RSS

Moving on.

03 Jan

Dear Adam,

Aku berborak dengan staff kau pagi ini. Banyak berita terkini yang aku tahu tentang dia. Tentang kau.

Kesimpulan yang aku boleh kata kan adalah aku tidak mengambil keputusan yang silap bila aku kata aku mahu melupakan kau. Aku mahu menidakkan dan aku tidak mahu menghiraukan langsung perasaan aku pada kau. Pendek kata aku tidak mahu berperasaan apa-apa pada kau.

Kau adalah lelaki yang dalamannya lain, luarannya lain. Jika luaran kau nampak seperti garang dan tegas –ada yang mengakui tidak berani berbicara dengan engkau secara mesra– tapi hakikatnya dalaman kau sebaliknya.

Engkau hakikatnya aku lihat seorang yang kasihan. Ya, aku kasihan melihat engkau sebenarnya. Tapi pada masa yang sama aku kagum dengan kau. Kau boleh putting up dengan perangai isteri kau. Kau boleh uruskan hal anak-anak secara sendirian. Pada masa yang sama kau boleh simpan rahsia kepincangan keluarga kau dari pandangan masyarakat walaupun ada masanya kau berasa malu jika isteri kau buat perangai di depan staff sendiri.

Hakikat yang aku sudah tahu tentang kehidupan kau biarlah aku simpan sendiri. Aku tak mahu kau rasa lebih malu lagi jika kau tahu aku sudah tahu tentang hal ini.

Aku rasa lega dapat tahu hal ini selepas aku mengambil keputusan untuk melupakan kau. Aku membantu meringankan beban kau dengan keputusan ini. 

Aku juga tidak sanggup untuk berebut bila aku tahu ada hati lain yang cuba mendapatkan kau. Hati lain yang aku kenal dan yang aku sayang. Tak sanggup rasanya aku berbahagia atas kesedihan orang lain. Maka dengan itu biar lah perasaan ini yang timbul selepas mimpi itu aku kuburkan sahaja. Aku serahkan segalanya pada Dia.

Jika benar engkau adalah lelaki dalam mimpi aku, aku serah kan padaNya untuk memberi petunjuk yang seterusnya. Jika benar kita berjodoh pada masa akan datang, biar la masa yang menentukan dan aku akan embrace saat itu bila tiba waktu nya.

Aku berharap semoga kau kekal tenang dan sabar dalam kehidupan kau.

Bertemu lagi kita Adam jika perasaan itu bertamu di hati ini.

.

Advertisements
 
43 Comments

Posted by on 03/01/2014 in Categorized

 

43 responses to “Moving on.

  1. Dr Singa

    03/01/2014 at 10:26 am

    tak sain pun surat tu…

    Hawa ke nama penulis surat ni..?

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 10:41 am

      Haah. Dia sign titik aje.

       
    • Seorang Blogger

      05/01/2014 at 9:20 am

      Chop!! kenapa saya tak boleh bukak blog Dr Singa?? bukak dari link x dpt, dari google search pun x dpt..

      he he sori t.a.t.a tumpang menjerit kt blog t.a.t.a

      abt adam, u did good by letting him go, kalau sorang isteri pong dia x boleh handle caner nk handle 2? lebih ramai adam di luar sana, yakinlah there is one yang dilahirkan khas utk t.a.t.a, x pyh kongsi2

      tenyummmm

       
      • Dr Singa

        05/01/2014 at 9:25 am

        Aikk…
        Pelik tu..
        Dah pindah blog baru
        Sebab dah penuh..
        Cer blogdrsinga.wordpress.com

         
      • t.a.t.a

        06/01/2014 at 10:14 am

        saya pun tenyum baca komen akak. ehehe.. thanks akak.

         
  2. kesoma

    03/01/2014 at 10:26 am

    kesiannya pada lelaki yang tak boleh nak control perangai isteri di depan public.. pada saya.. macam mana marah sekali pun.. seorang isteri kena pandai jaga air muka suami depan orang lain.. saya kesian pada lelaki yg isterinya takde respect pada dia sampai sanggup jatuhkan air muka lelaki tu depan orang lain..

    lelaki begini..memang tak berbaloi nak direbutkan..

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 10:45 am

      bagi saya dia berbaloi untuk direbut. isteri dia berperangai macam tu sebab takut kedudukan dia goyah. tu je. kesian, ya memang kesian.

       
  3. alis

    03/01/2014 at 10:26 am

    agak2 ko.. ADAM baca tak entry ni?

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 10:39 am

      Tak.

       
  4. T3PCute

    03/01/2014 at 10:57 am

    wah entri kita hari nie macam ada kena ngena.. walaupun ditujukan pada 2 pihak yang berbeza tapi intipatinya lebih kurang..

    kalau sudah tertulis itu jodohnya.. insyAllah kan..redha..
    Akak doakan ko akan mendapat bahagia dan bertemu dia yang layak untuk mu sis

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 12:08 pm

      Itu la yang saya keep reminding myself about kak. Being ikhlas, redha and yakin to Him about everything in my life. Thanks kak for the dua’.

       
  5. sudipvssenduk

    03/01/2014 at 11:18 am

    tetiba rasa mcm tengok cerita drama..
    eerrr.. adam tu ada rupa aaron tak?

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 2:28 pm

      X. Tapi Adam hensem dari pandangan mata saya.

       
  6. sylarius

    03/01/2014 at 11:26 am

    Rasanya, melupakan Adam tu adalah jalan yang terbaik. Tak ramai isteri yang rela berkongsi kasih. Jika sudi sekalipun, mungkin situasi yang awkward boleh berlaku jika suami tidak tahu nak handle macam mana.

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 2:27 pm

      Rasa macam akan memporak puranda kan keadaan aje kan?

       
  7. meza

    03/01/2014 at 12:05 pm

    Ta.. Bertabahlah melupakan Adam yang ini. Andainya ada jodoh, akan dipermudahkan segalanya. Lagipun masih ada Adam yg lain yg boleh diberikn peluang lg.

    Hey! Tk cukup Adam, ada Idris. Tkda Idris, ada Nuh. Salleh, Ibrahim, Lut, Ismail, ……

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 2:27 pm

      Thanks Za for those words. Tapi Idris Nuh Salleh Ibrahim Lut Ismail tu semua tak sama dengan Adam kan?

       
      • Meza PrettyRain

        03/01/2014 at 3:07 pm

        yes, true. tiada pengganti untuk setiap seorang dalam dunia ini, tapi setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

        if u know what i mean…n aku agak, azam tahun baru melupakan Adam?

         
      • t.a.t.a

        03/01/2014 at 3:19 pm

        I know what you mean dear.

        Yup. Very true. On Wednesday the 1st terus azam nak lupakan dia. And when I found out about this, memang menyokong aku la nampak nya. Alhamdulilah.

         
  8. ishy77

    03/01/2014 at 12:14 pm

    ko suka kt dia mmg smpai mimpi2 ke?

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 12:17 pm

      Aku mula ada perasaan tu pada dia lepas aku mimpi dia.

       
  9. 4feet8

    03/01/2014 at 1:59 pm

    ta. dia ke adam yg pernah g bercuti dan tanya kau nak kirim apa-apa tu..?

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 2:26 pm

      Ye.

       
      • 4feet8

        03/01/2014 at 5:11 pm

        La.. dia suami org ke..?
        samalah mcm si WWT tu rupanya..

         
      • t.a.t.a

        03/01/2014 at 5:15 pm

        🙂

         
  10. juliet

    03/01/2014 at 2:35 pm

    Lelaki penyabar berbaloi untuk di rebut 😀

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 3:23 pm

      So true.

       
  11. FAIRUS MAMAT

    03/01/2014 at 3:08 pm

    LAIN MACAM JE BUNYINYA.. NAK CAKAP TAKUT TERSALAH ERTI PULAK..

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 5:15 pm

      Xpe. no need to say anything.

       
  12. arisha hoon

    03/01/2014 at 3:09 pm

    tata..insyaAllah kalo ada jodoh tak ke mana..amiin..amiin..

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 5:16 pm

      InsyaAllah kak.

       
  13. budak_shinchan

    03/01/2014 at 4:12 pm

    kenapa titik hawa ada satu? #eh

    hmmm selalu shin suka pada org yang dah berpunya.. sbb org tu lagi nampak menarik.. mungkin sbb nengok dia melayan pasangan dia kot.. bebanding ngan org single.. lom nampak.. takot lom bersama laen.. dah bersama nnt laen plak

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 5:19 pm

      itu yang kita takut jugak abg shin. kita tak dapat nak predict masa depan.

       
  14. daddyziyyad

    03/01/2014 at 4:26 pm

    cerita pasal mimpi mimpi ni…
    teringat si Tasek M punya mimpi…
    wakakakkakakaa…

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 5:28 pm

      cerita mimpi kak tas tu memang tak dapat nak lupa la.

       
  15. ZonAku

    03/01/2014 at 5:37 pm

    kesiannya aku pada isteri dia….. Moga Allah kekalkan kasih sayang antara Adam n isterinya. Bukan apa, sebagai isteri dia sangat rugi n merugikan. kalau salah tingkah.. barai….. nauzubillah.

    Jgn risau ta, ko dah buat keputusan, redha n berserah sepenuhnya pada Allah.. Adam tetap x akan ada gantinya.. tapi mana ada 2 manusia sama dalam dunia ni kan… mungkin Idris, Nuh. Salleh, Ibrahim, Lut, Ismail atau yang lain2 lebih melengkapi ko dengan lebih baik 😀 Aku doakan ko bertemu your other half secepatnya…

     
    • t.a.t.a

      03/01/2014 at 5:46 pm

      Kau punya komen sama macam Meza. Hahaha. Aku nak jawab yang sama jugak. Idris Nuh Salleh Ibrahim Lut Ismail tak kan sama dengan Adam. Tapi ya depa tak sama, tapi juga mungkin salah seorang dari depa ni akan melengkapi aku dengan lebih baik lagi.

      Thanks zona. 🙂

       
  16. ewanthology

    03/01/2014 at 10:26 pm

    good luck

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 10:15 am

      insyaAllah. thanks.

       
  17. McK

    04/01/2014 at 12:40 am

    kalau adam di takdir untuk mu, pi balik pi balik adam akan tetap hadir, if otherwise, hmm

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 10:15 am

      yup. yakin dan ikhlas yang penting makcik.

       
  18. Aziela

    06/01/2014 at 12:19 pm

    First, Adam bukan nama sebenar kan. Itu hanyalah kata ganti nama jer kan…?

    Second, kasihan itu maksudnya pathetic ke?

    Third, status dia masih ‘berkahwin’?

    Fourth, ini mungkin hanya latihan untuk Tata mengawal hati dan iman. Insya Allah ada yang lebih baik menanti selepas ujian tamat.

    Amiin.

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 12:23 pm

      1. Ya Adam bukan nama sebenar.

      2. Kasihan yg not pathetic. This one more to kasihan yang pity, yang sorry.

      3. Ya, dia masih berkahwin.

      4. Itu yang saya latih diri untuk faham dan yakin dan ikhlas dan redha kak. InsyaAllah.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: