RSS

Beli laut!

14 Oct

Anak-anak, bagi pihak ibu bapa kamu, acik ingin meminta maaf sebab tidak dapat membawa kamu orang pergi mandi laut atau mandi sungai atau mandi tasik atau mandi air terjun atau mandi parit di sebelah rumah kita setiap kali cuti sekolah kerana kesuntukan masa, makanya acik belikan kamu orang…

 

 

 

…laut!

 

Suka tak?

Suka. Suka. Suka.

 

IMG_0478

Muka budak baru bangun tidur.

“Ini penyu.”

“Kura-kura la abang.”

“Penyu!”

“Eh? Haah la penyu. Hahaha.” Acik gendeng jap pepagi ni.

Lepas tu dia belek setiap ikan yang ada di ‘laut’ itu. “Ini mama ia. Babah ia. Abang ia.” Mulutnya bising sambil jari menunjuk ke ikan-ikan tersebut.

Ya chot, aku memang ajar Abang Gundut perkataan “ia” hanya digunakan untuk selain manusia. Hehe.

IMG_0487

Terserlah kegendutan dia. Nenek cakap badan abang macam orang sumo.

IMG_0489

IMG_0494

Abeh la penyek Abang Afiq kena duduk dek Abang Sumo.

IMG_0495

Kat tengah ‘laut’ pun ada line ya bang? Sibuk nampak?

IMG_0499

Peace 1 jari.

Bila mak dengan pak depa balik dari pasar, mak dengan pak pulak yang teruja! Nasib baik tak terus terjun dua-dua tu masuk ‘laut’ yang sangat besar ini. Hahaha.

Jaga elok-elok ya ‘laut’ tu. Mahal tau!

 

 

 

 

Advertisements
 
42 Comments

Posted by on 14/10/2013 in Categorized

 

42 responses to “Beli laut!

  1. 4feet8

    14/10/2013 at 2:38 am

    rasa puas apabila org yg terima apa yg kita belikan itu rasa gembira..

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:40 am

      ye. lagi² orang yang kita sayang kan? sebenarnya kita digalakkan belanja orang lain, terutamanya ahli keluarga kita. lebih afdal dan berkat rezeki kita, insyaAllah.

       
      • Yunus Badawi

        15/10/2013 at 10:12 am

        Ustaz yg mengajar di surau kami beritahu kalau belanja keluarga pahalanya 70 kali ganda berbanding belanja org lain yang pahalanya 10 kali ganda

         
      • t.a.t.a

        16/10/2013 at 12:55 am

        ye, itu juga yang bos saya beritahu. sharing is caring and loving.

         
  2. smbotak

    14/10/2013 at 3:07 am

    ok, mana dugongnya? hahahaa!

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:43 am

      laa.. tak nampak ke?

       
  3. yana lyana

    14/10/2013 at 3:52 am

    Amboi seronoknya..

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:43 am

      kami yang dewasa tengok pun rasa seronok.

       
  4. ishy77

    14/10/2013 at 4:29 am

    haaa….mcm tu ke? Gundut mcm takut tenggelam jer? Haha
    Terlanjur ko cerita pasal ‘family2 ia’..teringat aku satu cerita lama. Anak buah dan kakak aku. Cerita pasal jentik2.
    Maklong: kak, cuba tengok ni.
    Anakbuah: ape ulat ni maklong?
    Maklong: ini jentik2 la kakak. Cuba teka jentik2 ni bila besar jadi apa?
    Anakbuah: jadi mak jentik2 kan?!!
    Maklong: #@++&±%&

    Budak baya gundut mmg kelakar. Huhuh

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:45 am

      lurus bendul kan jawapan mereka. hahaha..

      gundut nak baring macam abg dia, tapi takut air masuk telinga. tu yang abg dia suruh gundut duduk atas badan dia tu.

       
  5. kakcik

    14/10/2013 at 4:30 am

    Seronoknya dia orang mandi laut… 🙂

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:46 am

      seronok kak cik. MMS gambar depa pada makcik yang lain, semua nya jeles tak dapat balik. hehe.

       
  6. Dee

    14/10/2013 at 4:46 am

    mcm anak dee yg sulung..gendut..hihihi..best betul mandi laut tu..

    salam aidiladha tata..

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:47 am

      kadang tu rasa takut pulak tengok kegendutan diorang bila tak pakai baju ni.

      salam aidiladha juga dee..

       
  7. nizam.ariff

    14/10/2013 at 5:55 am

    Boleh memancing tuuu…

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:48 am

      boleh je. tu nampak ikan² tu.

       
  8. azieazah

    14/10/2013 at 5:56 am

    Nak jugakkk! Nak jugakkk! Nak jugakkk!

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:50 am

      akak kena pergi tasik. laut tak muat. hahaha.

       
      • Yunus Badawi

        15/10/2013 at 10:11 am

        Kalau azieazah terjun laut tu, kering airnya ….. heheheh

        larikkssss

         
      • t.a.t.a

        16/10/2013 at 12:56 am

        elleh elleh YB. kalau YB yang terjun pun kering jugak kan air nya? hahahaha

         
      • Yunus Badawi

        17/10/2013 at 7:29 am

        kalau azie dah terjun takkan saya nak terjun sama? nanti kena tangkap basah ….. huhu

         
      • t.a.t.a

        25/10/2013 at 10:35 am

        memang dah basah pun.

         
  9. azieazah

    14/10/2013 at 5:56 am

    Agaknya kalu mak pak depa pun terjun sama dalam laut tuh…. sapa yang kena masak tengahari eh? hahaha!

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:51 am

      mama depa juga yang masak. masak lepas puas kubang dalam laut. hahaha.

       
  10. JunAina

    14/10/2013 at 6:24 am

    Wahhh hapy budak Gundut boleh berenag2 di tengah laut.

     
  11. sylarius

    14/10/2013 at 6:36 am

    Ni bebudak ni kalau lasak sangat main airnya, mau sekejap je boleh pakai. Hehe

     
    • t.a.t.a

      14/10/2013 at 9:52 am

      x pe, kalau nak beli baru, korek la tabung depa. tak pun potong duit raya. hahaha.

       
      • Yunus Badawi

        15/10/2013 at 10:13 am

        Laut yg Adam pakai kat rumah ini dah bocor dan tak dapat nak diselamatkan lagi. Nak buangpun minggu lepas ….. huhuhu

         
  12. hazminhamudin

    15/10/2013 at 7:15 am

    Kena letak garam sikit air tu baru lebih terasa suasana lautnya,. hehe

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 12:57 am

      hahahaha.. lupa pulak nak letak.

       
  13. Yunus Badawi

    15/10/2013 at 10:10 am

    Sayang acik sebab belikan budak2 tu laut

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 12:57 am

      acik tahu korang sayang acik.

       
  14. Yunus Badawi

    15/10/2013 at 10:11 am

    Kalau emak bapak depa masuk laut tu jangan lupa ambik gambar. Lepas tu tampal kat blog ni ….. hehehe

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 12:57 am

      hahahaha. ok. ok.

       
  15. FAIRUS MAMAT

    15/10/2013 at 4:34 pm

    KAT RUMAH SAY DULUPUN ADA SATU.. TAPI DAH ROSAK..

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 12:58 am

      kind of fragile jugak benda ni. plastik. mudah koyak. dan dinding nya pun kalau silap handle boleh patah.

       
  16. eita

    16/10/2013 at 1:02 pm

    kus semangat….

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 4:59 am

      hahahaha. aku faham.

       
  17. elly

    17/10/2013 at 4:56 am

    aku pun ada laut ni, kadang2 aku join gak mandi laut stail gini ahahahhahaha

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 5:00 am

      tapi mesti tak tertanding laut sebenar yang kau selalu pergi eh?

       
      • elly

        17/10/2013 at 7:45 am

        ala yang ni pun dah cukup baik kalau dpt, tak de kisah la sangat, tapi kalau dpt laut betul walaweyyyyyyyyyyyyyyyyyy alangkah indahnya…jom!

         
      • t.a.t.a

        17/10/2013 at 8:54 am

        jom!!

        tapi aku tak reti berenang. juntai kaki main air je boleh la.

         

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: