RSS

Ye, saya bertanggungjawab.

05 Dec

ENTRY INI PANJANG. TIADA GAMBAR. HANYA PERKATAAN, PERKATAAN DAN PERKATAAN SAHAJA. KALAU ANDA MALAS NAK BACA SILA TINGGALKAN BLOG INI. JIKA ANDA KOMEN YANG AGAK RINGKAS SAHAJA, MAKA SAYA TAHU YANG ANDA TAK BACA PENUH ENTRY INI. TAK PE, SAYA FAHAM.

 

Dalam bidang kerja saya, saya memang banyal deal dengan manusia. Ye, manusia. Bukan robot. Risiko untuk robot membuat kesilapan adalah sangat rendah berbanding manusia yang punyal akal fikiran dan emosi.

 

Antara perkhidmatan yang syarikat saya sediakan adalah sebagai Pusat Pengumpulan Barang (Collection Center) untuk satu Syarikat Penghantaran Express.

Tugas kami adalah menerima barang atau dokumen dari customer, printout CN, terima bayaran, masukkan barang atau dokumen dalam plastik (jika perlu) dan tampal CN pada barang atau dokumen tersebut. Waktu petang baru Center akan datang dan pickup semua barang dan dokumen untuk sehari.

Pagi tadi saya terima panggilan dari seorang customer, Michael, beritahu yang barang untuk anak dia telah bertukar dengan barang untuk customer lain. Setakat barang bertukar memang agak biasa berlaku pada mana-mana syarikat courier pun. Saya sendiri pernah alami.

Ini kisah yang berlaku pada Michael.

Pada bulan lepas saya ada menerima dokumen dari Evelyn untuk dihantar ke Teluk Intan. Assignment. Pada hari yang sama juga selepas Evelyn, datang pula Jane, isteri kepada Michael untuk menghantar bungkusan berisi baju kepada Emma di Ipoh.

Untuk dijadikan cerita yang merumitkan masalah ini lagi adalah, Emma adalah pelajar Malaysia di India. Dia balik bercuti di kampung pada waktu itu. Michael ambil peluang untuk kirim bungkusan kepada anaknya melalui Emma.

Emma pula tanpa memeriksa isi dokumen yang dia terima, terus sahaja pulang ke India. Sampai di sana baru dia buka dan perasan yang isi dokumen tersebut adalah bukan baju!, (Yay!) tetapi dokumen assignment milik Evelyn yang hendak dihantar ke Teluk Intan!

 

Jadi selepas Michael called saya pagi tadi, apa yang saya buat adalah:

1. Saya called Evelyn untuk nyatakan masalah yang berlaku. Dia faham. Okay, thanks Evelyn. Cuma saya belum pasti sama ada Evelyn perlu hantar semula assignment dia atau tidak.

2. Saya called Teluk Intan untuk dapatkan no. tel penerima di sana. Ada dua orang penerima. Saya called penerima pertama tapi tiada berjawab.

3. Saya called penerima kedua, berjawab. Alhamdulillah. Dia kata tak ada terima apa-apa parcel pun, yang ada cuma dokumen sahaja. Okay, thanks penerima kedua.

4. Saya called semula penerima pertama tapi masih tiada jawapan.

5. Saya called Centre, ceritakan apa yang berlaku. Jenny kata dia akan bincang dulu dengan boss dia dan akan get back to me later. Okay, thanks Jenny.

6. Saya called lagi penerima pertama. Masih tiada jawapan. Saya hantar sms tapi masih belum berbalas.

 

Kemudian Jenny called saya. Dia dah bincang dengan bos dia dan bos dia cuma boleh tolong dari segi kurang kan harga sahaja.

 

Kos yang perlu ditanggung adalah:

1. Kos mendapatkan semula parcel dari Teluk Intan = RM 8.00

2. Kos penghantaran parcel ke India, 800g = RM 168.95

3. Kos mencetak semula dua set assignment, anggaran = RM 30.00

4. Kos menghantar semula dokumen yang sebenar ke Teluk Intan = RM 6.90

Jumlah keseluruhan kos yang tersurat adalah RM 213.85

 

Saya called semula Michael beritahu tentang jalan penyelesaian. Points yang saya beritahu dia:

1. Saya minta maaf ini semua berlaku. Saya tak nak argue di mana atau siapa yang buat kesilapan. Apa yang saya nak buat sekarang adalah menyelesaikan masalah ini.

2. Saya beritahu Michael yang saya akan dapatkan semula bungkusan tersebut dari Teluk Intan.

3. Saya tanya Michael lagi sama ada dia masih perlukan bungkusan itu dihantar ke India? Kalau perlu berikan saya alamat dan saya akan arrange hantar ke sana.

4. Dia tanya tentang kos. Saya kata tak pe saya tanggung semua tu. Dia tanya juga tentang assignment itu dan kos nya. Saya jawab lagi, itu pun saya akan tanggung juga semua nya.

5. Dia macam terkedu bila saya kata macam tu. Dia beritahu yang dia akan call saya semula untuk beri jawapan sama ada perlu atau tidak hantar bungkusan ke India.

6. Saya beritahu dia lagi saya tak nak tuding jari pada sesiapa. Saya sudah ada pengalaman tentang hal tertukar alamat. Kes dengan dia jugak sebelum ni.

 

Sejak kes tertukar alamat dulu, bila dapat dokumen atau bungkusan saya akan terus tampal CN pada plastik. Saya inform juga yang sama pada staff lain, takut berulang lagi kesilapan.

Sampai di Center mereka akan cabut atau keluarkan CN untuk discan dan masukkan ke dalam sistem. Di situ ada kebarangkalian mereka tertukar CN. Tapi bila Jenny called tadi boss dia tak cakap pun pasal tu. Mungkin dia pun tak nak mengaku kebarangkalian kesilapan staff dia.

 

Bagi pihak Emma pula, kalau dia dapat dan sempat nak bezakan antara dokumen dengan bungkusan, InsyaAllah perkara ini boleh dibetulkan sebelum dia balik India.

It’s okay. Apa yang berlaku telah berlaku. Saya jadikan ianya pengalaman untuk masa hadapan. Saya redha dan ikhlas semua ini berlaku.

Saya rasa bertanggungjawab atas semuanya, maka saya akan pikul dan tanggung akibatnya. Hati saya tenang sahaja sepanjang saya uruskan hal ini. Dia beri saya kemudahan berfikir dalam mencari cara dan jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Cuma saya harap yang terbaik dan yang termampu untuk saya pikul sahaja dalam memastikan agar masalah ini betul-betul selesai.

InsyaAllah.

 

Advertisements
 
36 Comments

Posted by on 05/12/2013 in Categorized

 

36 responses to “Ye, saya bertanggungjawab.

  1. Aziela

    05/12/2013 at 2:39 pm

    First, dokumen tu tak boleh die-mailkan sajakah ke India dan print di sana?
    Second, harga 200++ tu dah diskaun ke belum?
    Third, kos itu ditanggung oleh syarikat, atau dari poket awak sendiri?

    Sorry, bukan komen, tapi soklan pulak…

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 2:44 pm

      kak,
      1. dokumen tu sepatutnya ke Teluk Intan, dia terbawa ke India.
      2. 200 tu belum diskaun. diskaun dikurang RM68.95 sahaja.
      3. Mungkin 50:50. tapi harap sangat belas kasihan dari Michael dan tak jadi hantar.

       
      • Aziela

        09/12/2013 at 3:13 pm

        Dah selesai ke dik? Apa endingnya?

         
      • t.a.t.a

        09/12/2013 at 4:30 pm

        as per today belum setel lagi kak. parcel dah dijumpai cuma belum patah balik ke saya aje.

         
  2. juliet

    05/12/2013 at 2:57 pm

    memang awak sangat bertanggungjawab. emma kelam kabut agaknya tak boleh bezakan dokumen dan bungkusan 😀 kalau kena dekat saya pun saya akan buat macam awak, biar rugi sikit asalkan semua orang hepi akhirnya.

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 3:02 pm

      bila fikir semula si Emma tu kelakar jugak kan. haha.

       
  3. T3PCute

    05/12/2013 at 3:24 pm

    Adakalanya.. bila benda dah terjadikita just let it go.. no point arguing..
    good job 😉

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 5:04 pm

      kalau argue pun bukan boleh patah balik ke hari itu kan?

      thanks.

       
  4. ZonAku

    05/12/2013 at 3:28 pm

    memang pihak ko akan absorb charges ya? macam x percaya je.. sebab x pernah alami pun.
    x urgent ke assignment tu perlu dihantar? satu haru jugak kalau terlepas due date.

    owh, juga, robot berisiko kecil buat kesilapan, tapi kalau ada interruption blh tunggang terbalik jadinya sebab nk kena bypass certain process. 🙂

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 5:05 pm

      pihak aku terpaksa absorb charges, kalau tidak siapa lagi nak bayar. pihak centre tak kan bear benda tu macam tu aje, depa akan argue juga.

      assignment aku tak tahu. tapi yang aku tahu Evelyn dah hantar softcopy melalui web. aku juga yang buatkan.

       
  5. sylarius

    05/12/2013 at 3:44 pm

    Dalam bisnes kadang terpaksa buat macam tu untuk jaga nama baik among pelanggan. Benda kesilapan macam ni kadangkala tak dapat nak dielakkan, bukannya kita nak pun masalah ni, tapi kadang-kadang ia tetap akan berlaku.

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 5:06 pm

      betul. customer kena jaga. sebab mulut orang ni bukan boleh tutup. kalau benda tak elok tu memang cepat aje tersebar nya. tapi kalau benda baik fikir banyak kali pulak nak sebarkan. huhu

       
  6. kniedaz

    05/12/2013 at 4:10 pm

    hui…panjang betul komen orang lain ya. Aku baca sampai abis juga, dan aku harap Michael tak jadi hantar bungkusan tu..so ko pun tak susah…
    Anak Michael ada banyak baju lagi kot…

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 4:44 pm

      itu la aku harap sangat. kalau dia ada rasa simpati dan rasa macam merugikan nak hantar baju ke India dengan harga banyak tu, mungkin akan cancel kot. harap nya la.

       
  7. FAIRUS MAMAT

    05/12/2013 at 4:34 pm

    SAYA BACA SAMPAI HABIS.. YEAAAYY.. SUMPAH TAK TIPU..

    SUSAH JUGAK ERK NAK BUAT BISNES COURIER.. SALAH HANTAR HABISLAH..

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 4:40 pm

      komen kau buat aku ketawa dan komen kau juga buat aku terharu.

      sumpah tak tipu. aku terharu.

       
  8. junai75

    05/12/2013 at 4:54 pm

    Dalam kes ini kita tak dpt nak kesan siapa yg bersalah sebab banyak stage dalam pengurusan penghantaran barang ni, mungkin awak dah buat sehabis baik tetapi pengalaman akan membuatkan kita lebih tenang untuk menangani sesuatu masalah.

    Saya harap semuanya akan selesai dengan baik.

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 5:09 pm

      betul. dalam hal ni susah nak kesan. pihak sana sini boleh memasing tuding jari. kalau dah mula tuding jari sampai bila nak setel kan? so mengalah aje la. mengalah sebab nak elak kan masalah lain pula.

      saya pun harap ia nya akan selesai dengan baik.

       
  9. Kay

    05/12/2013 at 5:51 pm

    Michael dah bg jawapan belum?

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 5:53 pm

      belum. dia kata malam ni baru nak call anak dia.

       
  10. daddyziyyad

    05/12/2013 at 6:20 pm

    Jujur: Saya baca disclaimer warna merah kat atas tu, saya scroll…Ohhhhh..mmg panjang! Bahahaha..Saya belum baca ( ada niat nak baca nanti, dan komen )
    Saya busy sekarang….busy masuk website AA & MAS…busy carik tiket eroplane…kui kui kui
    Dah tak busy, ada rezeki, saya baca balik

     
    • t.a.t.a

      05/12/2013 at 6:52 pm

      komen yang sangat jujur. I like. hahaha

      good luck on your ticket-hunting. dah dapat nanti kabor-kabor la kat kami nak pi mana ok? hehe

       
  11. tiha

    05/12/2013 at 6:52 pm

    boleh tahan jugak akak nak memahami masalah penghantaran Michael, jane, india, Teluk Intan, Ipoh…cuma alhamdulillah tata tenang dalam hal ni, nampak memang teratur dalam settle perkara ni walaupun akak tak berapa faham cara kerja kat sini..

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:47 pm

      banyak procedure nya kak kerja ni. walaupun side service aje bagi kami tapi segala procedure kena buat dan ambil tahu.

       
  12. azieazah

    05/12/2013 at 10:29 pm

    Hantar dan terima barang, kemungkinan salah hantar dan salah terima adalah sangat lumrah. Orang yang alami akan terima risiko buat kerja ulang kali or benda yang sama berkali kali. Mujur bos faham. Tapi bagi yang incharge (dalam kes ini awak la ya?) menerima segala risiko dan tanggungjawab di samping berusaha menyelesaikan kekeliruan dan kesilapan tanpa perlu bertekak, adalah suatu tanggungjawab berat, Then wajar dipuji. Syabas!

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:59 pm

      tanggungjawab yang berat nak face pada customer tu semua. kalau depa faham alhamdulillah la. kalau tak faham, maki hamun yang saya dapat.

       
  13. elly

    06/12/2013 at 10:14 am

    tak la panjang mana utk aku sebab aku leh baca sambil menikmati coffe MC D aku…hahhahahhaa
    eh sapa yang tanggung semua tu, ko sendiri atau company ko?
    aku pun pernah terkena gak, tapi dalam senario aku as a customer la
    tapi dari sudut aku as a customer, as long as document can be rearrange in a proper manner, sampai pada org yang aku nak hantar, walau lambat, aku dah cukup bersyukur
    setakat service provider tu kena maki standard la kan, aku jugak manusia beb kekekekekeke mmg confirm la aku maki, tapi makian yang penuh berhemah agar kejadian yang serupa tidak akan berulang
    amacam? cukup panjang tak komen aku?
    relevant tak ngan entry ko?
    ke aku kuar topic?
    ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee

     
    • elly

      06/12/2013 at 10:29 am

      tapi kalau aku jadi mangsa, aku terharu, sekurang2nya ko ngaku salah, accept the fact dan cuba atasi masalah dengan sebaik mungkin,

       
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:46 pm

      hahahaha, kau ni jujur la kak elly dalam berkomen.
      aku pun pernah alami tertukar barang as a customer. no hal pun sebab barang tu tak urgent. tapi memang ambil masa lama nak arrange balik barang tu.

       
  14. nizam.ariff

    06/12/2013 at 7:47 pm

    Err.ok. dah baca kronologi tu..cuma nak tanya, apa point sebenar entri nih?…
    (Hehehe….*kayuh kaki laju laju*)

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:44 pm

      zam! zam! woi zam!

      baru nak cerita panjang dia dah jauh dah. hish laju nya kayuh.

       
  15. murni alfathunnisa

    07/12/2013 at 5:05 pm

    memang panjang. dan..i sebenarnya tengah pening dengan assignment..huhu. perlu ke tanggung semua kos kerugian tu…salah dari banyak pihak ni. err..fening lagi..

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:43 pm

      x yah pening-pening pk masalah ni. pi siapkan assignment tu.

       
  16. eita

    08/12/2013 at 9:54 pm

    jenuh jugak mikir kalau berlaku kesilapan macam ni kan…
    paling sakit hati kalau col n sms tak berjawab….macam nak hempuk je kan

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:32 pm

      memang rasa nak hempuk. ini bukan zaman dulu masa memula ada handset yang nak main miskol miskol tu. tapi laa ni zaman kalau miskol memang benda penting.

       
  17. Zul

    26/12/2013 at 5:24 pm

    Salam
    saya nak tanya atau minta kongsi pengalaman serta cara untuk membuka gerai sebagai Pusat Pengumpulan Barang (Collection Center) untuk satu Syarikat Penghantaran Express.Macam mana boleh dapat peluang tu ye?Ok tak bisnis tu dan perlu modal besar ke?Tlg kongsi info.Ini saya nak cari bisnis untuk tahun 2014.Buntulah.Tk

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: