RSS

Berita Hari Ini.

05 Nov

Berita copy paste aje.

MANTAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JAIS TERIMA ANUGERAH TOKOH MA’AL HIJRAH SELANGOR 1435H/2013M

paman sanip

SHAH ALAM 5 NOV : Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Sianid Mokim dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H/2013M peringkat negeri Selangor.

Sianid, 63, dilahirkan di Bukit Kuching, Kuala Selangor, pada 29 Ogos 1950 dan memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela, Jeram, manakala pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Jeram, sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam, Kota Bharu.

Beliau berkelulusan Diploma Syariah dan Undang-undang Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri dan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, pada 1977.

Sepanjang berkhidmat di JAIS, beliau adalah penulis buku teks SRA JAIS, buku teks sukatan Al-Azhar Sekolah Menengah dan penulis tafsir Al-Quran Bahasa Arab.

Kini, beliau masih aktif sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KAFA negeri Selangor.

-NFN-

 

Tahniah Paman Sanip!

Advertisements
 
16 Comments

Posted by on 05/11/2013 in Categorized

 

16 responses to “Berita Hari Ini.

  1. sam banjamin

    05/11/2013 at 10:29 pm

    tahniah…

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 11:38 am

      thanks sam.

       
  2. azieazah

    05/11/2013 at 11:19 pm

    Ada berita lain tak? Kisah artis menikah lagi ker? hahahaha

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 11:58 am

      kak, kisah artis menikah lagi saya tak layan.

       
  3. kniedaz

    06/11/2013 at 7:59 am

    Tahniah…tahniah…errr..pakcik ko ek? ^_^

     
    • t.a.t.a

      06/11/2013 at 9:47 am

      ye.

       
  4. ishy77

    06/11/2013 at 9:34 am

    siapa tu? Paman kamu.? Paman btl ke? Eh..paman bhsa jawa tu pakcik kan?

     
    • t.a.t.a

      06/11/2013 at 9:46 am

      Ada paman tak betul ke? hahaha.

      ye la, pakcik aku tu.

       
  5. FAIRUS MAMAT

    06/11/2013 at 10:35 pm

    WAH.. SEDARA KE?

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 11:59 am

      pakcik.

       
  6. daddyziyyad

    07/11/2013 at 12:14 am

    tahniah buat pakcik awak..

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 11:59 am

      thanks bagi pihak dia.

       
  7. eita

    07/11/2013 at 7:12 am

    tahniah..

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 12:00 pm

      thanks.

       
  8. sylarius

    07/11/2013 at 9:44 am

    Tahniah kat pakcik awak 🙂

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 11:59 am

      thanks.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: