RSS

Calico Joe.

02 Sep

Sudah lama rasanya saya tak buat entry tentang buku. Lama sebab memang tiada masa nak habiskan satu buku. Dapat satu chapter, tutup, sambung balik berminggu kemudian.

Semalam hujan. Bila dah hujan aktiviti luar rumah pun terbatas, maka saya gantikan dengan aktiviti dalam rumah. Dapat la peluang habiskan buku.

Calico Joe by John Grisham.

Calico Joe by John Grisham.

Calico Joe adalah nama gelaran Joe Castle dari Calico Rock, Arkansas, seorang rookie terhebat dalam sukan baseball di Amerika. Dia menjadi idola kepada semua peminat sukan ini.

Calico Joe diceritakan dari pandangan seorang budak lelaki sekitar tahun 1970-an, Paul Tracey anak kepada seorang lagi pemain baseball dari kelab besar, Warren Tracey. Kelab Joe dan Warren tidak pernah berlawan sesama sendiri, sehingga la satu hari pada perlawanan pertama mereka telah berlaku accident yang merubah sejarah baseball secara amnya dan merubah hidup Joe secara khususnya. Warren dengan sengaja membaling bola tepat ke arah kepala Joe dan mengakibatkan Joe mengalami kecacatan dan tidak boleh bermain baseball lagi.

30 tahun kemudian selepas mengetahui yang Warren menghidap barah, Paul berusaha untuk membawa Warren berjumpa dengan Joe dan meminta maaf atas apa yang telah berlaku sebelum Warren mati.

Saya kagum dengan Joe. Bagaimana dia boleh memaafkan Warren yang telah merubah 360 darjah kehidupan dia, dan Warren yang dengan ikhlas datang berjumpa Joe. Tidak ramai yang boleh memaafkan seseorang atas sesuatu yang berlaku.

Ini adalah novel ketiga tentang sukan oleh John Grisham yang tidak berkisar tentang dunia perundangan selepas The Bleachers dan Playing For Pizza.

Sekarang saya tengah baca The Racketeer, juga oleh John Grisham.

Advertisements
 
10 Comments

Posted by on 02/09/2013 in Categorized

 

10 responses to “Calico Joe.

  1. shin

    02/09/2013 at 6:23 am

    rajen dia membaca

     
    • t.a.t.a

      05/09/2013 at 5:04 am

      rajin tapi kurang masa.

       
  2. chot

    02/09/2013 at 4:32 pm

    sy selalu berharap suatu hari nnt sy akan rajin membaca buku mamat nie juga…

     
    • t.a.t.a

      03/09/2013 at 1:01 am

      mamat ni bukunya berkisar pasal dunia perundangan dan peguam. kalau kau minat pasal law, haa mamat ni la sesuai untuk kau baca.

       
      • ishy77

        03/09/2013 at 2:58 am

        smpai sekarang masih belum terpanggil…haih…banyaknya alasan…kann

         
      • t.a.t.a

        05/09/2013 at 5:04 am

        lagi pun kau banyak main kan? main ngan Jack. hahaha

         
  3. elly

    03/09/2013 at 4:36 am

    tingin lak nak baca buku2 yg genre cam ni….tapi lom sampai2 seru ni gamaknya hehehehhee

     
    • t.a.t.a

      05/09/2013 at 5:04 am

      coming soon sampai la tu.

       
  4. the malay male

    03/09/2013 at 5:31 am

    saya baca surat khabar je

     
    • t.a.t.a

      05/09/2013 at 5:03 am

      aku pulak tak baca surat khabar.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: