RSS

Exercise book.

11 Nov

Ada satu buku ni, warna hijau. Ia dah lama berada di bawah meja saya. Setiap hari memang saya buka pun buku tu, tapi cuma nak belek kertas-kertas yang saya selitkan dalam ia aje. Hari Sabtu adalah hari berjimba-jimba untuk saya clear dan kemas kan workstation saya ni.

Ini la Exercise Book yang saya maksudkan.

IMG_0230

Sabtu lepas saya ambil masa sikit membelek isi dalam nya. Baru saya ingat, ini adalah buku nota untuk subjek MAF310 Management Accounting yang saya ambil masa ePJJ beberapa tahun lepas.

IMG_0229

IMG_0227

IMG_0228

Tahun 2009 saya ambil subjek ini, tapi gagal dan terpaksa mengulang beberapa semester kemudian. First time ambil saya gave up sebab saya tak faham satu apa pun pasal subjek tu. Bila tanya student batch lain mereka kata subjek tu sangat senang dan ramai yang lulus. Saya hairan, kenapa bagi saya sangat susah, dan dalam kelas saya boleh dibilang dengan sebelah tangan berapa orang yang lulus.

Antara perkara yang penting bagi student untuk score sesuatu subjek itu adalah Past Year Questions, PYQ dan at least satu cara menjawab soalan. Masa saya dulu, saya tanya lecturer untuk jawapan dan contoh PYQ. Dia tolak saya ke coordinator. Bila saya tanya coordinator, dia kata student kena rujuk pada source person, which is lecturer. Dia tolak saya balik ke lecturer. Last nya lecturer suruh saya study buku Drury sahaja. [Kalau sesiapa pernah ambil subjek accounting, mesti  tahu macam mana tebal dan berat, dan berapa mahal nya buku Drury yang pelbagai version itu.]

Kami belajar tentang accounting di Malaysia, tapi dia suruh rujuk pada buku luar negara yang sangat tebal dan tidak sesuai diguna pakai dalam negara.

Perkara jahat yang saya lakukan? Pada final exam saya bawa toyol! Hah! Bila buka paper, memang tak faham apa benda satu soalan pun. Pergi toilet, rujuk nota. Pun tak de juga. At last saya jawab guna common sense sahaja. Tapi saya bersyukur saya gagal subjek ini. Kalau lulus pun saya akan rasa tak tenang hati, sebab saya guna toyol.

Saya mengulang untuk kali kedua, lecturer yang berlainan. Betul la student batch lain kata, subjek tu memang senang. Alhamdulillah saya score untuk kali kedua.

Masa saya ulang untuk kali kedua, itu adalah semester pertama subjek MAF310 tukar lecturer baru. Saya berborak dengan coordinator, tanya kenapa tukar lecturer? Dia kata lecturer tu dah lama sangat mengajar subjek ini. Mungkin dia nak cover line dengan jawab macam tu, sebab pada masa tu lecturer baru ada bersama kami. OIC.

Tapi yang saya dengar lecturer tu ditukar sebab ramai student tak puas hati, dan ramai yang gagal. Rupanya bukan masa saya sahaja, sebelum dan selepas semester itu pun ramai yang gagal juga.

Apa pun kepada lecturer Puan Doktor dot dot dot, terima kasih kerana telah memberi saya pengalaman gagal dalam subjek dan pengalaman membawa toyol ke dewan peperiksaan.

Jika bukan kita yang ubah diri sendiri, siapa lagi nak ubah kan?

 

p.s: Kalau nak tahu sakit atau tidak hati memasing pasal pensyarah tu kena baca link yang saya masukkan.

Advertisements
 
25 Comments

Posted by on 11/11/2013 in Categorized

 

25 responses to “Exercise book.

  1. sam banjamin

    11/11/2013 at 10:08 am

    Alhamdulillah, sepanjang bergelar mahasiswa dlu, blm pernah repeat paper.. Dan accounting adalah subjek yg agak aku suka. Coz ianya seolah-olah bermain dgn puzzle..

    Hmmm.. In sya allah bakal bergelar mahasiswa semula tak lama lagi.. X sabar nak sambung pengajian…

     
    • t.a.t.a

      11/11/2013 at 10:28 am

      sam, aku juga bercadang begitu. sedang berkira-kira bila mahu memulakan plan. yang pasti mahu menambah bidang cabang matapelajaran, tapi apa pun masih dalam bidang kerja juga.

       
  2. ishy77

    11/11/2013 at 10:26 am

    Pndpt sy..pengjr kita pun sama beri impak kpda pengajian kita.. Selebihnya pd usaha sendiri. Sy pernh jgk repeat paper mase buat dip. Sy mmg xpndai.then dpt lect pun kureng jgk. Kemudian mse ambik 2nd time subjek yg dlu rase susah nk mati sy boleh buat dgn petik jari. Sbb subjek tu dpt brjya dpt dekan.haha. Riak kejap. Tp bkn sbb sy pandai la. Sbb lect tu bagus sgt & sgt2 baik dgn stdnt dia. Tp dia dah meninggal 2 thn lepas sbb kanser tulang.Al-Fatihah. Jasa dia pd sy sgt besar…

     
    • t.a.t.a

      11/11/2013 at 10:32 am

      dalam menuntut ilmu kita perlukan buku dan guru. aku bukan pelajar yang suka mengulang subjek sebab malas nak study, tapi mungkin dah suratan semua itu berlaku.

      takziah chot pada lecturer itu. lecturer yang bagus memainkan peranan besar untuk kita jatuh cinta pada sesuatu subjek itu.

       
  3. Dee

    11/11/2013 at 10:39 am

    dee setuju sgt..cara lecturer atau guru tu penting..dulu dee tak suka maths..tak paham..rasa susah sangat..tp bila dee gi tuition bawah NADI free bawah DBKL..seorang guru India ajar maths..masyaallah..senang rupanya maths..samalah macam kat U..lecturer ajar law pakai buku..hampeh kami nak faham..tapi bila tukar lecturer..dia ajar mcm bercerita..diberikan contoh2 kes..seriously rasa law itu sgt senang..

    selain dari usaha kita sendiri..faktor lain juga penting..terutamanya cara sesuatu subjek itu diajar..huhu..

     
    • t.a.t.a

      11/11/2013 at 11:30 am

      dee, aku pun ambil subjek law. sir India yang ajar. quite mengantuk la jugak. dengan English slang India dia, fuh tahan je la. tapi law memang quite interesting since saya pulak jenis yang suka bab-bab legals ni. tapi yang tak tahan bila final, buat ayat kena pusing 2 3 kali. saya ni dah la jenis yang cakap pun straight to the point aje. memang tak boleh jadi lawyer. haha.

       
  4. ziemarziah

    11/11/2013 at 10:46 am

    uii kira tata berani la bawak toyol hehehe sy bab2 toyol ni memang kecut.penakut.skema gila.betul2 ikut peraturan k..
    sy setuju sesangat bab lecturer @ pengajar penentu kita boleh score @ tak..kalau dapat lect yang hampeh maka hampeh la jgak keputusannya.tapi apa2 pun semuanya bergantung pada diri sendiri gak kan

     
    • t.a.t.a

      11/11/2013 at 11:26 am

      last resort kak. lagi pun dari segi pengamatan saya memang mudah sangat nak bawa toyol. masuk dewan, study dulu soalan, hafal soalan yang nak bantuan toyol. gi toilet, semak dalam toilet. memang mudah. antara berani dengan tidak aje.

       
  5. Pembunuh Tanpa Bayang

    11/11/2013 at 11:21 am

    aku tak pernah ambik subjek ini maka aku tidak tahu.
    apa pun harap kau berjaya.

     
    • t.a.t.a

      11/11/2013 at 11:25 am

      err.. berjaya?

      aku dah grad pun subjek ni. ini kes beberapa tahun lepas lagi dah.

       
      • kakcik

        11/11/2013 at 12:37 pm

        Kakcik tak pernah belajar perakaunan secara ‘formal’, tapi kakcik bekerja di bidang akaun…

         
      • t.a.t.a

        12/11/2013 at 1:59 pm

        banyak cabang nya akaun ni kan kak chik.

         
  6. ZonAku

    11/11/2013 at 12:20 pm

    hehehe.. aku mmg byk bergantung pada guru y mengaar. dpt y best, aku mmg score. dpt y aku x suka, aku akan belajar sdr untuk lulus periksa. kelas sekadar untuk sign attendance saja. Macam subjek fizik kat sekolah dl, aku masuk kelas tapi bawak buku biologi.

    dan apa y berkaitan nombor aku agak kurang arif, kena kawal panik aku betul2, kot x, 1+1 pun aku kena tekan kalkulator untuk jawapan.

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:18 pm

      itu dah tahap kronik wei. hahaha.

      masa fizik dulu cikgu aku tegur. simple maths pun memasing capai calculator nak kira. congak la guna otak.

       
      • ZonAku

        13/11/2013 at 2:50 pm

        hahahaa… neves breakdown. ko ingat senang nk atasi?

         
  7. sylarius

    11/11/2013 at 1:12 pm

    Letih jugak dapat lecturer yang macam tu. Nanti lain yang kita study, lain yang keluar time final. Hmmm..

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:12 pm

      kawan aku pernah dulu. subjek programming. ajar dalam BI, bila final semua BM. ternganga memasing.

       
  8. kniedaz

    11/11/2013 at 1:34 pm

    aku tak suka accounting tapi amik course ada account…kan ke haru tu…tapi still score..sampai skang tak guna..

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:16 pm

      ala ruginya. dah belajar tapi tak apply kan ilmu tu.

       
  9. nizam.ariff

    11/11/2013 at 2:16 pm

    kalau tak tukar diri sediri, orang lain akan tukarkan…

    dalam versi alam pekerjaan pula, you should remove yourself before somebody else do it for you…

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:15 pm

      remove to where? any specific place or level?

       
  10. FAIRUS MAMAT

    11/11/2013 at 4:54 pm

    MESTI BUKU TU SLIM.. PASAL SELALU EXERCISE.. WAKAKA

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:16 pm

      biasa-biasa aje.

       
  11. 4feet8

    11/11/2013 at 8:11 pm

    aku tak suka akaun masa form 3 sbb cikgu dia tak best.. boleh komen camnih? kekeke..

     
    • t.a.t.a

      12/11/2013 at 2:14 pm

      boleh. aku pun sama. masa form 4 & 5 tak suka Bio sebab cikgu nya tak best. hahaha

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: