RSS

Perasaan itu.

24 Sep

Sudah lama saya tidak mengalami perasaan ini.

Dulu masa saya kecil, malam tidur dengan kakak-kakak saya. Tidur ramai-ramai. Bila saya terjaga waktu malam, saya tengok kakak-kakak saya semua dah berpindah tempat. Tinggal saya seorang saja di situ.

Pagi tadi saya parking di sebelah kereta lelaki yang saya minat. Elok aje saya belok masuk, kereta asal sebelah dia pun reversed keluar. Memang rezeki saya dapat parking sebelah dia.

Lepas tengah hari saya jenguk ke bawah, kereta dia dah tiada. Kosong.

Saya rasa kehilangan.
Saya rasa tersisih.
Saya rasa sedih.

Dua situasi berbeza masa tapi berkongsi perasaan yang sama.

Advertisements
 
28 Comments

Posted by on 24/09/2013 in Categorized

 

28 responses to “Perasaan itu.

  1. smbotak

    24/09/2013 at 9:52 am

    bayangkan kalau berpeluang duduk sebelah dia. dalam LRT contohnya… mesti ada rasa macam salji turun.

     
    • t.a.t.a

      24/09/2013 at 9:54 am

      tangan jadi kebas dan sejuk. mata automatik nak pandang bawah aje. mulut lagi la, lidah terus ada tulang. keras. beku.

       
      • Yunus Badawi

        24/09/2013 at 10:22 am

        Lidah terus keras?

        Macamana nak ngorat ni? … hehe

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 12:52 am

        bila dia dah pergi, baru la rasa alaa ruginya tak cakap dengan dia. poyo sungguh!

         
      • smbotak

        25/09/2013 at 4:22 am

        hahahaa, yang pernah alami je faham…

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 5:07 am

        yes. definitely and absolutely!

         
  2. Yunus Badawi

    24/09/2013 at 10:21 am

    Mesti pagi tadi hati berbunga2. Tapi sayang tak tahan lama … huhu

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 12:53 am

      macam cuaca yang pun tak menentu sekarang ni kan? huhu.

       
      • Yunus Badawi

        25/09/2013 at 2:39 am

        Bukan setakat macam cuaca yg tak menentu tapi mcm embun pagi yg hilang dek mentari

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 5:08 am

        dan akan ulang yang sama selagi ada matahari dan embun.

         
      • elly

        25/09/2013 at 5:36 am

        kronik dah budak nih…..

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 5:39 am

        elly, aku masih belum kronik ok. aku masih boleh masak air dan buat air dan minum air bagi habis, so kesimpulannya aku masih waras. hahaha

         
      • elly

        25/09/2013 at 6:00 am

        air jek? megi?

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 6:40 am

        megi kau. kau masak, aku makan.

         
  3. 4feet8

    24/09/2013 at 11:43 am

    tata.. aku kenal lelaki WWT tu masa di parkinglah.. bezanya, aku beranikan diri sembang dengan dia.. huhu.. harap kau pun kental utk tegur dia.. hehe..takmo lidah keras-keras,,

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 12:54 am

      aku memang banyak deal dengan dia. banyak bercakap dengan dia, tapi dia tak tahu yang aku ada crush kat dia.

      biar rahsia tetap menjadi rahsia.

       
      • elly

        25/09/2013 at 5:38 am

        meh aku pinangkan nak

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 5:39 am

        x nak la. aku nak jadi peminat dia dari jauh aje.

         
  4. tiha

    24/09/2013 at 10:44 pm

    bertuah nya lelaki itu

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 12:54 am

      mungkin.

       
  5. nang

    24/09/2013 at 11:45 pm

    macam ni ye rasanya , bila kita suka seseorang ?

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 12:55 am

      seroja, esok-esok kau rasa, beritahu aku eh. tak pun buat blog la.

       
  6. nizam.ariff

    25/09/2013 at 12:02 am

    Hari2 lidah aku kelu apabila terpandang seorang wanita cantik berbaring di sebelahku setiap pagi…

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 12:55 am

      Wanita cantik itu kau boleh sentuh secara fizikal atau kau sentuh bayang nya sahaja seperti dalam mimpi-mimpi kau?

       
  7. elly

    25/09/2013 at 5:39 am

    basically aku nak terus terang ni
    baru aku tau ko ni pompuan rupanya wkakakakakakkakak
    sejak kita berkomen2 aku ni confuse la, ko ni lelaki ke pompuan kakakakakakakakakka
    kalau suka, apa kata ko terus terang
    tapi yelah kita ni pompuan mestilah segan kan…….cer ko selidik dia dah ada makwe lom?
    kalau belom …. yahoooooooooooooooo terus rasa terbang di awangan kan!
    give me some good news ya

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:44 am

      elly, memang betul la kau ni. aku nak gelak guling-guling atas lantai ni tau baca komen kau. apa la kau. aku beriya ingat kau tau aku ni ppuan. kalau aku lelaki tak hairan la kalau aku tak reti masak. kau tak nampak gambar aku tu kan ke bunga. lelaki mana letak bunga pada avatar mereka? lelaki jambu pun tak nak mengaku jambu tau.

      hahahahahaha

       
      • elly

        25/09/2013 at 6:02 am

        alamak beb, sorry la, aku ni bab2 kawan2 di alam maya ni mmg cam rapat nak mati, tapi aku tak de la mengkaji sesangat sampai tahap tu, mana yang aku tau, aku tau la, sebab aku tak kisah sapa pun kawan aku, aku kawan ngan semua org…..jantina, rupa, status, dll ada aku kesah? tak kesan pun, dulik ar, aku kawan je ngan semua org akakkakakakakkaa
        jgn guling2 atas lantai ye, kang boss ko nampak huduh lak, apatah lagi kalau mamat tu yang nampak

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 6:44 am

        betul jugak eh. kang tengah aku seronok² berguling atas lantai, mamat tu pulak masuk. dia tu dah la suka menterjah ofis aku bebila masa aje. sampai kadang tu orang ingat dia kerja sini pulak. hahaha.

        no hal la. lagipun mmg ramai yang confused gender aku ni. smp laa ni pun ada yang masih ingat aku ni bro. eh sweet jugak apa orang anggap aku ni bro. hahahah

         

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: