RSS

Ada dan tiada.

03 Dec

Saya tiru tajuk entry dan kata-kata di bawah ini dari blog bicara cinta.

Tanda-tanda manusia berguna; ketiadaannya menyusahkan.
Tanda-tanda manusia tak guna; ketiadaannya menyenangkan.
-bbc-

 

Ini kisah tentang praktikal di pejabat saya. Tapi saya tak nak kata dia manusia tak berguna, nampak macam teruk sangat la pula ayat tu.

Cuma bagi saya dan bos saya, kehadiran dia agak merimaskan, ketiadaan dia memang melegakan.

Bila kita berbicara dengan seseorang untuk pertama kalinya, kita dah boleh agak yang kita dengan dia tak boleh ngam. Tak kisah la betapa handsome atau kacak atau good-looking nya seseorang itu, tapi kalau dah tak ngam itu semua kita tetap tak pandang pun.

 

Kes 1:

Masa hari pertama dia mula praktikal, saya ada bagi job pada teknikal dan dia. Bila saya pergi belakang nak follow-up kerja, saya tengok yang buat kerja cuma teknikal sahaja. Dia pulak dok menghadap laptop dia tengok movie.

Saya rasa bos dah nampak dulu sebab bos ada tanya saya, “Praktikal di belakang buat kerja atau buat kerja dia?”

 

Kes 2:

First Sabtu dia datang kerja macam biasa. Second Sabtu dia tak datang. Saya tanya bos ada tak praktikal beritahu atau sms cakap nak MC? Bos kata tak de. Hari Isnin dia datang macam biasa tapi tak cakap pun sebab dia cuti hari Sabtu. Cakap tak de, said sorry pun tak de.

Hari Jumaat baru bos beritahu saya yang hari Sabtu memang hari cuti praktikal. Eh? Kenapa pulak macam tu? Bos kata, praktikal kata hari dia datang kerja sama macam hari kelas dia, which are Mondays to Fridays. Laa? Camtu ke?

Bos suruh saya call tempat belajar dia untuk confirmkan hari dia praktikal DAN bos suruh tanya juga boleh tak kalau kita nak terminate student masa tengah praktikal?

Isnin saya called and depa kata memang hari bekerja ikut SYARIKAT, bukan ikut STUDENT.

Saya beritahu bos suruh beritahu praktikal. Bos tolak balik kat saya suruh saya yang cakap. Saya malas nak cakap saya diam aje.

 

Kes 3:

Perangai dia ni bila saya tanya, tahu buat itu tak? Tahu buat ini tak? Dia jawab, “Boleh kot.” or “Tak pasti la.” or “Agaknya la.” or “Tak tahu pulak saya.”

Tell me if anyone of you yang tak rasa lemah semangat atau bengang atau rasa nak hantuk aje kepala kat dinding bila dengar ayat-ayat macam tu? Beritahu saya kalau korang tak rasa macam tu. Sakit hati tak? Kalau tak, then you guys are robot!

 

Kes 4:

Baru berlaku semalam. Saya bagi beberapa arahan. Dia mixed up arahan saya dan end up dia format the whole thing. Saya tanya, data back-up tak? Dia boleh jawab, “Tak tahu pulak pasal data tu.”

Aduhai. Lemah jiwa raga saya masa dia jawab macam tu. Bukan itu sahaja, boleh dia boleh install downgrade punya system? Spec punya la tinggi, dia install yang dah out-of-date punya.

Saya pi bising kat bos. Bos dah malas nak layan bos cuma cakap suruh dia install yang upgrade. Habis data hilang macam mana? Pepandai nanti saya jawab kalau customer tanya.

 

Sebenarnya sejak dia masuk praktikal sebulan yang lepas, setiap hari saya stress. Setiap hari saya asyik nak marah-marah aje. Bos tegur saya, “Awat stress sangat?” Dia siap pi ngadu kat orang rumah dia yang saya asyik stress aje kebelakangan ini.

Tapi bila turn bos pulak yang alami, bos lagi stress dari saya. Orang rumah bos pulak yang ngadu kat saya, cakap bos tak boleh tidur malam dibuatnya. Nah kau! Hahahaha. Sama-sama padan dengan muka kita bos.

 

Saya tanya bos, dah beritahu praktikal tak pasal waktu bekerja dia tu? Bos cakap tak. Dah tu esok Sabtu dia datang tak? Bos jawab, “Tak pe la. Biar la dia cuti. Ada kala nya seorang lebih baik dari berdua. Biar la hari Sabtu kita rehat dari tengok muka dia.”

 

Hahahahahaha. Baik punya jawapan bos.

Saya ada lagi 2 bulan untuk melihat muka dia setiap hari. Saya harap saya dapat bersabar dan tidak stress lagi.

InsyaAllah.

Advertisements
 
42 Comments

Posted by on 03/12/2013 in Categorized

 

42 responses to “Ada dan tiada.

  1. chot

    03/12/2013 at 12:36 pm

    knpe kali ni xkental pulak nak tegur mcm kes BO hari tu?.hahaha

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 12:43 pm

      dah banyak benda aku bebelkan chot, dia macam daun keladi. penat cakap.

       
      • chot

        03/12/2013 at 1:13 pm

        nnt bg report praktikal dia kondem habisan ok?

         
      • t.a.t.a

        03/12/2013 at 5:27 pm

        aku harap macam tu la. tapi aku ni bukan boleh dipercayai. karang lembut hati tulis ok aje semua nya. huhu.

         
  2. kniedaz

    03/12/2013 at 12:46 pm

    ko jangan hantuk kepala ko kat dinding, ko hantuk kepala budak praktikal tu kat dinding…baru jalan sket otak dia..kalau aku pun mesti hangin…nasib baik budak2 praktikal kat ofis aku ni ok..dah habis pun diorang…ko sabar je tapi esok time lecturer dia mai, ko hentam je dia..kui kui kui

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 12:48 pm

      bos aku dah siap booking, esok kalau lecturer dia datang bagi jumpa saya. dia dah siap karang point nak beritahu pasal praktikal yang ini. hahahaha.

       
      • kakcik

        03/12/2013 at 1:07 pm

        Apahal la tak sayang masa depan dia tu….

         
      • t.a.t.a

        03/12/2013 at 1:17 pm

        kakcik, dia belum boleh nak bezakan belajar dengan alam pekerjaan. so far yang saya perasan dia perlukan orang suap dia dari segi ilmu dan tunjuk ajar.

         
  3. junai75

    03/12/2013 at 1:09 pm

    Hangin kalau dpt budak praktikal cam gini. Masa praktikal adalah masa untuk belajar so buatlah betul2.

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:18 pm

      hangin kak, memang hangin. praktikal la basic untuk memulakan alam kerja, tapi dia tak ambil endah pun.

       
  4. cinta

    03/12/2013 at 1:31 pm

    aku baca pun bole stress. adui..

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 2:04 pm

      aku stress sampai malam mimpi pasal budak tu tau.

       
  5. ZonAku

    03/12/2013 at 1:42 pm

    hahaha….
    pandai dia dera korang secara emosi ya… hebat idea bos ko nk relaxkan diri dr budak praktikal tu. kat sini pun ada ni, dia lagi hebat dr perm staff, blagak ngan contract staff. padahal dia bukan staff pun.

    orang ngadu, aku dgr je la… even aku mmg rasa, aku buat x paham.

    eh, blh terminate x?

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 2:03 pm

      aku tak tanya pun pada kolej tu. bos aku cancel tak bagi tanya. dia risau jugak kalau timbul benda buruk pada kami dan budak tu.

      kalau diikutkan memang boleh terminate. sebelum ni kami dah pernah buat, tapi masa tu dia belum mula secara official nya. dia cuma mula awal, so ada masa untuk dia tukar tempat.

      tapi kalau terminate akan beri kesan pada course dia la. yang itu aku kurang ambil tahu.

      masa di office lama dulu, pernah boss aku buat. boss yang itu lagi strict lagi garang. dia sendiri nampak budak tu main game. laa tu jugak dia suruh budak tu balik. esok tak payah datang lagi dah.

       
  6. 4feet8

    03/12/2013 at 1:50 pm

    kau kan akan sign buku dia? apalagi?
    nak ckp pun, benda dah lepas. Cuma lepasni, kalau ada budak baru nak masuk, kau brief dia dulu apa bidang tugas dia, waktu kerja, rehat dan lain-lain.
    utk budak yg sediada ni, dia mungkin taknampak hala tuju dia. dia bidang apa? cuba kau tanya dia, apa yg dia rasa dia boleh belajar dari praktikal di tempat kau? apa sebenanya yg dia nak belajar dari company kau? kalau dia nak belajar kerja-kerja admin, kau bg kerja admin. adakah itu budak IT?

    nasiblah budak2 praktikal bawah aku semua bagus2.. dan join company aku pun 2-2 budak praktikal aku tu..

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 1:59 pm

      so far dia belum bagi apa-apa buku pun suruh sign. mungkin ikut bulan kot.
      kebiasaannya memang kami akan temuduga dulu. tengok resume semua. tapi masa mula dia apply tu memang dah hujung waktu dah. so bos pun masa tu tak dan nak jumpa dia face-to-face, terus aje terima. nak dijadikan cerita resume dia tak letak gambar. alasannya dia tak de gambar masa tu.

      dia budak IT, sebab tu kami terima. cuma aku rasa dia mengharapkan kerja ni sama macam dia belajar. you know spoon-feed. dia tak pandai nak ubah benda tu ikut logik. dia nak ikut buku juga.

      praktikal sebelum ni semuanya okay. even some of them bos siap beritahu lecturer yang kami nak offer mereka kerja sini. tapi most of them jugak la sambung belajar lagi. dia sorang ni aje la yang ada slek sikit.

      bos aku pun macam menyesal sebab tak interview dia dulu itu hari.

       
  7. nizam.ariff

    03/12/2013 at 2:08 pm

    Nanti ada laporan untuk U dia… ko tulislah ‘hebat-hebat’…

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 2:10 pm

      hahaha. insyaAllah. aku ni kan ‘baek’ orang nya.

       
  8. daddyziyyad

    03/12/2013 at 2:19 pm

    Dah terbalik jadinya ni…sepatutnya student practical yang stress..

    Patutnya kehadiran student practical, amat di nanti nantikan, sebab selalunya tugas tugas boleh di ” delegate” kepada mereka …hahahaa..dan pekerja2 boleh relax sikit semasa ada student ni..

    Option awak hanya lah 2:

    1) Berdiam diri, sabar, tak menegur dgn firm—dan anda akan stress utk tempoh lagi 2 bulan…hahaha

    2) Tegur dengan firm. Ubah cycle stress tu. Awak & boss patutnya control student practical tu. Dan kalian akan happy for the next 2 months 😛

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 5:35 pm

      Memang. itu la tujuan nya ambil student praktikal ni. di samping dapat membantu buat kerja dan juga bayaran gaji yang agak kurang sikit dari pekerja tetap. hampir semua pihak tahu pasal hal ini kan? pihak majikan dan pihak student juga.

      bagus cadangan doc itu. akan saya put into consideration.

       
  9. FAIRUS MAMAT

    03/12/2013 at 2:39 pm

    BIASALAH.. LUMRAH BEKERJA.. MACAM2 PESEN.. MACAM2 PERANGAI..

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 5:33 pm

      yup. lumrah bekerja. lumrah perangai manusia.

       
  10. kesoma

    03/12/2013 at 3:31 pm

    haha..scary gila kes macam ni.. adoi graduan sekarang.. baru praktikal dah buat perangai mcm tu.. lepas tu komplen orang taknak ambil dia bekerja?

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 5:31 pm

      ada kes dari kolej lain lagi sadis kisah nya. masa mengajar memang dah tahu student tu kureng pandai, tapi bila exam result semua nya A memanjang. itu apa cerita sok tu kalau dah kerja? susah kan majikan tau.

       
  11. CikPrettyRain

    03/12/2013 at 3:38 pm

    statement last paragraph tu, paling aku suka. ada masanya memang kita perlukan ‘cuti’ dari tgok muka yang tk menyenangkan tu. tmpt keja aku, bukn bdak praktikal lagi dh, budak permanent. lagi sakit jiwa ngadap btahun-tahun… cume lain department.

     
    • t.a.t.a

      03/12/2013 at 5:30 pm

      dah permanent tapi tak sebulu dengan colleague lain? wah memang sakit jiwa tau. dia sakit jiwa, staff yang lain pun sakit jiwa. itu lebih parah dari aku punya kes.

       
  12. nang

    03/12/2013 at 7:11 pm

    budak praktikal memang camtu ke ?
    kadang-kala kalau dah stress sangat , baik tak ada dari ada
    kalau ada , bikin lagi stress…hahaha

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:29 pm

      praktikal sebelum ni tak de nya macam tu. time ni aje buat hal. tadi ni pun aku stress lagi. hahaha

       
  13. eita

    03/12/2013 at 9:18 pm

    kadang2 tu budak2 praktikal ni ambik syarat je mari…bukan nak buat keje betol2 pun…kalu cam gini hari2 akak pun stres tahap gaban ni..hahahaha..

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:30 pm

      biar saya sorang aje yang stress kak. hahaha
      nanti la dalam report dia saya tulis yang sebenarnya.
      malas nak bagi muka. untuk kebaikan dia jugak kan?

       
  14. tiha

    03/12/2013 at 10:04 pm

    alamak, pujuk la bos tu suruh marah budak tu..
    kasi brainwash semula..
    mesti mata dia terbukak luas2 pasni..
    aiyohh, amma appaa..

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:31 pm

      bos tak marah orang.
      tapi sekali bos lecturer orang, orang naik malu dengan bos.
      sepanjang saya kerja dengan dia, tak pernah rasanya saya tengok dia marah.
      tapi kalau dengar dia kecewa dengan orang, kita rasa sedih.

       
  15. budak_shinchan

    04/12/2013 at 8:53 am

    kesimpulannya lebih baek xde dari ada menyusahkan yak ada

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:32 pm

      ye betul!

       
  16. sylarius

    04/12/2013 at 10:09 am

    Stress beb dapat pekerja yang perangai macam ni. Mujurlah budak praktikal aje. Kadang-kadang, bila budak yang academic-centric ni dipanggil bekerja, dia akan lambat untuk biasakan diri dengan tempat kerja. Kepala dia still macam kat dalam kelas lagi. Semuanya akan dibantu. Padahal, dalam dunia kerja ni, even ada teamwork sekalipun, most of the time, we need to help ourself before we can help our team.

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:36 pm

      Betul tu. dan aku rasa dia ada masalah pembelajaran kot. sebab each time aku bagi arahan, lets say 2 arahan dalam satu kerja, dia akan mixed up kan dan terbalikkan arahan tersebut dan end up dia akan tanya aku balik, nak buat yang mana? last-last nya aku buat sendiri aje kerja yang sepatutnya dia buat.

      fed up kan?

       
  17. Aziela

    04/12/2013 at 2:37 pm

    Dulu pernah kena macam tu. Lepas tu akak serik. Now, everytime ada application dan nak receive student, akak akan interview sebijik macam job interview. Dalam interview, tiaww cukup2. Kalau knowledge tak ada, perangai tak senonoh, dressing out, akak reject. Practical means bekerja sama seperti pekerja lain. Kenapa nak bezakan? They should adapt themselves in the employment world. Kalau bagi muka, sampai bila2 pun budak2 nie tak akan upgradekan diri mereka. So, be firm yer. Show him who’s the boss!! Hmpph… bersemangat akak.

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:33 pm

      pasal pakaian saya dah tegur tadi. tapi saya tengok tiada perubahan. sama aje. tshirt tak masuk dalam. smart lagi bos saya kak.

      bos cakap itu hari lepas ni memang akan tapis betul². bos pun cakap yang dia pun buat silap sebab main terima aje student tu. so no more mr. nice guy next time okay.

       
  18. Yunus Badawi

    04/12/2013 at 3:51 pm

    Tak boleh pergi jauhlah mamat ni kalau sikat dia tak berubah kpd yg lebih baik. Sepatutnya masa praktikal ni lah nak menimba pengalaman sebanyak mungkin. Ini memang jenis malas dan tak tahu buat kerja.

    Kalau buat praktikal dgn saya, dah lama saya tunjukkan pintu keluar!

     
    • t.a.t.a

      04/12/2013 at 5:34 pm

      Bos saya masih ada belas kasihan lagi tu YB. kalau ikut saya, saya dah tak nak terima dia. so laa ni dia ada ke tak de saya buat tak tahu aje. saya buat dia tak wujud dalam ofis ni.

       
  19. t.ut.i

    22/02/2015 at 4:40 pm

    aku budak praktikal ..wlaupon x de kje ..aku buat2 jgak ade kje ..agk2 ..bos aku stress x dgan aku?

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: