RSS

Cool atau tidak..

26 Nov

.. boss saya ini?

 

Ada customer datang jumpa boss. Bincang dalam bilik. Pintu bilik boss tak tutup. Terbuntang ternganga aje.

Saya lalu depan bilik boss.

Wah! Semerbak nya perfume bilik boss ni. Sangap hidung saya. Saya tengok boss cool aje. Steady aje.

Saya pi bilik teknikal, saya suruh technician lalu depan bilik boss. Technician menurut arahan. Nyengir aje muka dia bila patah balik.

Dua kali saya masuk hantar dokumen, dua kali jugak la saya sesak nafas. Fuhh!!!

So, cool tak boss saya tu?

 

Itu kisah boss. Ini kisah saya pulak.

Banyak kali saya berjumpa dengan seseorang yang mempunyai B.O. yang kuat. Jangan tak tahu, orang yang kurus kedengking pun ada juga tau. Lagi kuat pun ada berbanding orang yang badan nya berat ber stone-stone ni.

Satu hari tu ada seorang customer datang.

Perempuan.

Berbaju kurung.

Lawa.

Kurus.

Bertudung.

Manis.

Kalau saya ni berbin memang saya usha dia :). Seriyes!! Tapi B.O. dia sangat kuat. Tengik la orang kata. Jadi dengan niat nak beritahu dia, apa yang saya buat adalah saya minta staff pejabat sebelah – masa tu tengahari – yang keluar lunch belikan saya…

ini!

fresh

Saya masukkan dalam envelope, buat nota sikit dan bagi pada dia masa dia nak keluar. 

Dia bukak. Lepas tu dia datang jumpa saya.

Siapa yang bagi ni kak?

Akak.

Akak perli saya ya?

Tak. Akak tak bermaksud nak perli awak. Akak cuma nak beritahu kalau awak tak perasan yang BO awak kuat. Awak perasan tak?

Akak ingat saya tak perasan?

BO awak memang kuat. Akak akui awak lawa, manis, tapi sayang kalau yang itu awak tak perasan dan awak tak buat apa-apa.

Saya tahu kak. Tapi saya tak boleh buat apa. Ini genetic punya problem. Saya memang pakai perfume semua, tapi tadi dah berpeluh, tu yang bau kuat.

Saya cakap dengan dia saya minta maaf sebab tegur dengan cara ini. Dia pun okay. Tapi dia tak nak terima pemberian saya itu. Saya tak nak tanya lebih lanjut, dan dia pun masih malu, so saya pun okay je la.

Berkali-kali saya ulang sorry dengan dia sebab tegur dengan cara itu. Hal-hal macam ni memang tak kisah la tegur dengan cara apa sekali pun memang tak dapat nak elakkan terasa hatinya.

Saya ingat dia dah tak nak datang lagi dah ke tempat saya. Baru-baru ini dia datang jumpa dengan staff saya, tapi saya buat-buat tak kenal dia. Saya risau kalau dia masih teringat kes tu dan dia malu.

 

p.s Somethings are much better be left alone, but

p.s.s sometimes we won’t know a certain things if we don’t ask.

Apa pendapat korang tentang perbuatan saya tu?

Teruk kah? Melampau kah? Tak patut kah? Bagus kah? Poyo kah? Apa kah?

I’m open to any opinion, judgement or thought about it.

Advertisements
 
48 Comments

Posted by on 26/11/2013 in Categorized

 

48 responses to “Cool atau tidak..

  1. sylarius

    26/11/2013 at 11:20 am

    Aku adalah seorang kuat B.O. nya. Ada masa keluar bau bawang seperti Bangla. Saya bau bawang, tapi saya OK. Hehe.

    Tapi pasal boss tu, aku rasa mungkin dia dah lali kot ditegur macam tu. Kalau terasa pun, mungkin dia just berkecil hati aje la.

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:02 pm

      kau salah faham-baca kot ni. aku bukan tegur boss aku, aku tegur awek tu. boss aku yang menjadi mangsa dek panahan BO customer lain.

       
  2. chot

    26/11/2013 at 11:26 am

    mungkin tu tindakan spontan akak tata kot, refleks kata orang. Tapi nak buat mcm mna..xtegur sian kt dia, tegur pun dia terasa jgk..maka..bg sy cara tu xde la keterlaluan…. atleast ya, tak guna kata2 kasar…

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:03 pm

      at least aku tahu chot kesannya bila tegur orang bab BO ni. aku janji lepas ni aku tak nak tegur lagi orang yang aku tak kenal.

       
      • ishy77

        26/11/2013 at 7:34 pm

        Kalo kenal pun….takut gak nak tegur…hehe. Tp bukan ke kita bole bau sendiri bdn kita mcm mne ‘keharuman’ ittew..?

         
  3. FAIRUS MAMAT

    26/11/2013 at 12:07 pm

    INILAH YANG DIKATAKAN, DILUAH MATI EMAK, DITELAN MATI BAPAK…

     
    • FAIRUS MAMAT

      26/11/2013 at 12:12 pm

      KALAU TAKLEH NAK LUAH, TAKLEH NAK TELAN, KEMAM JE LAH.. HEHEHE

       
      • t.a.t.a

        26/11/2013 at 2:04 pm

        kemam aje? dah tu sampai bila nak dok kemam dalam mulut? karang mulut pulak yang bau. hahaha

         
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:04 pm

      dalam ini cerita, tiada melibatkan emak bapak la. ahahah

       
  4. ZonAku

    26/11/2013 at 12:14 pm

    perfume bilik bos ke b.o customer tu? sbb tu bos bukak pintu bilik kot, supaya x pitam sesak napas. lagipun kan sharing is caring….. syer ba nagn staff dia

    pasal kes kedua tu, wallahualam… aku ja kawan aku y mmg ada b.o, at times, kau just terima n redha je la… but ko mmg berani. aku x berani.

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:10 pm

      BO customer tu. betul tu. aku rasa bos saja je nak kongsi ngan staff lain ‘perfume’ tu. hahaha

      lepas kejadian tu baru aku terfikir oh berani nya aku tegur adik tu macam tu. tapi masa aku tegur tu memang tak de orang lain. aku pun fikir juga akan perasaan malu dia tu.

       
  5. CikPrettyRain

    26/11/2013 at 12:33 pm

    sorry to say, tp B.O tu mmg smua org ada.. so klau adik tu jwb genetic problm, maknanya dia blum jmpe solution lg. suh dia kurgkn mkn bwg. kdg2 punca jugk tu!

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:11 pm

      mungkin dia jawab macam tu sebab nak cover malu dia kot. aku pun hairan jugak masa dia kata masalah genetic, aku fikir oh masih sikit ilmu pengetahuan aku pasal benda-benda ni.

       
  6. the malay male

    26/11/2013 at 12:36 pm

    hurmmm….susah nak cakap

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:20 pm

      nak cakap susah. tak cakap pun susah.

       
  7. kakcik

    26/11/2013 at 1:01 pm

    Kakcik pernah ‘berjiran’ dengan rakan sepejabat yang punya b.o. sangat umphhh…

    Lebih malang, meja kakcik di belakang meja dia. Dahlah masa tu kakcik mengandung….tapi kakcik tak punya kekuatan nak berterusterang…. 😦

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:12 pm

      oh kesian nya kak cik. saya faham perasaan duduk di belakang orang yang macam tu. boleh buat sakit kepala tau.

       
  8. nizam.ariff

    26/11/2013 at 1:14 pm

    Pakai bedak Cuticura kat ketiak… berbau baby… sedappp…
    Baby la.. bukan aku…

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:13 pm

      kau pakai bedak Cuticura eh Zam?

       
  9. 4feet8

    26/11/2013 at 1:33 pm

    mm..selain faktor pemakanan, aku percaya hormon jg menyumbang faktor yg sama.

    kalau byk jumpa customer, mmg selalu berhadpan dgn situasi ini. kalau tmpt aku, lepas customer keluar, semburlah perfume balik.. habis citer. tak sampai hati pula aku nak tegur samada direct/indirect sbb benda itu mungkin hal sensitif. mungkin kalau melibat soal original mcmtu, kau tak patut tegur. sbb original dia mcmtu. mungkin dia juga berusaha cuma taktau cara yg lebih bagus. takpelah tata. benda dah lepas. Cuma lepas ni kena lebih peka..

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:17 pm

      dah banyak kali aku jumpa orang macam ni. setiap kali jumpa setiap kali itu juga la aku niat nak tegur. tapi aku tak punya kekuatan. bila turn adik tu tiba, tiba-tiba aku rasa berani. mungkin sebab dia kelihatan mudah mesra alam dan adik tu memang manis, aku tak sampai hati pula kalau orang lain yang tegur, lelaki contohnya.

      maka aku ambil keputusan untuk tegur macam tu. lepas tegur tu memang aku rasa kesal tapi at least dia okay dengan aku, sebab lepas tu dia masih datang ke pejabat aku ni. walaupun tak deal direct dengan aku tapi dia tetap datang juga.

      aku pun tak tahu itu masalah original dia. aku dapat tahu bila aku tanya dia. kalau aku tak tanya aku tak tahu kan?

      betul, benda tu dah lepas pun. bila jumpa lagi perkara macam tu aku buat bodoh aje. ye la, nak jaga hati orang kan?

       
  10. JunAina

    26/11/2013 at 1:43 pm

    dari satu sudut berfikir cara positif ia adalah amat baik untuk budak perempuan itu.

    Genetik? Rasanya walaupun genetik tapi boleh diusahakan kot…cuma caranya sahaja.

     
    • t.a.t.a

      26/11/2013 at 2:19 pm

      genetik saya tak pasti la kak. tapi saya pernah kalau tak pakai deodorant dan berpeluh walaupun sikit, walaupun masa tu masih pagi lagi, tapi memang badan kita berbau. tapi walaupun badan kita yang bau, amat jarang kita nak bau sendiri melainkan orang lain yang tahu dulu kan?

       
  11. daddyziyyad

    26/11/2013 at 3:29 pm

    Mungkinkah bos awak mengalami flu yang teruk masa tu, tersumbat terok hidungnya hingga tak boleh bau apa apa pun…? hahahha

    Saya tak boleh nak komen atas tindakan awak tu, mungkin itu yg terbaik buatnya..
    Tapi kalau saya, saya tak akan bertindak sebegitu, kepada a total stranger yang memang saya tak kenal..:)

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:41 pm

      saya tak kategorikan dia sebagai total stranger, sebab dia dah selalu datang ke tempat saya. tu pasal juga saya berani nak tegur dia, dengan harapan lepas tu saya boleh berkawan dengan dia.

       
  12. Henrietta Jose

    26/11/2013 at 3:30 pm

    fuh….bosss tu mmg cool….erk, klu sy jd itu olang…sy diam diam sj maa…mlu weiii….bleh plak dia patah blk tnya sape kasik…

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:42 pm

      kak rietta, memerlukan kekuatan tau nak patah balik dan tanya siapa bagi benda tu.

       
  13. gadisBunga

    26/11/2013 at 8:03 pm

    saya jenis yang akan tegur kalau orang ada B.O.

    tapi normally tegur orang yang dah kenal, dah rapat dan selalu berurusan dengan kita sahaja.

    cara saya biasanya gini… (etceh…)

    “awak pakai deodoren apa ek?”

    biasanya jawapannya “tak pakai apa-apa”

    pastu saya jawab balik, “oh..ingat pakai. sebab kalau pakai nampaknya awak kena tukar deodoren…”

    lepas tu tuan punya badan akan tanya isu dan saya suggest apa yang patut. jangan tak tau…ada yang memang tak penah pakai deodoren sebab diorang rasa macam tak perlu, sedangkan…

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:44 pm

      gB, itu kalau tuan punya badan sedar dan nak tahu cara atasi, ok la. kalau orang macam tu saya pun boleh join dan bagi cadangan untuk perbaikinya.

      bagi mereka yang rasa tak perlu, cuba angkat tinggi-tinggi. kepala pandang ke kanan. ada bau tak?

       
  14. nang

    26/11/2013 at 9:05 pm

    agak terasa hati jugak kalau ada orang tegur macam tu…tapi kalau tak tegur , tak tahan hidung ni…the best way , ambik perfume pakai kat celah lubang hidung…pfuhhh , yang tu dijamin selamat 😀 , tak berbau..hehe

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:44 pm

      aku pernah buat cam tu dulu seroja. cam kelakar aje. tapi memang menjadi jugak la.

       
  15. azieazah

    26/11/2013 at 11:20 pm

    Kira ok ler tuh. Kak Azie dulu pernah tegur sorang staf (my junior) pasal BO ni. Saya tunggu jer peluang depa lepak lepak tengok katalog (Avon la masa tu). dan terus sebut, “korang soh la si M ni beli ni (jari tunjuk deodorant), sebab dia perlukan ni”

    Tapi sampai ke sudah tak tahu apa respons. Sebab pastu dia pun berenti keja.

    Kami cukup sensitif bab BO ni. So Kak Azie akan pastikan semua orang dlm rumah sentiasa ada stok deodoran masing-masing.

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:48 pm

      Tegur cara akak yang tu saya suka. tak pun cakap kat si M tu, M kau nak tak yang ini? aku belikan kau eh? haa yang tu lagi best.

      dia berhenti kerja? hmm masalah si M bertukar ke tempat baru dia kerja pula. hahaha

       
  16. azieazah

    26/11/2013 at 11:22 pm

    Selain BO, pernah tak korang hadapi orang (biasanya lelaki bujang) yang bau baju (pakaian seluruhnya) ada bau macam kepam tak jemur kering? alaaa tak tahan.

    Mungkin depa jimat sabun, atau mungkin rumah susah nak jemur baju sampai kering. Tapi sangat lah berbau.

    Kat ofis saya ada 2 orang. Lelaki bujang yang duduk menyewa bilik. So kena faham sendiri lah.

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:46 pm

      Oh saya tahu yang itu. bau baju lembap. mostly lelaki la yang macam tu. lelaki bujang. tak tahu macam mana nak tegur sebab depa pun jenis tak kisah hal semua ni. teknisen saya dulu macam tu. tak boleh nak lepak lama di bilik teknikal. alhamdulillah dia pun tak lama kerja dengan saya. kira selesai satu masalah.

       
  17. Aziela

    27/11/2013 at 10:37 am

    Akak pernah tegur, tapi pada my subordinates la. Itupun, beramah mesra bagai nak rak. And yes, dia pun kata dia pakai..tapi still keluar gak bau2an tu. So, try bagi satu dua tips jer. And ada ketikanya, akak sendiri pun rasa tak selesa dengan bau badan sendiri walaupun pagi tu memang guna deodarant bersungguh2. Especially bila stress dan tak cukup rehat. My solutions, sentiasa bawak beg sandang yang disumbat dengan sepasang baju salin yang bersih, toiletteries, towell and of course deodarant. Bila ada kesempatan, gie lah shower jap. Wangikan diri semula and rest. Especially lepas solat, mesti akan rasa lega.

    So, memang ada orang yang BO nyer tak boleh di control. Ada hari dia ok, ada hari dia tak ok. Kalau tak jumpa dia tiap2 hari, cuba lah limitkan komunikasi dengan dia. Kadang, niat baik kita di salah ertikan orang lain. Elok2 mesra alam bersahabat, boleh terus jadi bermusuh pula.

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:50 pm

      risau jugak kan kalau hal macam tu boleh jadi bermusuh. tegur cara macam mana pun depa akan terasa juga.

      saya pun kalau pergi mana-mana dalam kereta mesti ada beg yang lengkap semua tu. telekung pun sama juga. saya tak biasa guna telekung masjid atau surau. sebab mostly berbau dan tak muat nak pakai leher.

       
  18. McK

    27/11/2013 at 1:14 pm

    salam singgah. Tak nak komen la….sbb kalau makcik, diamkan saja. Makcik juga ada kawan perempuan yg B.O subhanallah punyalah kuat n tengik(?) masa dok study dulu. selalu cuba dok jauh dari dia, tapi……aromanya tetap menusuk, gugoq habeh bulu idong…

     
    • t.a.t.a

      27/11/2013 at 1:38 pm

      tu dia aih, sampai lagu tu noo. laa ni habis bersih la bulu idong tu eh? hahaha

       
      • t.a.t.a

        27/11/2013 at 1:38 pm

        thanks for dropping by makcik. thank you so much. really appreciate it.

         
  19. aizamia3

    27/11/2013 at 2:07 pm

    Sekurang-kurangnya dia nak terima teguran dan kita bukanlah niat nak malukan dia depan orang ramai.

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:22 pm

      Saya pun tak niat nak malukan dia kak. saya tegur dia sorok-sorok dan masa tu memang tinggal kami berdua aje.

       
  20. kniedaz

    27/11/2013 at 4:29 pm

    Kau berani

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:22 pm

      masa itu aje.

       
  21. eita

    27/11/2013 at 9:59 pm

    berani nyer..kalau akak lah..pendam je sambil kembang kempis hidung..hahahahha

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:23 pm

      sebelum ni dah selalu sangat kak saya pendam. ni baru ada berani sket.

       
  22. cik kakiketawe

    29/11/2013 at 1:02 pm

    emmm..rasanya ok kot..sbb sy pun penah buat gini…hikhik
    daripada kita tak tegur then org lain
    yg jenis bermulut longkang yg tegur die…die mesti lagi tambah malu…
    sy rasabetter cara akak ni…halus sikit cara nye..
    kut2 lah kalau sy yg terjumpe then jenis sy ni mulut lepas..
    munngkin pipi sy dah slamat berbekas dgn tapak tangan die…

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:23 pm

      kan? rasa nya cara akak tegur dah okay.
      dibuatnya orang lain yang tegur and cara nya lagi teruk, lagi dia malu kan?

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: