff

    31/07/2013 at 9:09 am

    ooo.. aku pun ada disorder juga la..
    aku selalu nak taip ‘and’ tapi selalu keluar ‘dan’..

     
    • t.a.t.a

      31/07/2013 at 9:15 am

      ‘teh’ jadi ‘the’ kan?

       
  4. akubudakkkbazani

    31/07/2013 at 12:47 pm

    oonik

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 8:31 am

      yup, oonik.

       
  5. ishy77

    31/07/2013 at 1:18 pm

    sy biasa hormonal disorder jeww…!

    salah order sudu? oii..ni lawakkk

    *unique? yes…u are :))

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 8:35 am

      awak jadi hormonal disorder ni sebab over atau underproduction hormon?

       
  6. Pembunuh Tanpa Bayang

    31/07/2013 at 2:36 pm

    aku juga alami hal yang sama ada waktunya.
    dan itu selalu buat malu sendiri.
    tapi dengan cepat aku mengesan kesilapan sendiri…..

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 2:10 am

      tapi biasanya kita dulu yang akan perasan kesilapan tu, kan? orang lain lambat atau memang tak perasan langsung, sebab otak depa lambat pick-up. hahaha.

       
  7. shin

    31/07/2013 at 11:11 pm

    dulu selalu gak shin blur.. kalo ckp mesti ada tesalah sebutan.. pastu confident plak tu ckp kekuat.. x leh lupa nk ckp penguin tp tersebut pengiu.. nk ckp kueh kasturi tersebut kueh kasawari.. dll #nangeshiba

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 8:35 am

      sebut aje pingu. hahaha

       
  8. the malay male

    01/08/2013 at 4:47 am

    problem kat lidah jugak kot

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:00 am

      berpunca dari otak, bawa ke lidah.

       
  9. nang

    01/08/2013 at 6:30 am

    pernah berlaku , tapi bila nak cakap dalam keadaan laju la…hehehe

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 8:30 am

      nang, kalau cakap laju lagi la berterabur ayat aku semua. memang kena ulang cakap, dan cakap perlahan-lahan.

       
  10. jenanese

    01/08/2013 at 9:27 am

    einstein, da vinci n thomas edison pun dyslexia..hehe

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:21 am

      oh, mereka memang tahap geniuses. saya ni far far far sangat dargi genius.

       
  11. azieazah

    01/08/2013 at 1:24 pm

    Jika melibat nombor dan harga, kesannya sangat besar sayang. Boleh jatuh bankrap, jika 0 (kosong) yang hanya 3, tertambah menjadi 6 digit ‘0’nya. Haru kan?

    Saya menaip ketika selalu menjadi ketiak!

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:19 am

      ini mesti masa menaip tu akak tengah dok fikir pasal ketiak busuk kan? hahahah

       
  12. kniedaz

    01/08/2013 at 11:35 pm

    sudah faham..kalau dalam bisnes, boleh jatuh rugi pulak ni..macam contoh t.a.t.a di atas..dari 180 jadi 128…saya kalau marah mesti tercakap contohnya ” gi letak baju dalam peti ais..” tu kira dyslexia ke 😛

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:20 am

      yang itu tak pasti.

       
  13. Aku Cute

    02/08/2013 at 2:22 am

    Biasalah.. selalu terkena bila membebel dalam kelas.. fikir lain sebut lain hahaha..

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:20 am

      kena gelak tak dek student? nak marah jadi kelakar pula.

       
  14. lelaki

    04/08/2013 at 7:04 am

    ooo cam tuuu.

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 3:19 am

      yeee cam niii.

       
  15. CiKPuaNLawA

    05/08/2013 at 8:24 am

    hi awakkk….
    sebenarnya kan saya baru je google disleksia….

    lepastu baru terbaca entry awak ni…..

    tujuan saya cari.. sebab saya nak tau .. saya ni disleksia ke…?!

    sebab saya left and right disorder…

    contoh:
    kalau org suruh belok kiri saya akan belok kanan… orang suh belok kanan saya belok kiri…macam tu lah lebih kurang…

    jadi saya tergolong dalam golongan istimewa lakan….?!

     
    • t.a.t.a

      05/08/2013 at 8:29 am

      kalau masa driving, kakak saya suruh belok kanan, saya akan ye, nanti aku belok kanan. tapi bila smp simpang tu, saya terus aje, saya tak tau kenapa. saya tau saya nak belok kanan, dah set otak belok kanan, tapi saya terus aje. yang itu saya tak tau apa bendanya.

      ye, ye. kita sama-sama istimewa. hahahah..

       
      • CiKPuaNLawA

        06/08/2013 at 1:27 am

        susah kan nak dapat orang macam kita ni kan… hahaha….

         
      • t.a.t.a

        06/08/2013 at 5:38 am

        kalau jumpa boleh buat group eh. haha..

         
  16. NoktahHitam

    06/08/2013 at 5:28 am

    Nasihat yang bagus.

    Kadang-kadang aku pandang remeh je double entry ni. Terlebih takpe, jangan terkurang. Berasap kepala nak cari saki baki or tgk line by line item.

    Kebelihan memang best!

     
    • t.a.t.a

      06/08/2013 at 5:33 am

      Tadi nak buat ayat ‘hari last’, tertaip ‘hast’. Bantai gelak sorang-sorang.

      BTW, it’s a surprised to see you here. Such an honor you know. Thanks for dropping by.

       
      • NoktahHitam

        06/08/2013 at 2:39 pm

        Eh no la. The honor is mine. You have always been an attentive reader, it should have been reciprocated long ago. Guess life caught up to me.

        I have this problem on writing (more like typing), I skip a word or two. I think my finger isnt as fast as my brain (mestilah!). It came out as I know no grammar. Hahhaa

         
      • t.a.t.a

        13/08/2013 at 2:38 am

        Yes, that happens to me too. When I re-read the sentences, always had a missing words. So each time, I will reminding myself to check my wording first.

         

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: