RSS

Dedar.

18 Nov

Baru saya tahu apa maksud perkataan dedar. Itu pun kalau betul la apa yang saya faham.

Saya Google, jumpa maksud dedar. Ia kata dedar adalah: malaise, feverish, out of sorts.

Cuba korang beritahu betul tak maksud dedar yang saya faham ni. Saya selsema pekat. Bersin dan batuk sekali sekala. Suara dah berubah tune. Mata dah kuyu. Sekali tengok orang ingat saya mengantuk. Dada pulak macam tak cukup besar saiz injap jantung saya nak pam oksigen maka nafas pun pendek aje.

Itu ke maksud dedar?

Tadi saya borak dengan mamat-si-tempat-saya-mengadu-setiap-kali-mengantuk. Saya tanya dedar tu apa? Dia kata dedoh.

Oooo.. dedoh. Kalau dedoh faham la saya. Dedoh ni macam orang edan. Tak betul.

Boleh guna pakai ke maksud dedoh dengan dedar ni? Sama ke?

 

p.s. Apa yang saya nak sekarang ni adalah minum 100plus + soluble dan tidur.

p.s.s. Daddyziyyad, boleh approve MC tak? hahaha

Advertisements
 
24 Comments

Posted by on 18/11/2013 in Categorized

 

24 responses to “Dedar.

  1. daddyziyyad

    18/11/2013 at 11:58 am

    Dedar yg selalu masyarakat kita gunakan….dan selalu patients saya gunakan….merujuk kpd ” perasaan/rasa demam peringkat awal”…Maknanya temperature badan dah start naik turun..sendi2 dah terasa sakit/sengal..:)

    Kalau awak nak kan isotonic drink,sila minum Revive atau Gatorade..kerana 100 Plus bukan lagi minuman istonic.

    MC?Bolehhhhhh..Mai sini…saya bagi 🙂

     
    • t.a.t.a

      18/11/2013 at 12:27 pm

      yay betul.

      jap, kenapa 100Plus no longer isotonic?

      doc bagi gue MC. yayyyyyy (lagi!)

       
      • azieazah

        19/11/2013 at 8:27 am

        Revive la elok…

         
      • t.a.t.a

        19/11/2013 at 9:09 am

        kenapa kak dengan 100Plus tu?

         
  2. ZonAku

    18/11/2013 at 12:40 pm

    hahahaa…. dpt mc via blog x blh ke?

     
    • t.a.t.a

      18/11/2013 at 12:51 pm

      haah, tak pernah dibuat dek orang kan?

      doc, boleh tak?

       
  3. FAIRUS MAMAT

    18/11/2013 at 1:07 pm

    OWANG MELAKE CAKAP DEDAU.. 🙂

     
  4. nizam.ariff

    18/11/2013 at 1:54 pm

    kalau hidung tersumbat tarik dada nafas tak puas itu asma… kan?

     
    • t.a.t.a

      18/11/2013 at 1:57 pm

      tak tahu. aku tak pernah alami asma.

       
  5. Henrietta Jose

    18/11/2013 at 2:43 pm

    Dedar tmpat rietta adalah tnda tnda hmpir demam….bla bdn mla pns, tekak mula xselesa, bdn mula xsdap…

    Psss…selangor mmg xde…yg ada ipt…

     
  6. sam banjamin

    18/11/2013 at 3:10 pm

    Dah dedar tu buat cara dedar…

     
  7. budak_shinchan

    18/11/2013 at 5:04 pm

    org johor bilang “dedor” time nk kena demam

     
  8. ishy77

    18/11/2013 at 5:10 pm

    Sy guna dedor bila konpius nk demam ke x. Mcm dmm manjerr

     
  9. kniedaz

    18/11/2013 at 5:14 pm

    rehat sis..rehat!

     
  10. eita

    18/11/2013 at 5:30 pm

    klu kat tganu dedar makna dia rasa macam nk demam…kt tempat lain tak tau lh mkna apa

     
  11. ellynadyra

    18/11/2013 at 7:24 pm

    Tu la speaking aje dedar pun x tau

     
  12. nang

    18/11/2013 at 7:40 pm

    ooww , first time dengar perkataan tu…

     
  13. the malay male

    18/11/2013 at 9:08 pm

    telur dadar saya tahu 🙂

     
  14. azieazah

    19/11/2013 at 8:28 am

    Orang belah Perak memang ler cakap ‘dedor’. Orang belah lain, slang ada skit lain. Kalu orang rambut belah tengah, cakap DEDAQ.. hahahaha!

     
  15. juliet

    19/11/2013 at 8:53 am

    selalu jugak dengar org sebut dedar tapi memang tak pernah nak ambik tau apa maksudnya.

     
  16. sylarius

    19/11/2013 at 9:28 am

    Dedar atau dedor ni rasanya perkataan yang berasal dari loghat Perak. Selalunya, dedar ni dirujuk pada keadaan di mana badan terasa seperti hendak demam. Loghat Perak ni ada banyak perkataan yang menggambarkan tentang sesuatu yang jarang dijumpai dalam kamus Bahasa Melayu baku.

    Dedor ini juga dipercayai memberi ilham kepada sebuah band omputih untuk menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Door’.

    Hehehe :-p

     
  17. T3PCute

    19/11/2013 at 12:20 pm

    walaupun duk keje kat perak nie.. amat jrg juga dgr perkataan dedor.. ada kot tapi tak ambik port.. ahaks.. sebab kalau rasa nak demam.. trus mkn panadol dan tido.. bestlah leh minta mc guna blog jek ahaks

     
  18. Yunus Badawi

    19/11/2013 at 12:38 pm

    ciannya. Patutlah tak nampak di blog kengkawan sehari dua ni.

    Dah kurang ke dear?

     
  19. Yunus Badawi

    19/11/2013 at 12:39 pm

    100+ tu banyak gula. Lebih baik minum Revive atau air kelapa muda aje. degannya kalau tak nak boleh bagi saya makan.

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: