RSS

Alahai LELAKI.

07 Nov

Kenapa kau hon aku? Kenapa kau jerit pada aku? Kenapa kau bahasakan aku?

 

Adakah sebab:

1. kau tak sempat nak hon-jerit-bahasa kan pada Wira-merah itu, maka aku yang jadi mangsa seterusnya?

2. kau tak berani nak hon-jerit-bahasa kan pada Wira-merah itu sebab pemandu Wira-merah itu adalah lelaki, dan penumpang dalam kereta itu semuanya lelaki?

3. tapi kau berani hon-jerit-bahasa kan pada aku sebab aku perempuan dan aku seorang sahaja dalam kereta kecil-lama-uzur itu?

 

Kau tahu tak yang..

1. cara pemanduan kau masa itu memang merbahaya? Memandu laju di selekoh dan di depan pam minyak di mana banyak kenderaan keluar masuk?

2. kau memandu laju sedangkan di depan kau tu lampu isyarat tengah merah?

 

Kau potong aku dari sebelah kiri dan berhenti betul-betul depan aku.

Kau tahu tak:

1. betapa mendidihnya darah aku masa tu melihat PEREMPUAN di sebelah kau menurunkan tingkap dan tersenyum sinis pada aku?

2. betapa aku rasa nak lempang-lempang BUDAK KECIL yang di seat belakang menurunkan tingkap dan senyum mengejek pada aku?

3. betapa aku berperang dengan perasaan perempuan yang lebih pentingkan emosi dari mencapai kamera yang sentiasa ada dalam bag untuk aku ambil dan snap gambar belakang kereta kau?

4. aku tahan sabar masa tu sebab aku dahulukan akal. Kalau aku snap juga gambar kau, kau akan keluar dari kereta dan one thing will led to another. Aku biarkan emosi aku kalah. Aku diamkan diri. Aku buat tak tahu.

4. aku tengok aje belakang kereta kau. Aku hafal segenap inci. Ada sticker Bismillah, nama Allah dan SAW, tapi malangnya PEMANDU kereta itu langsung tidak menggambarkan ciri-ciri manusia yang SABAR.

5. kau la LELAKI PALING HIPOKRIT di atas jalan raya pada ketika itu.

6. sepanjang perjalanan balik aku membayangkan segala kebarangkalian yang berlaku jika aku snap gambar kereta kau?

7. aku sangat sedih bila aku menjadi mangsa bukan atas kesalahan aku?

8. lepas solat aku doakan kesejahteraan dan mohon dari Nya kau dikurniakan ketenangan hati? Ya, aku doakan kau sebab hati aku tidak tenteram.

 

Kau bagi aku adalah LELAKI yang tipis tahap kesabarannya. LELAKI yang tinggi ego nya. Kesalahan sendiri kau alihkan pada orang lain dan kau adalah LELAKI yang pasti GAGAL dalam membimbing jemaah kau dalam sesuatu perkara.

Aku harap aku tak jumpa kau lagi.

 
53 Comments

Posted by on 07/11/2013 in Categorized

 

53 responses to “Alahai LELAKI.

  1. daddyziyyad

    07/11/2013 at 12:25 pm

    Tu pasal, kalau perangai di atas jalanraya macam syaitan, elak kan lah gigih menempek segala macam ayat Al Quran / ” we love Muhammad SAW” kat cermin belakang kereta..or berkopiah/serban…Bukan apa, dek kerana perangai mazmumah mereka, Islam yang dapat nama buruk..Non -Muslim buat generalisation aja nanti bila mereka jumpa kes pemandu macam awak jumpa tu

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 12:28 pm

      part “we love Muhammad SAW” memang aku tidak setuju tampal.

      1. aku rasa fenomena tu lebih kepada mengikut-ikut orang lain buat.
      2. perangai tidak menggambarkan apa yang sepatutnya sticker tu kata.

      at last aku jumpa seorang yang setuju dengan aku tanpa aku tanya direct.

       
      • kakcik

        07/11/2013 at 1:49 pm

        Percaya tak? ramai manusia bertukar sikap sebaik sahaja memegang stereng kereta….

         
      • t.a.t.a

        07/11/2013 at 3:36 pm

        kak cik, percaya aje. saya pun kadang kala terlepa juga.

         
    • Yunus Badawi

      07/11/2013 at 3:34 pm

      Saya pun setuju dgn awak dlm hal ini. Dah dua orang dah ….. ngeeee

       
      • t.a.t.a

        07/11/2013 at 3:36 pm

        yay. give me five!

        eh alamak, tak berlapik pulak. hahaha

         
    • elly

      07/11/2013 at 4:33 pm

      agama tu bukan utk ditepek2, agama itu cara hidup!

       
      • yunus Badawi

        09/11/2013 at 10:40 am

        lain kali saya kena pakai gloove kalau nak jumpa dgn t.a.t.a

        hehehe

         
      • t.a.t.a

        09/11/2013 at 10:44 am

        YB,

        hahahaha.

         
  2. hazminhamudin

    07/11/2013 at 1:56 pm

    Bab tampal ayat2 quran dekat kereta tu aku memang tak suka dan tak setuju. Karang kereta terbiar tengah panas elok pulak ayat tu kan. eh. Kena perlu disalahkan lelaki? Tapi bukan kepada pemandu tu je. lelaki tu terlalu umum lak rasanya :p Hehe..

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:37 pm

      entah, aku suka pula tulis LE.LA.KI.

      hehe aku tahu tak semua lelaki macam tu.

       
  3. JunAina

    07/11/2013 at 2:14 pm

    Pelekat sana pelekat sini tapi jiwa kosong semua tu hiasan semata2 tak dapat meresap ke dalam jiwa.

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:38 pm

      orang tampal, kita pun nak tampal juga.

       
  4. Aziela

    07/11/2013 at 2:23 pm

    Welcome to the world, dik. Memang ramai lelaki yang macam tu atas jalan raya. Tapi nak cari perempuan yang macam tu, susah sikit. Adakah kerana perempuan ni penakut, atau memangnya kita sebenarnya kuat kerana mampu bersabar.

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:39 pm

      penakut iya, penyabar pun iya. api jangan disiram dengan diesel, marak teruk karang.

       
  5. tiha

    07/11/2013 at 3:26 pm

    insha Allah, pahala dia dapat kat tata sebab tata bersabar..
    moga dia dapat taufik dan hidayah tiap2 hari sampai akhir hayat..

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:43 pm

      insyaAllah kak. kalau tak jumpa taufik, jumpa hidayah pun jadi la kan?

       
  6. Yunus Badawi

    07/11/2013 at 3:33 pm

    Memang kurang asam dan kurang ajar org mcm ni tak kira lelaki atau perempuan.

    Awak dah buat entri ni dan dah maafkan dia, eloklah lupakan saja peristiwa ni. Kalau dikenang boleh ulcer ….. huhu

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:42 pm

      bila baca entry ni berulang kali, dah rasa tawar pun hati. cuma sebagai peringatan untuk lain kali.

       
  7. budak_shinchan

    07/11/2013 at 3:37 pm

    hurmm.. nk cari calon suami yak beriman.. penyabar.. berbudi Bahamas? cuba try test masa dia memandu kat jalan raya ek

     
    • t.a.t.a

      07/11/2013 at 3:41 pm

      abang shinnnn.. abang macam lelaki tu tak?

      :wink

       
      • budak_shinchan

        08/11/2013 at 7:56 am

        ekot masa..keadaan dan cuaca.. hahaha selalu time drive emosi melangkaui akal

         
      • t.a.t.a

        09/11/2013 at 10:45 am

        most of us macam tu kan?

         
  8. elly

    07/11/2013 at 4:34 pm

    ah dulik ar, ada aku kesah ngan pemandu2 cam ni
    biarlah dia ngan sikap begitu, kita jgn jadi begitu juga
    bak kata laki aku kalau dia jumpa pemandu begini:
    “tu bawak laju2 tak tentu arah, mesti bini tengah main ngan org len kat umah”
    mmg kasar bunyinya, dah sesetengah org marah kalau laki aku kata gitu, tapi gitulah hakikatnya!
    ada aku kesah?

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:47 am

      hahaha somehow aku rasa kata² laki kau tu memang cute. tapi orang marah bila laki kau cakap macam tu mungkin takut tak kena pada situasi orang yang betul² tengah emergency.

       
    • elly

      11/11/2013 at 2:26 pm

      yup!

       
  9. tasekM

    07/11/2013 at 5:10 pm

    tahap ko bersabar tu aku bangga ta.
    jenis manusia mcm tu… walau diejeknya aku… dalam hati aku tetap akan berkata… alahai… kesiannya la…

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:49 am

      psikologi kena kuat kak. kalau orang tengah marah kita tukar rasa marah kita jadi kesian pada dia. ya saya setuju.

       
  10. kniedaz

    07/11/2013 at 5:35 pm

    otak tak berfungsi ketika memandu ler tu…

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:49 am

      emo. ego.

       
  11. Dee

    07/11/2013 at 5:59 pm

    alahai..tu lelaki tak guna..tak guna..mcm kata yuna..hehehe..

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 11:37 am

      kosong. kosong. kosong. macam kata najwa. haha

       
  12. sam banjamin

    07/11/2013 at 6:07 pm

    Metaphore yg menarik… Dari sudut pandang seorang pemandu wanita… Kau tentu seorang pemandu wanita yang sempurna bukan….

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 11:36 am

      tak de sesiapa dan tak de benda yang sempurna pun dalam dunia ni sam.

       
  13. sepa

    07/11/2013 at 7:06 pm

    malam ini malam jumaat bro.!

    .

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:50 am

      aku no hal la sepa malam apa sekali pun. hahaha

       
  14. ZonAku

    07/11/2013 at 9:58 pm

    aku blh terima lagi y lelaki tu, tapi si perempuan n anak kecik dibelakang?? astagfirullah… korang mak bapak ke? tunjuk n didik anak macam tu? x hairan kalau anak itu besar jd anak y x elok…

    Ya Allah, peliharalah akhlak anak itu!

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:51 am

      memang sakit hati masa tu tau. dia perempuan. aku perempuan. tapi gaya dia pandang aku memang aku rasa nak sangat ada pump gun masa tu.

       
  15. eita

    07/11/2013 at 10:02 pm

    kalau jupe jugak lain kali..gi jauh2..jangan lalu dekat dia..hahah

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:52 am

      haah. nanti jangkit pulak penyakit kat kita. haha

       
  16. Whitecappuccino

    07/11/2013 at 10:35 pm

    akak pun mendidih kalo jumpa pemandu macam ni grrrrr…

     
  17. azieazah

    07/11/2013 at 10:48 pm

    Baru malam semalam kami kena. Dah la kena lampu tinggi cucuk belakang, pastu potong menderumkan injin siap hon. Ingat dia jer ada hon? Mujur boleh sabar lagi, lantak la dia nak terbang sampai hujung langit pun….

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:54 am

      lampu tinggi, cucuk belakang pun memang geram aje jadinya. pembuli jalanan tu. memang kena sumpah aje dengan setiap yang lalu.

       
  18. ishy77

    07/11/2013 at 11:34 pm

    Hebat la bole sabar gitu. Tp knpe xpasal2 kamu jd mangsa? lelaki tu mereng ek

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:56 am

      aku keluar dari pam stesen dengan kereta Wira-merah tu. Wira-merah ke kanan, aku ke kiri. dia dari jauh lagi bawak laju. Wira-merah dia brek, tang aku dia tak brek. aku bawak slow sebab keluar tu terus masuk line trafik tengah merah. tu yang dia bengang tu.

       
      • chot

        09/11/2013 at 11:10 am

        mcm no point lak dia nk bengang. Dah situ dekat tmpt org kua masuk.dekat traffic light lagi..motif bawak laju? heh. bikin menyirap pula darah tok gajah beta.hahaha

         
      • t.a.t.a

        09/11/2013 at 11:35 am

        itu yang aku sakit hati. ada selekoh tajam. lepas selekoh ada jejantas depan sekolah. ada bonggol. lepas bonggol jumpa selekoh lagi. lepas tu jumpa pam station. lepas tu jumpa simpang 4 ada trafik light. memang itu kawasan tak boleh bawak laju. tapi dia bawak laju juga. lepas tu orang lain kena marah.

         
  19. T3PCute

    08/11/2013 at 11:12 am

    selalu kalau nak sedapkan hati.. bak kata kawan aku dulu.. pemandu yang macamtu pemikirannya cetek (terutama pemndu lori.. tak guna argue dengan org yg b*doh.. silap2 kita pun sama b*doh mcmtu silap haribulan setakat sekolah rendah ahaks).. tapi ada seorang kwn lg best.. dia sllu ckp.. takpelah sabar… anggap jelah orang tuh nak b*rak k*ras hahaha.. this one always make me smile walaupun masa tuh darah mendidih jek hehehe..

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 10:58 am

      kadang tu jumpa pemandu lori yang sedar diri, dia besar dan berat dan slow tapi bawak lane kanan. bila nampak ada kereta kat belakang dia terus tukar lane. yang itu memang aku angkat tangan. thanks bro. hehe

       
  20. FAIRUS MAMAT

    08/11/2013 at 11:56 am

    PERNAH SEKALI KEJADIAN SEDEMIKIAN BERLAKU PADA AKU.. SEORANG PEREMPUAN CINA. DUDUK DI LANE KIRI, PASTU NAK HIMPIT AKU SEBELAH KANAN.. AKU BUAT KERAS JE.. PASTU KERETA BERGESEL SEDIKIT.. DIA YANG SALAH, BUAT MACAM AKU YANG SALAH.. MASA TU JALAN AGAK JAMMED, DIA HIMPIT DAN AMBIL GAMBAR AKU DAN KERETA AKU.. AKU BUAT KERAS JE.. PASTU DIA POTONG, SIDE BY SIDE.. AKU PON BUKAK CERMIN DAN KELUARLAH PERKATAAN2 YANG ENTAH APA YANG AKU CAKAP.. DIA KEJAR AKU.. AKU MALAS NAK PANJANG2 CERITA.. AKU TRICK DAN LARI DARI DIA..

    AKU BALIK RUMAH TENGOK JUGALAH KERETA AKU.. TAKDE APE2 PUN.. MACAM TAK BERLANGGAR / BERGESEL.. SEBAB MASA TU PUN BUKANLAH LAJU..

    TAPI MASA TU KALAU AKU KELUAR DARI KERETA, MEMANG AKU LETUP JE MUKA DIA.. NASIB BAIK MASIH DAPAT MENAHAN KESABARAN, LAGI PUN PEREMPUAN KAN…

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 11:04 am

      Alhamdulillah aku masih belum pernah lagi bab kejar mengejar ni. tapi kalau bab himpit menghimpit memang selalu kena. KENA ya bukan aku yang himpit orang. hahaha

      Dengan tiada signal dan-dan je terus tukar lane. pastu nak himpit aku. bila aku hon tak reti pulak nak angkat ke apa ke cakap sorry. buat bodo pastu terus blah.

       
  21. sylarius

    08/11/2013 at 12:11 pm

    Annoying gila kalau terkena dengan pemandu yang perangai macam lelaki tu. Mostly ego tak bertempat. Orang Malaysia ni, kereta tu adalah alter-ego diri mereka. Bila pegang stereng tu, rasa macam dah habis power dah.

    Tampal ayat suci kat kereta ni, kadang ikut-ikutan je. Nak tunjuk pada orang, at least dia beragama walaupun akhlak tunggang langgang. Orang yang beriman tak perlu tampal sticker Islamik untuk beritahu keimanannya, orang lain tahu keimanannya melalui akhlaknya itu sendiri.

    Aku harap sangat jangan bertembung dengan lelaki ego sebegini di atas jalan raya. Hmmmm…

     
    • t.a.t.a

      09/11/2013 at 11:32 am

      mungkin dia tampal sebab nak beritahu yang itu kereta orang Islam kot? tapi bagi aku tak penting semua itu, kan? cukup la gantung tasbih pada cermin pandang belakang dalam kereta. tapi kalau tak de pun tak pe jugak.

       

Leave a reply to Yunus Badawi Cancel reply