RSS

Bahasa lampu.

25 Sep

Rentetan dari perasaan itu petang semalam, fikiran saya tak tenang. Bercelaru. Saya sms lelaki tu pasal apa yang saya rasa, tapi tiada balasan. Makin bercelaru dan bercelaru lagi fikiran saya.

Dalam perjalanan balik, saya sedang pada kelajuan 100kmj di lorong kanan. Di satu simpang ada satu lori keluar dari sebelah kanan jalan bertentangan dan terus masuk ke lane kanan saya. Dari 100 saya tekan brake hingga 60. Saya tengok lane kiri, kereta masih jauh. Saya hidupkan signal ke kiri dan tukar lane. Saya nampak kereta belakang bagi lampu. Saya tak sempat nak brake, terus masuk lane. Kereta belakang memang hampir cium bontot saya.

Itu yang saya tak faham. Bahasa lampu. Sepanjang saya bawa kereta, saya gunakan lampu bila nak suruh kereta depan tukar lane atau nak suruh dia laju lagi. Bila dia buat bodoh, saya mengalah dan tukar lane sendiri. Itu aje ketika-ketika nya yang saya guna lampu.

Tapi bila kereta lain beri lampu pada saya, saya memang tak faham. Adakah dia beri isyarat pada saya suruh tunggu atau suruh jalan? Saya tak faham la. Ada sesiapa boleh beritahu saya bahasa lampu itu?

Ikut pengalaman saya, kalau dari awal pemanduan sudah alami sedikit perkara slek, insyaAllah hingga ke rumah la akan alami perkara yang sama.

Sepanjang 30km perjalan balik semalam, ini la yang berlaku pada saya:

1. Orang hampir cium bontot saya.
2. Saya hampir terlanggar lori yang melintang di tengah jalan.
3. Di selekoh, saya hampir bergesel dengan kereta lain.
4. Kereta lain cuba potong saya, keluar budak naik basikal, alhamdulillah kereta tu sempat brake.
5. Nak keluar simpang, 4×4 hampir langgar saya.
6. Kebarangkalian untuk saya di’tangkap’ oleh 2 kamera speed trap adalah tinggi.

Itu la hari saya petang semalam.

Advertisements
 
24 Comments

Posted by on 25/09/2013 in Categorized

 

24 responses to “Bahasa lampu.

  1. 4feet8

    25/09/2013 at 1:13 am

    aku rasa sebab dia tak bagi kau masuk depan dia agaknya..
    aku memang berbulu dgn signal ni sbb. Sbb, bila kita bagi signal baru dia hegeh2 nak pecut semata-mata taknak bagi kita masuk laluan dia. Cuba kalau kita main masuk tanpa signal, dia bagi je..

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:06 am

      tu aku hairan. kita berbuat baik, tak dapat masuk lane. tapi bila main masuk aje, terus dapat. hampeh.

       
      • 4feet8

        25/09/2013 at 9:14 am

        lepastu bila aku terbaca mana2 entry org komplen tentang signal lampu, aku yg emo sbb aku mmg tak bagi signal hanya sbb mcm komen kat atas nih.. hihi..

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 9:17 am

        owhhh… really?!

        hmmm.. don’t have a further comment. hehe

         
  2. smbotak

    25/09/2013 at 4:20 am

    sekali slack, terus efek yang lain… faktor emosi kot.

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:05 am

      yup. emosi tak menentu, dan masa tu syaitan pun menyelinap masuk ke dalam hati.

       
  3. Aziela

    25/09/2013 at 4:49 am

    Bahasa lampu hanya di fahami oleh yang empunya lampu sahaja. Kalau akak, nak suruh dia jalan laju lagi, atau warning sebab ada roadblock. Kalau hubby, nak beri laluan pada orang lain.

    Tapi yes, once it starts, memang berlarutanlah….

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:07 am

      tu le masalah nya kak. macam mana kita si penerima lampu ini nak faham apa yang pemberi lampu cuba sampaikan? salah tafsir, makan diri memasing karang.

       
  4. Henrietta Jose

    25/09/2013 at 5:31 am

    kdg kdg keliru juga dgn lmpu…moga tuan blog selamat…

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:40 am

      alhamdulillah masih in one piece.

       
  5. elly

    25/09/2013 at 5:34 am

    aduhaiiii kenapa ngan ko ni weiiiii, bleh bawak keta elok2 tak, aku pun kdg2 tak paham bahasa lampu ….. biasanya aku guna lampu utk menerangi perjalanan aku di waktu malam atau ketika hujan lebat gila ….tapi bukan high beam la….high beam guna masa bwk keta kat jalan yang berliku2 tanpa ada keta lain ye……aku paling benci org yang tak reti guna lampu yang di pasang kat keta….kalau tak nak guna lampu kat keta tu, len kali beli keta, buang aje lampu tu siap2 ok!

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:41 am

      sama la mereka yang beli kereta mahal-mahal, tapi tak reti nak on kan signal bila melintas ke, tukar lane ke. sangat annoying. nak aje aku pecahkan lampu signal deorang tu.

       
      • elly

        25/09/2013 at 6:03 am

        sila pecahkan beb!

         
      • t.a.t.a

        25/09/2013 at 6:46 am

        pecahkan, pastu aku cakap, elly yang suruh. hahaha

         
      • ellynadyra

        30/09/2013 at 5:11 am

        eh okay aje!

         
  6. FAIRUS MAMAT

    25/09/2013 at 5:45 am

    SEMALAM AKU BALIK KERJA.. ADA JUGAK NAMPAK PEMANDU YANG MENGGIGAL BAWAK KERETA.. AKU NAK NAMPAK DIA LAJU, AKU BAGI SIGNAL NAK MASUK LANE KIRI, DIA PULAK POTONG BELAH KIRI, DENGAN SEGERA AKU PAUT BALIK STERENG KE KANAN.. MEMANG HANCUR ARR.. INGAT ADA TATU BINTANG KAN BAWAH LENGAN AKU TAKUT AGAKNYA.. LEPAS DIA NAK MASUK SIMPANG AKU SEMPAT TUNJUK ISYARAT BAGUS PADA DIA.. NANG BUTINANG BETULLAH!

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 5:56 am

      setengah perenggan aku baca aku ingat kau la kereta semalam tu tau. tapi secara jujurnya aku rasa bersalah pada dia. dan aku doa pagi tadi minta Allah ketemukan aku dengan pemandu kereta tu. aku nak minta maaf dari dia. sungguh-sungguh ni aku nak minta maaf.

      berani eh kau tunjuk isyarat kat dia. dibuatnya dia kejar kau pulak, haa camne?

       
  7. azieazah

    25/09/2013 at 6:00 am

    Tiba tiba saya teringin nak jadi lampu!

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 6:45 am

      kak, lampu chandelier nak?

       
  8. juliet

    25/09/2013 at 7:58 am

    kalau kena speed trap jgn lupa bayar ya 😀

     
    • t.a.t.a

      25/09/2013 at 8:21 am

      ya. aku bayar selepas puas menangis menyesal. janji dengan diri sendiri lepas ni tak nak speed lagi, tapi biasa la, tak ingat janji. best aje tekan minyak. huhu

       
  9. the malay male

    25/09/2013 at 9:28 am

    x payah nak high beam sangat…lampu tu saya guna waktu malam je sebab jalan gelap.

     
  10. tiha

    26/09/2013 at 5:58 am

    kena speed trap nanti..tataw

     
  11. nang

    26/09/2013 at 10:24 pm

    cuma tahu lampu tidur je…tutup bila tidur , bukak bila bangun …hohoho

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: