RSS

Biasa dah.

27 Aug

Babak 1.

Kan bilik bos saya sebelah surau kan? Bila dia on suis lampu, suis kipas atau suis aircond, sesiapa yang di surau akan dengar. Sabtu lepas saya seorang sahaja. Masa nak Asar saya dengar bos petik suis lampu. Eh, bos datang office ke? Baru tadi dia called tanya ada kerja urgent tak? Saya cakap semua kerja boleh bawa ke hari Isnin. Rajinnya dia masuk office dah petang macam ni?

Bila keluar dari surau, saya tengok luar gelap aje. Oh, saya masih seorang rupanya.

 

Babak 2.

Saya tengah mula letak tudung atas kepala. Bersiap nak pergi kerja. Saya dengar babah lalu depan bilik, terus pergi depan, solat. Siap bertudung saya keluar bilik, turun bawah. Sampai bawah saya nampak babah dengan bertuala nya tengah buat susu anak. Eh, bukan babah kat depan tadi? Tak. Baru lepas mandi, buat susu terus. Kenapa? Oh, ingat kat depan tadi.

 

Babak 3.

Saya berdua dengan emak di rumah. Saya meniarap tengok tv, emak di bawah. Saya dengar emak bangun, panaskan air, bancuh air, tarik kerusi dan duduk di meja makan. Memang biasa la emak bangun buat air waktu malam-malam macam ni.

Saya bangun, duduk. Panjang kan leher, jenguk emak di bawah. Emak tengah tidur! Siap berselimut lagi. Meja makan? Kosong! Bersih!

 

Babak 4.

Waktu itu maghrib. Luar dah gelap. Pintu belum tertutup rapat. Anak buah saya lalu depan pintu, tiba-tiba dia berhenti. Nenek, ada budak la kat luar tu. Hish, mana ada? Dah, jom. Cepat-cepat emak saya tutup pintu.

 

Kesimpulannya saya memang dah terbiasa dengan benda-benda macam tu. Dah lali sampaikan saya tak dapat nak bezakan itu ilusi pendengaran dan penglihatan atau ianya betul-betul berlaku.

p.s. Kakak sepupu saya belajar potongan ayat untuk membolehkan dia nampak makhluk-makhluk lain di sekeliling kita. Saya tak nak belajar ayat tu. Nanti tak tenang hidup saya.

Advertisements
 
21 Comments

Posted by on 27/08/2013 in Categorized

 

21 responses to “Biasa dah.

  1. ZonAku

    27/08/2013 at 3:43 am

    salam..
    yang mmg sediakala blh nampak ni pun kadangkala kita harap supaya x nampak. Nak belajar supaya nampak y x blh nampak??? memang tidak la kannnn

     
    • t.a.t.a

      27/08/2013 at 5:26 am

      jenis yang kuat minda, psikologi, teguh iman, boleh la kalau nak dinampakkan. yang lain, harap jangan la.

       
  2. cinta

    27/08/2013 at 5:21 am

    xde lak dia baa cak kan.. adui..

     
    • t.a.t.a

      27/08/2013 at 5:24 am

      dia baa cak?
      aku terpacak!

       
  3. juliet

    27/08/2013 at 7:20 am

    ada yg sanggup belajar utk nampak makhluk asing tu? aku memang tak kuat semangat 😀

     
    • t.a.t.a

      28/08/2013 at 12:44 am

      ada. kakak sepupu aku belajar sebab nak tolong husband dia ubatkan orang. husband dia memang boleh nampak secara semulajadi. banyak ilmu dia belajar dari husband dia.

       
  4. nizam.ariff

    27/08/2013 at 3:08 pm

    Boleh dibuat koleksi cerita cerita misteri tu…

     
    • t.a.t.a

      28/08/2013 at 12:42 am

      tak la misteri sangat, cerita tempelan aje. cuba layan Tamar Jalis online, lagi seram.

       
  5. lelaki

    27/08/2013 at 3:45 pm

    erk mcm x best jer…hehe

     
    • t.a.t.a

      28/08/2013 at 12:40 am

      I didn’t ask to rate whether those stories are best or not. I didn’t ask for anything, I merely saying something.

      The beauty is in the eye of the beholder.

       
  6. Aziela

    28/08/2013 at 9:20 am

    Kadang2 bila terbuka hijab, nampak macam2…sampai tak lalu nak tengok. Tak selera nak rasa takut. Rasa rimas pula bila nampak semua. Manusia dan makhluk lain penuh atas dunia nie. Nak jalan pun menyelit2 jer…

    So, betul lah. Biasa dah.

     
    • t.a.t.a

      29/08/2013 at 12:53 am

      Sebab tu emak-emak kita pesan sebelum makan atau minum atau sebelum buat apa sekalipun, kena mulakan dengan bismillah. Sebab risau benda lain yang menempel pada makanan atau minuman kita, atau akan mempengaruhi apa yang kita buat.

       
  7. Yunus Badawi

    28/08/2013 at 9:50 am

    Oh juliet selalu lepak kat blog ni rupanya ….

     
    • t.a.t.a

      29/08/2013 at 12:53 am

      Ermm….

       
  8. ishy77

    28/08/2013 at 6:06 pm

    Hehehe

     
    • t.a.t.a

      29/08/2013 at 12:51 am

      chot, kau just nak tinggalkan jejak je eh?

       
  9. chot penjejak badai

    29/08/2013 at 2:52 am

    hahaha, mne tau?

     
    • t.a.t.a

      29/08/2013 at 2:57 am

      sixth sense. hahaha.

       
  10. chot penjejak badai

    29/08/2013 at 3:06 am

    jgn nk poyo la..haha

     
  11. Izham Alias

    29/08/2013 at 4:54 am

    Serius. Kalau saya awal-awal memang meremang bulu roma. Bak kata orang jangan pandang depan (atau belakang?). Di Putrajaya pun begitu. Selalu sangat bunyi orang main guli atas syiling. Lelama saya dah lali. Malas layan kau labu. Janji kau tak cuit aku sudah. Hehe.

     
    • t.a.t.a

      29/08/2013 at 4:59 am

      Hei Izham, lama tak nampak. Thanks for dropping by.

      Betul tu. Kau tak kacau aku, aku pun tak kacau kau.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: