RSS

3 jenazah..

16 Oct

.. 2 liang lahat, 2 kisah berlainan.

 

Jenazah 1:

Isnin lepas bos saya pergi layat customer kami yang meninggal. Seorang ustaz. Dah tua dah. Kalau datang kedai asyik speaking Jawa je la dia. Tapi bila dengan bos, arwah tukar bahasa. Bos tak faham Jawa :).  Technician saya ada seorang yang belajar mengaji dengan arwah.

Bos kata jenazah disolatkan di masjid. Ramai yang datang. Macam waktu solat Jumaat ramainya. Masa rombongan ke kubur pun ramai yang ikut. Arwah meninggal malam sebelum nya. Sakit ketumbuhan. Tapi tak pasti ketumbuhan apa. Arwah dikuburkan lepas jam 9 pagi.

Bos kata sepanjang urusan nak kebumikan tu mudah semuanya. Lepas jenazah masuk dalam liang, memang nampak ada lagi ruang dalam kubur. Luas. Masa ditalkinkan hujan turun renyai. Sekejap aje. Macam hujan lalu. Bos dongak. Nampak awan kelompok pada kawasan mereka. Cuaca jadi redup aje.

 

Jenazah 2 dan 3:

Dalam satu mukim yang sama juga. Bos pergi. Jenazah ni sepasang suami isteri. Saya tak nak beritahu siapa mereka, sebab bila saya beritahu semua orang akan kenal mereka. Si suami pernah jadi terkenal satu Malaysia sebelum ini.

Mereka meninggal sebab kemalangan. Dikebumikan dalam satu liang lahat. Bos kata masa jenazah suami dikebumikan, tiada masalah langsung. Bila jenazah isteri nak dimasukkan, percubaan pertama gagal sebab liang kecil. Tak cukup ruang. Sempit.

Kubur dikorek lagi bagi luas. Cubaan kedua berlangsung. Entah macam mana orang yang pegang tali nak turunkan jenazah tiba-tiba terjatuh ke dalam liang. Lepas ditarik keluar orang tu, tanah yang jatuh tadi pun dikorek keluar. Kali ketiga cubaan baru jenazah boleh masuk.

Bos cuma kata, masa nak dikebumi pun Allah dah tunjukkan, apatah lagi di sana? Wallahualam aje la.

 

Saya pun tak nak cerita panjang. Sebab itu aje yang bos cerita dengan saya. Apa yang saya tahu itu la yang saya taip. Jangan tanya saya lebih-lebih, sebab saya tak tahu, dan saya minta jangan buat apa-apa andaian. Andaian yang mungkin akan jadi fitnah (mengada-ada kan cerita.) Saya tak nak berkongsi saham.

Bila kita selalu dengar dan hampir dengan peristiwa macam ni, kita akan sentiasa rasa insaf. Kita kena sentiasa ingat akan mati, sebab itu akan mengelakkan kita dari buat maksiat.

Contoh ya kalau ada antara yang baca ni terniat nak buat jahat, cuba ambil mancis. Nyalakan, dan letak jari pada api tersebut. Sedangkan api yang kecil itu pun kita tak boleh tahan lama, apatah lagi api neraka, kan?

 

Advertisements
 
40 Comments

Posted by on 16/10/2013 in Categorized

 

40 responses to “3 jenazah..

  1. kniedaz

    16/10/2013 at 2:04 am

    huhu…takut dan rasa diri kerdil bila baca entry ko ni t.a.t.a
    kita tak tau dosa kita terampun atau tidak sebelum kembali

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 3:59 am

      pasal dosa tu memang kerja Dia. kita cuma boleh lakukan apa yang kita mampu. terampun atau tidak, itu belakang cerita. yang penting kita dah buat.

       
  2. FAIRUS MAMAT

    16/10/2013 at 2:10 am

    JUMAAT LEPAS EMAK SEDARA SAYA MENINGGAL DUNIA AKIBAT BARAH PAYUDARA.. ALHAMDULILLAH, PEKERJAAN PENGEBUMIANNYA PUN AGAK MUDAH.. MASA DIKEBUMIKAN JUGA HUJAN RENYAI-RENYAI TURUN.. DIA PUN SEORANG USTAZAH, ANAK-ANAK PUN RAMAI YANG MASUK AL-AZHAR.. SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANNYA DI ALAM BARZAKH..

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:02 am

      saya memang kagum dan rasa bersyukur serta cemburu dengan seseorang yang meninggalnya hari Jumaat. saya nak sangat meninggal hari Jumaat.

       
      • t.a.t.a

        16/10/2013 at 4:03 am

        ilmu yang berpanjangan. setiap kali seorang murid mengaplikasikan ilmu itu ke jalan yang baik, si guru tadi pun akan dapat saham nya juga.

         
  3. smbotak

    16/10/2013 at 3:00 am

    cumanya kita (aku) ni selalu terlupa. bila dekat dengan sesuatu peristiwa, akan insaf. bila dah jauh atau lama berlalu, terus ingat2 lupa…

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:00 am

      perkara biasa tu. aku pun selalu lupa bila jauh.

       
  4. Hazmin Hamudin

    16/10/2013 at 3:25 am

    Memang insaf kalau baca entri macam ni. Kita ni pun memang tak lari dari lakukan kesilapan dan dosa

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:04 am

      memang tak lari. kena sentiasa ingat kan diri.

       
  5. kakcik

    16/10/2013 at 3:37 am

    Giliran kita nanti, entah macamana agaknya…

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:05 am

      kita tak tahu kak. kita cuma boleh harap ia adalah sesuatu yang positif dan menyenangkan orang lain.

       
  6. Dee

    16/10/2013 at 3:57 am

    saya ambil pengajaran sahaja..utk kita yg hidup ni 🙂

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:05 am

      memang itu pun tujuannya. pengajaran pada yang masih hidup.

       
  7. ZonAku

    16/10/2013 at 3:57 am

    good sharing.. ingat mengingatkan sesama kita kan…

    thanks

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:05 am

      yup. welcome.

       
      • Yunus Badawi

        16/10/2013 at 4:11 am

        Thanks for sharing.

        Boleh buat skrip Tanah Kubur

         
      • t.a.t.a

        16/10/2013 at 4:14 am

        saya suka tengok Tanah Kubur.

         
  8. Yunus Badawi

    16/10/2013 at 4:10 am

    Alhamdulillah bos awak rajin layat. Ada org tu bila bab layat ni ada aje alasannya. Meeting lah, interview org lah ….. bla bla bla

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:13 am

      bos saya jenis yang bermasyarakat. lagi² kalau yang meninggal ni orang alim, memang dia akan pergi. dia kata kalau tak pergi, rasa susah aje hati nya.

       
  9. nizam.ariff

    16/10/2013 at 4:32 am

    Layat?
    Melawat+mayat? Bahsa Jawe ek?

     
    • t.a.t.a

      16/10/2013 at 4:35 am

      haah. bahasa Jawa untuk menziarah orang yang meninggal. tapi tak tahu pulak asalnya LAYAT tu melawat+mayat.

       
  10. azieazah

    16/10/2013 at 6:01 am

    Sebab tu saya suka tengok siri program Tanah Kubur. Insaf!

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 5:15 am

      dan juga ada pelakon tu muka nya sweet. yang pakai spek. saya tak ingat watak.

       
    • Yunus Badawi

      17/10/2013 at 7:26 am

      Saya skrg lebih suka tengok LoveUMrArrogant …. hehehe

       
      • t.a.t.a

        25/10/2013 at 10:34 am

        YB, jauh benor Mr. Arrogant dengan Tanah Kubur.

         
  11. juliet

    16/10/2013 at 7:53 am

    saya adalah jenis yg insaf kejap 😀

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 5:14 am

      bukan kau seorang Juliet.

       
    • Yunus Badawi

      17/10/2013 at 7:25 am

      kalau insaf kejap aje kenalah banyakkan layat ….. ngeeee

       
  12. sepa

    16/10/2013 at 11:06 am

    Dino, takkan la ko tak tu layat ? hehehe

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 5:19 am

      tak tahu la tu.

       
  13. eita

    16/10/2013 at 12:59 pm

    alfatihah…moga mereka semua di tempatkn di tempat yg mulia di sisi allah…

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 3:42 am

      Al-fatihah.

       
  14. murni alfathunnisa

    16/10/2013 at 1:02 pm

    sangat menginsafkan. masih tak cukup amal kita ni..huhu. kena selalu2 tengok “tanah kubur”..bagus slot tu.

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 3:40 am

      tengok la. best tau.

       
  15. 4feet8

    17/10/2013 at 2:16 am

    nak tegur dah. tapi nizam dah tegur dulu.

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 2:37 am

      tegur pasal layat eh?

       
      • 4feet8

        17/10/2013 at 5:09 am

        Haah. Betul. ;p
        typo ke mmg bahasa jawa tu?

         
      • t.a.t.a

        17/10/2013 at 5:13 am

        hahaha.. memang bahasa Jawa la.

         
  16. elly

    17/10/2013 at 4:55 am

    baca dan terus muhasabah diri sendiri

     
    • t.a.t.a

      17/10/2013 at 4:59 am

      Alhamdulillah.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: