RSS

Kenangan dulu.

01 Oct

AMARAN: KARANGAN MELEBIHI QUOTA PERKATAAN.

Bicara tentang jatuh motor dan jatuh basikal dengan Nizam.Ariff tadi mengingatkan saya pada kisah ketika di kolej dulu. Sekitar hujung tahun 90-an saya belajar di kolej bersebelahan dengan UiTM Shah Alam. Kolej itu sudah jadi bangunan universiti sekarang.

Sila tengok gambar di bawah untuk lebih jelas lagi situasi nya.

Drawing111

Kalau tak silap saya masa tu hari Ahad. Saya dan sekumpulan kawan yang lain malas nak balik rumah, maka kami pun lepak di kolej. Petang-petang hari memang biasa lepak dan bermain di ruang lapang depan bangunan asrama. Main badminton ke, sepak-sepak bola ke. Main aje di ruang lapang tu. Ada masa nya kami yang perempuan sahaja main. Ada kalanya budak lelaki pun join sama.

Nampak basikal di atas tu? Itu basikal pak guard yang punya. Kami pinjam aje.

Nampak garisan merah sebelah pondok pengawal itu? Itu adalah longkang. Ye pembaca sekelian, L.O.N.G.K.A.N.G. Longkang yang baru dikorek untuk buat pintu pagar.

Kawasan T itu pula adalah tempat kejadian.

Kisah bermula bila masing-masing keletihan lepas bermain badminton. Saya capai basikal dan memulakan kayuhan. Garisan merah putus-putus itu adalah jejak-jejak kayuhan saya. Kawan-kawan duduk di kaki lima depan bangunan asrama. Memerhatikan saya sambil menunggu giliran mereka.

Sambil menunggu, ada yang berborak. Ada yang sibuk belek handphone Nokia 3310. Ye masa tu handphone yang paling canggih adalah handphone RM33.10 itu.

Nampak bangunan kuning 3 tingkat itu? Itu bangunan rumah kedai. Bawah nya restaurant, kedai-kedai runcit, jamming studio dan CC. Atasnya pula dijadikan rumah sewa. Blok hujung tu rumah kawan-kawan lelaki sekelas saya. Pada waktu kejadian mereka sedang lepak bermain gitar sambil mengalunkan suara yang ala-ala katak puru.

Saya pun meneruskan kayuhan berpusing-pusing di kawasan sekitar. Kawan-kawan pun tengok aje la. Pusing. Pusing. Pusing. Bosan pusing di kawasan yang sama, saya kayuh daki bukit. Oh ya lupa nak beritahu. Bermula dari hujung bangunan kuning sehingga ke bawah adalah menuruni bukit ya.

Bila dah di bukit tinggi saya pun kayuh la menuruni bukit ke bawah. Wahh best nya. Masih terasa deru angin menampar muka saya. Nyamannya. Terpejam-pejam mata dibuatnya. Dah turun bukit, laju aje. Kaki pun berhenti mengayuh.

Bisa pula saya terlupa yang depan tu jalan raya utama. Kalau saya terus, well mungkin pembaca sekelian tak dapat membaca kisah saya pada hari ini. Bila saya teringat, saya pun terus ambil keputusan untuk menukar haluan lalu pusing masuk ke kiri selepas pondok pengawal.

Alamak! Longkang! Mata supersonic saya dengan segera menganalisa longkang itu. 1 kaki dalam, 2 kaki lebar, dengan tambahan 1/2 kaki tanah-tanah tar hasil korekan dikumpulkan di kedua-dua tepian longkang itu. Analisa saya juga mengatakan saya tak sempat nak mengelak, tak sempat nak brake, tak sempat juga nak reverse, well since bicycle doesn’t have any gear reverse kan? So analisa saya mengatakan… boom!

Terkejut. Panik. Otak jadi kosong. Kosong macam otak yang Harith cerita tu. Germ yang masuk ke dalam otak lelaki. Hellooo.. anybody home? Yang dengar hanya la echo sahaja. Eh, ikan jerung!

Saya hilang kawalan. Tiada pilihan, saya terpaksa langgar longkang itu!

Saya terjatuh meniarap atas jalan tar. Basikal terbaring di sebelah saya.

Masa saya jatuh tu, kawan-kawan lelaki di rumah atas terus berdiri. Memandang ke arah saya. Risau. Kawan-kawan yang perempuan pula hairan, sebab:

1. Saya turun bukit dan tak muncul-muncul kembali.
2. Nampak kawan-kawan lelaki semuanya berdiri secara tiba-tiba.

Bila mereka tunjuk ke arah saya baru la kawan-kawan perempuan toleh ke kiri dan nampak saya tengah terbaring macam ni:

lie down

Lebih kurang macam tu, cuma kaki saya lurus ke bawah dan tangan kiri tunjuk tanda peace, sambil bibir mengukir senyuman manis.

Kawan-kawan saya berlari mendapatkan saya. Bila tengok saya buat gaya macam tu memasing bantai gelak. Tak risau apa benda pun, gelak ada la. Dah beberapa minit gelak baru la depa dok sibuk papah angkat saya bangun.

Wah sakitnya. Masa tu baru perasan, siku tangan kiri berdarah. Kulit dah kena sagat dek jalan tar, nampak isi aje. Sampai sekarang parut nya masih ada.

Memang kelakar sangat masa tu.

Malam nya masa lepak di kedai mamak, kawan-kawan lelaki marah kawan-kawan perempuan sebab tak tolong saya dengan segera. Bantai gelak dulu baru tolong. Kami tak boleh nak cakap apa. Makin kuat gelak jadinya.

Memang indah kenangan itu. Walaupun sakit, tapi sangat berharga.

 

p.s. Sebab luka terjatuh itu la saya dapat skipped dari buat presentation dalam kelas. Ho yeah!!

 

Advertisements
 
31 Comments

Posted by on 01/10/2013 in Categorized

 

31 responses to “Kenangan dulu.

  1. eita

    01/10/2013 at 12:33 pm

    bile ingat kenangan lalu mesti rasa best kan…

    p/s….kaitan pan asia tu…akak kacukan cina….jadi masa tu memang penting…
    janji kul 9 lagi 10 minit akan sampai…
    tak macam janji orang melayu….janji kul 9 ..kul 10 baru sampai…
    heheheheh..

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:21 am

      oic. itu memang namanya janji Melayu, saya yang Melayu betul ni pun malu kalau bab janji macam tu. tapi saya jenis macam akak. kul 9 nak jumpa, saya sampai pukul 9. sebab bagi saya kalau dah janji memang kena tepati. kalau lambat, call.

       
  2. Sam Banjamin

    01/10/2013 at 1:39 pm

    turun bukit? uitm shah alam? sekarang kawasan mana ya? wahhh.. mmg dahsyat aktiviti tu… superman pun tak berani terjun longkang dengan basikal.. hahahha…

    p/s: tak de pula buat pasu macam sam dan molly tu.. hishh.. nakal sungguh…hihi

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:28 am

      sekarang dah jadi kawasan perniagaan. banyak dah kedai bukak kat situ. kalau tak silap saya ada Petronas kot.

      p/s: wei kau dah tengok cerita tu? cepat nya? hahaha.. tu pasal aku suh tengok. nak tahu korang ada buat pasu tak? hahahaha

       
      • Sam Banjamin

        07/10/2013 at 3:07 pm

        owhh aku kira tu area seksyen 7.. dah membangun dah… pesat… macam Las Vages dah aku tengok.. tinggal lagi x de casino je…

        p/s: buat pasu tu mmg emmm emmm eemmm… nakal kau kan! (eleh heihihhihi)

         
      • t.a.t.a

        08/10/2013 at 12:55 am

        yup. seksyen 7. aku datang 2 tahun lepas memang dah tak kenal kawasan dah. banyak bangunan berceracak dah.

        hahahaha… comel la ku ni. next time each time kau tengok pasu kau mesti ingat movie tu dan kau akan ingat aku, kan? hahaha

         
  3. azieazah

    01/10/2013 at 3:01 pm

    Ganasnya hanggg…..! Tak pernah terfikir bebudak kolej akan buat keja camtuh. Mungkin zaman Nokia 3310 tu, bebudak kolej sangat lurus dan jujur. Bebudak sekarang, pasti leka dengan tab or laptop masing-masing. Tentu la tak heran pun nak main beskal apa lagi nak pukul badminton, kan? (hmmm makin dibaca, rasa macam makin kenal pulak dengan TATA nih!) Btw, kolej tu ada lagi tak? Nanti nak tanya dengan anak dara Kak Azie.

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:31 am

      Kolej tu dah pindah ke Pulau Indah. bangunannya masih ada. tapi dah tukar jadi bangunan universiti. tepi jalan je.

       
  4. FAIRUS MAMAT

    01/10/2013 at 3:24 pm

    MASA MAIN MOTOR DULU RASANYA 2,3 KALI SAYA MASUK LONGKANG.. SEKARANG DAH LAMA TAK NAIK MOTOR.. 🙂

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:33 am

      aku pulak masa motor tak masuk longkang. tapi menyagat jalan raya juga. kena langgar dari belakang.

       
  5. ishy77

    01/10/2013 at 3:47 pm

    sbb tu le hidung ko senget dan ada dua lubang.hahahah

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:32 am

      tak la. masa jatuh tu tak kena hidung pun. hidung aku maintain mancung. tak senget.

      hah!

       
  6. nang

    01/10/2013 at 11:03 pm

    hahahahaha , janji jatuh dengan bergaya…style gitu 😛

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 1:33 am

      maintain ayu. hahaha

       
  7. nizam.ariff

    02/10/2013 at 3:15 am

    err.. semasa jatuh dengan bergaya tu, pakai jeans atau berbaju kurung?

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 3:22 am

      tshirt dengan tracksuit.

       
  8. ZonAku

    02/10/2013 at 4:39 am

    ok.. mmg dibenarkan gelakkan masa baca ni?

    seb bek x apa2… kalau aku pun gelak dl br tolong, sebab x injured. kalau injured, gelak sambil tolong. kalau trk cam kwn aku dl, br x gelak, sbb kelam kabut tolong n cari bantuan. dia sampai patah rahang.

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 4:57 am

      ini sebab empunya badan dulu gelak, tu yang lain pun baru berani gelak.

      kalau kes kawan kau tu, aku pun tak berani nak gelak. memang tak boleh nak gelak pun kan? kesian ada la.

       
  9. cinta

    02/10/2013 at 5:20 am

    ko graphic artis kat paper the star ke? cantik lak gambar situasi tu.

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 5:21 am

      dak aih. aku la manusia paling hampeh dalam bab design mendesign ni. pakai software je tu.

       
  10. juliet

    02/10/2013 at 6:06 am

    kalo sekarang jatuh basikal ada yg nak tlg angkat tak? hik.

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 6:09 am

      sekarang lebih berhati-hati. kalau jatuh kena angkat sendiri.

       
  11. Jenanese

    02/10/2013 at 8:26 am

    Downhiller rupenya..mohon tunjuk ajar.

     
    • t.a.t.a

      02/10/2013 at 8:27 am

      mak aih, tinggi nya kau melevelkan aku eh. downhiller terlangkup dok ha.

       
  12. Aziela

    03/10/2013 at 1:54 am

    Dah analisa baikkk punya, tak pula sempat analisa macam mana nak selamatkan diri yer…hahahahha. But yes, kenangan yang perit menjadi manis bila di ingat kembali.

     
    • t.a.t.a

      08/10/2013 at 12:53 am

      betul kak. setiap kenangan bila diingat jadi seronok rasanya. dan tak nak pulak tukar dengan benda lain kan walaupun boleh dipatah balik masa tu.

       
  13. T3PCute

    03/10/2013 at 7:17 am

    Kenangan zaman bljr memang best.. benda yang tak mungkin dpt dilalui lagi.. zmn dulu melepak ptg2 agenda biasa.. zmn skrg melepak lebih p makan2 atau shopping complex je

     
    • t.a.t.a

      08/10/2013 at 12:52 am

      zaman dah dewasa ni kalau nak ajak kawan² lepak susah sket. ramai yang dah kahwen. ramai yang dah beranak pinak. yang single tinggal sket aje. tu pun sibuk dengan kerja memasing.

       
  14. elly

    03/10/2013 at 5:40 pm

    cantik landing ko lepas jatuh beb wakkakakakakkakakakka
    oklah tu, aku ni lagi parah sebab tak reti nek beskal wakkakakakakkakaka

     
    • t.a.t.a

      08/10/2013 at 12:52 am

      seriyes giler beb kau tak reti naik basikal? oh gosh, i’m so sorry. aku memang bersimpati. tak nak belajar ke? stationary bike tau kayuh tak?

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: