RSS

Kisah Tanpa Tajuk.

02 Nov

“Minggu depan aku tiada. Cuti.”

Tangan terhenti menulis. Perlahan-lahan Nita angkat kepala. Memandang tepat lelaki berkumis yang duduk di hadapannya. Lelaki yang sering menampakkan wajah di pejabat Nita setiap kali waktu senggang.

“Aku terbang ke Bandung. Ikut rombongan. Ada orang belanja, aku ikut aje. Seminggu aku di sana.” Terangnya lagi sambil tersenyum.

Iman faham perangai Nita. Nita akan bertanya segala jenis soalan; apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana. Jadi sebelum Nita bertanya lanjut, Iman sudah berikan jawapannya.

Nita terus merenung Iman. Lelaki yang dikenali hampir 9 tahun sepanjang dia bekerja di pejabat ini. Lelaki yang mula mendapat tempat di hatinya selepas pemergian Hasri. Hasri yang pergi untuk selama-lamanya ketika dalam koma.

Iman tahu pasal Hasri. Iman kenal Hasri. Malah Iman lah yang sentiasa berada di samping Nita memberi kata semangat dan mendengar segala keluhan hati sepanjang tempoh Hasri koma akibat kemalangan. Nita amat menghargai sokongan Iman waktu itu.

Nita anggap Iman kawan rapatnya. Walaupun Nita tidak percaya akan perhubungan kawan rapat yang berlainan jantina, tapi Nita tetap anggap Iman hanya setakat sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.

Bukan Iman tak pernah beritahu kalau hendak bercuti. Setiap kali hendak bercuti, setiap kali itu lah Iman akan beritahu Nita. Kadang kala Nita rasa macam dia menjawat jawatan setiausaha kepada Iman pula bila setiap kali cuti atau kerja luar Iman akan beritahu. Pendek kata setiap kali kepergian dari pejabat, Iman akan beritahu Nita. Sepertinya Iman tidak mahu Nita tercari-cari bila dia tiada di pejabat.

Tapi kenapa cuti kali ini Nita rasa lain?

Nita menghela nafas perlahan. “Bila kau masuk kerja semula?” Nita selak kalendar kuda yang tergantung di dinding sebelah kiri meja nya. Alasan untuk menutup gelodak di hati.

“11hb, hari Isnin aku kerja.” Iman beri jawapan.

“Okay.” Nita mati kata. Pandangan diarah semula ke hadapan. Mata terus merenung Iman. Suasana diam. Sepi. Hanya kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang di luar. Sayup.

“Kau nak aku belikan apa-apa ketika di sana?” Iman memecahkan sunyi.

“Kau aktif kan tak ISD?” Nita bertanya.

“Kenapa?” Iman hairan.

“Seminggu kau tiada, kalau aku mengantuk nanti, siapa aku nak call?” Nita cuba berseloroh.

Senyum Iman melebar. “Kau telefon la kucing ke, biawak ke, buaya ke?” Seloroh dibalas dengan lawak.

Nita tertawa kecil. Kalau dengan Iman ada sahaja benda yang hendak ditertawakan. Ini la antaranya yang Nita akan rindu bila Iman tiada nanti.

“Kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Kau nak ole-ole dari sana tak?”

Nita geleng. “Aku cuma nak kau pergi dan balik dengan selamat. Nanti aku boring kalau kau tiada.”

“InsyaAllah.”

———–

Advertisements
 
34 Comments

Posted by on 02/11/2013 in Categorized

 

34 responses to “Kisah Tanpa Tajuk.

  1. tiha

    02/11/2013 at 7:44 am

    menarik jugak kisah ni..cer sambung lagi

     
    • t.a.t.a

      02/11/2013 at 8:16 am

      kak tiha, tunggu la 11hb dia balik. hehe.

       
      • Yunus Badawi

        03/11/2013 at 6:33 pm

        Nita tu awak ek?

        ngeeee

         
      • t.a.t.a

        04/11/2013 at 10:09 am

        hahahaha.

         
  2. ZonAku

    02/11/2013 at 8:15 am

    ko keje arini?

     
    • t.a.t.a

      02/11/2013 at 8:16 am

      kerja.

       
      • Yunus Badawi

        03/11/2013 at 6:34 pm

        Public holiday pun kerja ke? Cepat kaya macam ni ….. hehe

         
  3. daddyziyyad

    02/11/2013 at 5:07 pm

    ” kau bawak balik sirap bandung”,kata Nita

    🙂

     
    • t.a.t.a

      02/11/2013 at 5:09 pm

      “Mee bandung nak tak? Kegemaran kau kan?” tambah Iman lagi.

       
  4. sepa

    02/11/2013 at 5:07 pm

    Hasri masih koma lagi.?! takkanla lama no…?! eh, kejutkan dia bro… buh renjatan letrik ker… atau bagi dak Dino azan di telinga kanan dia… 🙂

     
    • t.a.t.a

      02/11/2013 at 5:08 pm

      sepa, baca betul². dah meninggal la.

       
      • smbotak

        02/11/2013 at 6:24 pm

        si sepa ni memang nak kena. aku agak dia fast reader la tapi tertinggal satu perenggan. aku nak letak tajuk… “rinduku tersembunyi dibawa air asia ke kota bandung”

         
      • sepa

        03/11/2013 at 9:22 pm

        Hahaha… Kepala hotak aku masih tersangkut dengan versi dak Dino bro. Eh! Bukanker dalam versi dak Dino, si Hasri tu koma jeh!…
        Bro! Flashback kan bro! Masukkan kenangan romantis bersama si Hasri tuh! N jangan lupa, selitkan di mana patut, kereta Ferrari merah… Hasri lebih maco di dalam ferrari merah bro…
        Si Iman bagila bmw pintu kelawar, kalau ada peluang, si Dino mecidis mata belalang…

         
      • t.a.t.a

        04/11/2013 at 10:11 am

        sepa, itu versi Dino. dalam versi aku Hasri dah meninggal.

        kenangan romantis? alamak, aku tak de kenangan tu. hahaha. Dino ada kot? suruh dia tulis.

         
  5. Henrietta Jose

    02/11/2013 at 7:02 pm

    Alaa sweetnye…

    Pss…Syukur…its back to normal now….and thanks to you that inform ealier…

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:11 am

      good for you kak. alhamdulillah. welcome.

       
  6. nizam.ariff

    02/11/2013 at 7:48 pm

    Aku suka ada kalender kuda dlm cerita.
    Aku suka bila Nita dah kembali bergurau.

    Tapi jgn lupakan Hasri…dia menunggu Nita fi bwh kembang kemboja…

     
    • Yunus Badawi

      03/11/2013 at 6:35 pm

      Bukankah Hasri dah meinggal dunia di dalam koma? …. huhu

       
      • t.a.t.a

        04/11/2013 at 10:12 am

        YB, tu pasal Nizam kata Hasri tunggu di bawah kembang kemboja.

         
  7. eita

    02/11/2013 at 8:47 pm

    ala..ingat habis terus tadi..nape nita tak ikut sekali?

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:13 am

      complicated mah.

       
  8. baby comel

    02/11/2013 at 9:39 pm

    bila baca terasa ada something pulak terkesan kat hati..

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:19 am

      really? well, good for you.

       
  9. 4feet8

    03/11/2013 at 12:13 am

    Kau betul tak minta apa-apa ta..?
    jgn menyesal. hihi..

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:25 am

      Nita tak minta apa².

       
  10. FAIRUS MAMAT

    03/11/2013 at 1:17 pm

    KISAH SIAPAKAH INI?

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:13 am

      kisah Nita dan Iman.

       
  11. Yunus Badawi

    03/11/2013 at 6:35 pm

    Ada bakat awak jadi penulis cerpen ….. ai like

     
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:26 am

      ini bukan bakat menulis cerpen. ini bakat tulis ayat merapu, tokok tambah aje.

       
  12. azieazah

    03/11/2013 at 11:01 pm

    Jujur, Kak Azie sendiri kalu cuti or tak kerja (wpun sehari) memang ada sorang rakan baik (lelaki) yang mesti diberitahu. Dengan alasan yang hampir sama seperti dalam citer di atas. “Nanti ko boring nak call sapa nak cerita dan nak ajak gaduh?”

    Ahh kisah terus tertusuk di hati.!

     
    • Yunus Badawi

      04/11/2013 at 10:03 am

      Hope bukan kekasih gelap Azieazah …..

      hehehe

      larikksss

       
      • t.a.t.a

        04/11/2013 at 10:15 am

        YB!!! jahatnya statement.

        memang kena lari!

        haha.

         
    • t.a.t.a

      04/11/2013 at 10:18 am

      alaa sweet nya akak ni. bunga dalam hati ada sedikit mekar tak?

       
  13. sylarius

    04/11/2013 at 12:09 pm

    Kawan gaduh-gaduh ni, kalau lama menghilang sure kita akan mencari. Kawan gaduh ni, bila takda dekat kita sure akan rasa sunyi.

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: