RSS

Susahnya kalau..

22 Oct

..segalanya di hujung jari anda. (Sila jangan terus tegakkan jari telunjuk, sambil membelek-belek dengan tujuan mencari-cari ‘benda’ di hujung jari anda, seperti mana yang saya selalu buat, okay?!)

 

Kenapa saya kata susah?

Setiap bulan, saya asingkan certain sum untuk beli buku. Setiap buku saya budget dalam lingkungan RM20 sahaja. Tapi Khamis lepas saya tengok promo di MPHOnline ada satu buku berharga RM47.92 which is of course lah saya tak kan beli kan sebab ia dah over-budget untuk satu buku. Tapi promo itu sangat-sangat menterujakan diri saya.

Saya Google for the book’s preview, dan saya terus jatuh cinta pada buku itu.

Ini promo yang saya maksudkan.

modeals#28

Nampak tak apa yang saya nampak?

The Man Booker Prize 2013! And Eleanor Catton is only 27 when she completed the book!!

Teruja tak? Teruja takkkk???? Saya sangat teruja okay!!! Kalau tak teruja memang robot la kan?

Lantas saya add to my cart!

Eh kejap! Kalau beli bawah RM50 kena add another RM 7 untuk delivery charge. So why not tambah buku lain untuk elakkan RM7 for nothing, kan? So end up saya beli 2 buku dengan jumlah keseluruhan RM64.02 which is more than my monthly budget for books!!

Saya remind myself, Next month cuti beli buku okay?! Saya nak tengok, terpatuh atau tidak janji itu.

 

Kejap, masih tak faham. Kenapa kata susah?

Ye la susah sebab semua benda boleh main click click aje. Bila dah tengok iklan, add to cart buku tu, terus capai purse, keluarkan debit card. Terus click sana, click sini. Sent. Confirm purchased. Lusa buku pun sampai. Haa kan ke susah tu namanya. Susah sebab senang sangat nak beli itu beli ini.

Semalam buku-buku itu sampai. Eh kenapa tiba-tiba saya rasa pakcik abang PosLaju itu sangat handsome? Kenapa ya? He he he.

Ini la bukunya The Luminaries by Eleanor Catton.

IMG_0533

Buku saiz besar rupanya. 6 x 8 inci.

IMG_0532

Setebal 2 inci! 832 muka surat! Jenuh la nak habiskan.

 

Selak-selak dalam sebagai salam perkenalan. Jumpa ini!!

IMG_0534

Ada character chart lagi! Memang bagus buku ni.

Apa perlu nya character chart? Bagi saya memang perlu. Sangat-sangat perlu! Sebab kalau dah banyak sangat nama, and also nama depa ni kan ada first and second name, biasa nya bila dalam perbualan atau dialog depa akan guna first name tapi bila narration, depa guna pulak last name. Confused kan? Itu la fungsinya character chart. Untuk memudahkan kita mengenali sesuatu character dalam sesebuah buku itu. Dok la payah nak selak muka-muka sebelumnya nak cari siapa mamat ni, siapa minah tu.

Kalau sebelum-sebelum ini saya buat chart sendiri aje. Tapi ni bila ada chart nya yang asal lagi memudahkan proses membaca saya.

 

p.s: Sakit di tulang belikat saya hilang kejap bila buku-buku ni sampai. Kui kui kui.

Advertisements
 
46 Comments

Posted by on 22/10/2013 in Categorized

 

46 responses to “Susahnya kalau..

  1. smbotak

    22/10/2013 at 1:30 am

    Lebih baik terlebih budget beli buku daripada bershopping beli baju… hahahaa!

     
    • t.a.t.a

      22/10/2013 at 1:39 am

      aku tak pernah beli baju online.

       
  2. ida umielman

    22/10/2013 at 2:11 am

    bagus membaca jambatan ilmu
    membeli lebih tok bahan bacaan ok ru
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com

     
    • t.a.t.a

      22/10/2013 at 5:35 am

      salam perkenalan juga. okay thanks datang blog saya.

       
  3. ZonAku

    22/10/2013 at 3:16 am

    hahaha…. aku cuba untuk tidak meng’click’ mphonline. Godaannya sangat hebat.
    aku beli 2 jugak haritu, setel keduanya pada 1 hujung minggu saja.. kan jenuh tu!

    tu pun sakan aku biar dlm plastik courier sementara nk tunggu jumaat malam…… dugaan betul. ni dlm listing aku punya la banyak ni.. kalau bukak online, mmg harussssssssssssssssssssssssss

     
    • t.a.t.a

      22/10/2013 at 5:35 am

      setiap isnin dengan khamis MPH akan buat promo yang Modeals tu kan, so aku mesti nak terclick. kalau tak click rasa kesian pulak depa dah hantar email kita tak baca kan? — ayat kesian konon. blah la wei. hahahah

      ini yang baru order. yang dah ada kat rumah tak mula baca lagi banyak. aku tak tahu bila nak habis. aku rasa aku ada sindrom beli buku tapi tak baca, kot?

      hahaha

       
  4. Anak Askar Pencen

    22/10/2013 at 5:54 am

    Ulat buku rupanya. Hehe.

    Novel fiksyen yang tebal-tebal ni susah saya nak hadamkannya. Baca pun mesti dapat sekerat-kerat je. Novel macam Anna Karenina dan Bumi Manusia dalam Trilogi Pulau Buru tu pun dah dekat dua tahun mula baca pun tak settle-settle lagi. Haha

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:22 am

      fiksyen aku masih boleh layan. tapi kalau non-fiction memang aku tengok cover depan je la. baca nya tidak.

       
  5. azieazah

    22/10/2013 at 5:58 am

    RM20 jer untuk bajet buku… oh sangat senang nak sediakan tuh. Kak Azie kalu nak beli buku, kurang2 berabis RM200.. Aduhai. Sebab tu la takut masuk kedai buku. Cair selalu!

     
    • Yunus Badawi

      22/10/2013 at 10:19 am

      azie kerja dgn syarikat buku bolehlah beli buku banyak2. Boleh dapat staff discount …. hehehe

       
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:26 am

      kak azie, RM20 untuk satu buku je. saya more to buku second. buku second kan murah. sebulan bajet RM100 untuk 5 atau lebih buku.

      betul kak. masuk kedai buku saya rasa cair sangat. lagi² ada kedai buku online. lagi la cair cash saya keluar.

       
      • Yunus Badawi

        24/10/2013 at 8:20 am

        t.a.t.a tak nak ke kasi kawan2 pinjam buku awak yg banyak2 tu?

         
      • t.a.t.a

        24/10/2013 at 10:03 am

        setakat ni tiada yang berminat. saya jual murah pun lambat nak terjual. tak ramai yang suka baca English novel ni.

        saya ada lebih 100 buku terpakai setakat ini. saya dah buat consignment pada student U untuk jual pada car boot sales pun masih banyak yang tinggal. dia pun cakap English novel lambat laris berbanding novel Melayu.

        rata-rata penjual buku second English novel di mudah.my pun merungut yang sama.

         
  6. sepa

    22/10/2013 at 7:49 am

    nak tanya. ko ada ‘and the mountains echoed by khaled hosseini’, tak? aku baru baca satu bab. boleh ler share…

    Eleanor nih penulis perempuan kan bro?!
    …satu perkara wa perasan, perbezaan antara penulis perempuan dengan lelaki. dalam naratif, perempuan banyak crita ttg (ah! tak yah sebut eh…), lelaki pulak byk crita ttg (ah! tak yah sebut jugak eh)…

    kemudian, tentang man booker prize, dan dibandingkan dengan pulitzer prize… eh kejap., aku rasa booker prize lagi syiok baca… sebab popular, pulitzer pulak berat. kejap, kekadang pulitzer pun syiok jugak.

    bro, lu bacala ‘and the mountains echoed’, tapi, penulis lelaki…

    .
    oya, selamat membaca, brader…

    .

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:52 am

      bila kau plan nak habiskan Khaled Hosseini tu?

      Eleanor perempuan. entah, aku tak perasan pulak pasal narration tu.

      Aku lebih suka Man Booker Prize sebab cerita nya lebih menarik dan tak berat sangat. Pulitzer bagi aku berat. more to penulisan and journal and literature yang serius. more to humanitarian.

      Okay aku akan baca satu hari nanti.

       
  7. juliet

    22/10/2013 at 8:22 am

    buat2 pejam mata takut terpengaruh ni 😛

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:26 am

      hahaha. sekali terjebak, sentiasa la akan beli.

       
  8. ishy77

    22/10/2013 at 8:30 am

    Noted: kalau sakit ubat dia buku je. Terpakai utk si ulat buku.

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:39 am

      hahaha. betul tu.

       
  9. diana

    22/10/2013 at 8:37 am

    ok la tebal gitu..kan untuk 2 bulan punya bacaan,..jadi bulan depan memang tak beli la..kan?kan??hehhe..

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:39 am

      haah jugak kan?

       
  10. the malay male

    22/10/2013 at 9:44 am

    makin mudah duit mengalir keluar

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:40 am

      betul. susah jugak bila semua nya senang aje.

       
  11. T3PCute

    22/10/2013 at 9:47 am

    I pun suka beli buku.. tapi buku kat mesia nie convert dr £ pound UK atau US lebih mahal kat mesia.. kalau masa I kat UK.. tiap2 bulan beli buku.. sampai pakwe I sound.. udah2 ler tuh ahaks.. tapi tetap susah nak berhenti.. buku tuh boleh simpan sampai bila2 tak rasa membazir beli..

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:41 am

      that’s why saya lebih suka buku second, lagi murah. cari je kat mudah.my tu, berlambak buku. tapi rakyat malaysia ni tak ramai yang suka membaca, lagi² English novel.

      hobi ni memang susah nak stop. nampak je buku murah, and best pulak tu mesti nak beli.

       
      • T3PCute

        25/10/2013 at 9:37 am

        Dulu rasanya i pernah gak beli buku 2nd nie.. lupa kat mana tempat dia tapi yg jual kedai india.. jln tar ke?? sorry forgot kat mana.. tapi masa kat uk pun i tak beli buku kat kedai buku tapi beli online kat amazon.. uohh heaven beli buku kat situ sebab price turun naik tau.. bila dekat nak x’mas wow.. harga buku turun melambung2 masa tuh trus beli tak ingat dunia..

        My fav book dari dulu memang english novel (prefer fiction.. or teenagers book) novel malaysia buat masa nie I suka ramlee awang mursid ye versi.. kalau novelis lain.. I agak selected sikit.. klu ada yang berkenan baru beli.. but normally kalau versi BM.. I prefer beli buku motivasi atau islamic book.. Kalau novel english I akan pilih buku yang tebal hahaha.. dulu iprefer buku2 versi fiction vampire- fenomena twilight, trueblood, vampires diaries etcs.. ada sesetengah tuh masih tak sempat nak baca.. sampai anakbuah i pernah komen masa dtg rumah i.. kenapa byk sgt buku bahasa english hahaha..

         
      • t.a.t.a

        25/10/2013 at 9:45 am

        dari dulu beli sampai laa ni tak terbaca lagi? oh well aku rasa pun aku bakal menjejaki kau. banyak lagi kat rumah yang belum baca.

        versi fiction yang kau cakap tu such as vampire, trueblood and so on tu aku tak layan. aku tak tahu kenapa tapi tak suka tengok cerita macam tu, superman spiderman ke, memang tak masuk. tapi ghost story aku layan.

        aku baca Malay novel bila time aku rasa macam nak berjiwang karat. hahaha. tapi romance novel bu Judit McNaught, Julie Garwood aku layan jugak.

        kalau cakap pasal buku, memang tak ingat dunia. hahaha

         
  12. JunAina

    22/10/2013 at 10:15 am

    Saya tak der budget untuk buku kecuali buku anak2…heheheee…

    Tapi saya akan beli je kalau dah terbekaenan kat hati.

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:45 am

      saya suruh nephew saya yang form 2 tu baca John Grisham. tak habis. setengah aje. yang kecik pulak nak lori aje. buku tak pandang pun. saya sorang aje yang suka membaca.

       
  13. Yunus Badawi

    22/10/2013 at 10:21 am

    Memandangkan buku tu tebal bolehlah awak ambil masa lama sikit utk menghabiskannya. Lagipun sebab awak dah belanja lebih RM60, kenalah cuti beli buku utk 2 bulan.

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:44 am

      haah. bajet tebal dan harga untuk 2 bulan punya. tapi pasti tak tahan juga. nak beli juga akan datang.

       
  14. Yunus Badawi

    22/10/2013 at 10:22 am

    Kat meja saya ni ada 4 buah buku yg anak2 pinjamkan. Dah dekat sebulan satu pun tak habis dibaca lagi ….. huhu

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:45 am

      kalau library mesti YB dah kena denda sebab pulang lewat kan?

       
      • Yunus Badawi

        24/10/2013 at 8:21 am

        itulah nasib baik bukan library. Kebelakangan ni kurang sikit mood nak baca buku ….. huhu

         
  15. Aisyah Rafaei

    22/10/2013 at 12:53 pm

    berseni org nyer tata ni..

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:39 am

      x jugak kak. cuma suka membaca aje.

       
  16. eita

    22/10/2013 at 1:10 pm

    fuyoooooo…tebal nyer…..tapi kan kalu buku best…jap je baca kan..

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:38 am

      haah. tapi tak boleh jugak, byk hal lain perlukan perhatian kita.

       
  17. FAIRUS MAMAT

    22/10/2013 at 5:42 pm

    MEMBACA JAMBATAN ILMU.. TERBAIKLAH..

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:38 am

      ayat yang selalu kita jumpa di pusat sumber.

       
  18. elly

    23/10/2013 at 10:47 am

    brapa lama amik masa abiskan buku setebal itu

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:37 am

      nanti aku keep track.

       
  19. 4feet8

    23/10/2013 at 11:35 am

    Lamanya aku tak jengah blog.. Mcm lama je rasa.. hehe..
    aku nak komen mcmni saja.. “Salam perkenalan” kekeke.. ni kira warm up balik

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:28 am

      hahahaha. salam perkenalan juga. comel la kau ni. dah la literally kau ni comel.

       
  20. cik kakiketawe

    24/10/2013 at 3:13 am

    makk aii…dah le buku orang putih…
    jenuh lah kalau aku yg nak membacanye…
    memang jadi “krikk…krikk…krik..” jela buku tu…muehehehe

     
    • t.a.t.a

      24/10/2013 at 3:31 am

      aku dapat imajin krikk krikk krikk kau kat belakang tu. hahaha

      dah tu camne nak pilih law atau English comm? semua nya kena banyak membaca tau.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: