RSS

Durian lawannya..?

09 Dec

Semalam petang dok sibuk kait buah manggis kat depan rumah yang tak seberapa banyak buahnya. Kakak saya dok sibuk kumpul nak bawak balik PJ.

Tengah dok kait tu tanya kat mak, “Mak tak nak ke?”

“Tak nak la. Tadi mak dah makan durian.”

“Sebenarnya durian tu tak boleh dimakan dengan apa? Rambutan atau manggis?”

“Dengan manggis la.”

 

Saya cakap kat kakak saya, “Waa, tadi ai dah balun durian. Ni dok balun manggis lagi. So nanti kalau terjadi apa-apa kat ai, you tulis kat batu nisan ai,

“INI ADALAH MANGSA MAKAN DURIAN DENGAN MANGGIS.”

boleh?”

“Hahaha. Boleh. Boleh.”

 

 

So ceritanya, durian ni tak boleh dilawan dengan apa sebenarnya?

Advertisements
 
34 Comments

Posted by on 09/12/2013 in Categorized

 

34 responses to “Durian lawannya..?

  1. juliet

    09/12/2013 at 9:52 am

    taktau pulak kalau dah makan manggis tak boleh makan durian. Bestnya ada pokok manggis sendiri.

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:31 pm

      sebatang aje juliet pokok tu. cuma kali ni makin lebat aku tengok buah nya. puas la jugak makan sendiri.

       
  2. sylarius

    09/12/2013 at 11:32 am

    Kalau makan durian dengan manggis nanti apa jadi yer? Boleh jadi alergi ker?

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:32 pm

      x tahu gue.

       
  3. smbotak

    09/12/2013 at 11:50 am

    tak boleh lawan dengan aku. kalau jumpa, memang siap la kena bedal!

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:58 pm

      memang la tak leh lawan kau. hahahaha

       
  4. murni alfathunnisa

    09/12/2013 at 11:59 am

    ooooooo…betul ek..? terkejut jugak, tak tau pulak tak boleh makan together-gether…kikikiki. sebab tengok kat tempat yang buat buffet buah2 tropika diorang serve semua sekali je..

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:58 pm

      memang depa serve all of them, tapi up pada kita nak pilih yang mana.

       
  5. nizam.ariff

    09/12/2013 at 12:20 pm

    Aku suka komen SMbotak… hahaha

    Durian tak boleh dengan manggis kalau diletak dalam satu bekas…rosak buah manggis terkena duri.

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:37 pm

      terkena duri iye, terkena getahnya juga iye.

       
  6. ZonAku

    09/12/2013 at 12:57 pm

    aku tau tembikai n susu saja…. tembikai susu x apa….

    klau durian, sekadar pantang jumpa…. mesti nk makan!

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:43 pm

      tembikai dengan susu aku pernah makan. sedap siot. lepas tu bila tahu tak elok makan bersama, terus stop.

       
  7. cinta

    09/12/2013 at 1:25 pm

    pernah juga dgr org tua-tua kata takleh lwn dgn coke, dgn panadol. Dua-dua dah try. Mcm sihat je smpai arini. Heheh..

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:44 pm

      woh! coke dengan panadol. dulu masa di asrama pernah buat. kawan la. aku tengok aje. sihat pun dia. haha

       
  8. 4feet8

    09/12/2013 at 1:54 pm

    oh, ya..? baru tau.
    yg tau setakat ni, kalau makan durian, tak boleh makan ubat. mcm minum air kelapa, pun tak boleh mkn ubat…

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:45 pm

      pastu orang cakap jugak makan durian jangan minum champagne.

       
  9. kniedaz

    09/12/2013 at 2:31 pm

    ZonAku, kalau makan tembikai ngan susu jadi apa?
    Aku tak makan durian so takde effect kot kat aku hahaha

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:47 pm

      kau tak makan durian, tapi kalau kau nampak durian kau lari tak?

       
      • kniedaz

        10/12/2013 at 3:30 pm

        aku nampak durian aku tak lari..aku tgk je

         
  10. Aziela

    09/12/2013 at 3:11 pm

    Boleh jer sebenarnya. Cuma kena lah beringat. Kalau makan 2-2 tu sampai lupa diri, masuk sepital la dik. Both are extremely high in sugar and durian ada cholesterol yang lumayan. Sendiri mau ingat la kan….

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:49 pm

      betul kak. semalam pagi makan durian tak ingat kalori. petang makan manggis tak ingat langit. selagi manggis tu jatuh depan mata selagi tu rembat kopek terus makan.

       
  11. T3PCute

    09/12/2013 at 3:14 pm

    Tapi kan.. kalau kat dusun mertua aku.. pokok durian dengan pokok manggis sebelah nyebelah jek.. selamba badak jek aku tgk adik beradik hubby aku makan dedua tuh ahaks…

    Rasanya boleh dimakan.. asalkan tidak berlebihan2.. benda apa pun kalau makan banyak2 memang ada mudaratnya kan.. kalau makan bersama camtu sikit2 I rasa ok..

    Cuma selalunya kalau berpantang makan buah nie kalau org tuh mengandung.. atau ada kandungan gula yang tinggi, ada darah tinggi.. itu kena jagalah makan..

     
    • t.a.t.a

      09/12/2013 at 4:57 pm

      seulas durian tu nampak aje kecik tapi kalori nya anggaran 50! baru sebiji. laa ni makan sebiji mana rasa kan? buat taik gigi aje. hahaha

      manggis pun sama. walaupun bergetah kulit nya, arrghhh itu semua tolak tepi. makan aje.

       
  12. McK

    09/12/2013 at 8:23 pm

    eh kata orang (orang laaa, makcik ulangkan saja..) bila makan durian, lepas tu makan le manggis (panas + sejuk)…..
    mck feveret durian……bila makan..hmmm sorry lah nak ingat kalori bagai…sanggup tak makan nasi, kenyang ngan durian je..

     
  13. tiha

    09/12/2013 at 9:23 pm

    taleh lawan dengan pizza,
    mesti orang rebut kotak pizza dulu..hins
    (ada orang kata takleh dgn tembikai..wallahualam)

     
  14. FAIRUS MAMAT

    10/12/2013 at 2:16 am

    PULUN SAJALAH SELAGI BOLEH PULUN.. 😀

     
  15. azieazah

    10/12/2013 at 1:59 pm

    Kenapa mesti nak lawan-lawan? Tak boleh kah durian tu berbaik dengan manggis waima dengan mangga sekali pun?

    Kita sedih tau. Kita kawan, tak suka lawan-lawan!

     
  16. cik kakiketawe

    11/12/2013 at 9:35 am

    haiyoo kak tadi dah komen panjang sekali connection putus…
    dah tension nak komen sekali lagi…halooo…

    durian ni boleh je lawan dengan apa2…
    tp untuk elakkan increasing in body temperature
    better minum air dari pangsa kulit durian….

     
  17. nang

    11/12/2013 at 11:56 am

    owh , ada pantang larang ke ? tak tahu pula , yang tahu durian tak boleh makan dengan ubat , nanti mabuk…yang tu je tahu

     
  18. eita

    11/12/2013 at 8:47 pm

    tak jadi apa2 sebenar nyer..mitos je tu..tapi kalau orang jenis manja sikit mungkin mengalami ceri beri..hahahaha…akak makan selamba je

     
  19. JunAina

    12/12/2013 at 2:37 pm

    Orag tempat akak kata elok makan manggis lepas makan durian sebab boleh sejukkan badan.

     
  20. budak_shinchan

    12/12/2013 at 3:16 pm

    durian vs air kopi

     
  21. daddyziyyad

    12/12/2013 at 8:59 pm

    Itu semua MITOS.
    Konsep sejuk/panas mmg famous di kalangan Asian community, termasuklah org Melayu kita..

    Makan aja lah durian & manggis…
    Dapat apa kalau makan macam ni?

    Saya jawab: Dapat kenyang

    Hahahaha

     
  22. al-lavendari

    12/12/2013 at 11:10 pm

    sokong pendapat dr daddyziyyad ..

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: