RSS

Orang jenis apa kah dia?

06 Jan

Dia seorang lelaki, suami dan ayah. Dia tahu bahawa:

1. Isteri dia seorang yang lawa, manis dan baik. (Kalau saya ni berbin, memang saya akan goda isteri dia jadi pasangan saya. SERIUS!)

2. Isteri dia ada kerja yang bagus. Setiap bulan memang isteri dia yang banyak bagi financial support untuk dia dan keluarga.

3. Isteri dia pernah kata kalau dia ada perempuan lain, sila beritahu. Jangan sorok. Isterinya akan benarkan tapi dengan syarat isterinya akan berundur dari perkahwinan.

4. Kalau dia bernikah secara rahsia, once dia shake hands dengan tok kadi, automatically talak akan jatuh. Itu perjanjian mereka.

5. Bila isteri dia beri peluang kedua dan beritahu kalau lepas ni dia buat perangai lagi, talak akan jatuh terus.

Dia tahu semua perkara tu. DIA TAHU! TAHU SANGAT-SANGAT!

 

 

Tapi…

 

TE. TA. PI.

 

 

Kenapa masih buat jugak?

Kenapa nak tutup periuk nasi sendiri?

Kenapa sengaja cari pasal?

Kenapa nak buat hati orang lain susah?

 

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

 

 

Kan talak dah jatuh.

 

 

 

Lelaki jenis apakah dia tu?

 

 

Advertisements
 
42 Comments

Posted by on 06/01/2014 in Categorized

 

42 responses to “Orang jenis apa kah dia?

  1. smbotak

    06/01/2014 at 12:48 pm

    kisah benar depan mata ke ni?

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 12:52 pm

      Ye.

       
  2. kesoma

    06/01/2014 at 1:09 pm

    lelaki memang tak pernah puas.. bila dah terlepas baru menyesal.. banyak aku tgk kes gitu.. bongokk

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 1:32 pm

      Hairan kan tengok diorg ni.

       
  3. 4feet8

    06/01/2014 at 1:15 pm

    Err.. tata. adakah aku rasa aku boleh syak siapa orgnya..?
    mm.. biarlah dia tata. yg penting, kau jaga hati kau selepasni. Kena ambil pengajaran atas apa yg sudah berlaku.. err.. tapi kalau salah tanggapan aku ni, kau abaikan apa yg aku tulis.
    kau tahu apa yg aku maksudkan..

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 1:18 pm

      aku faham maksud kau. tapi ini kes lain. orang lain. bukan dia. aku lupa pulak nak tulis yang ini bukan pasal dia.

      haha. thanks for the moral support.

       
  4. nang

    06/01/2014 at 1:17 pm

    sebab lelaki tak pernah cukup dengan 1… dan tak pernah bersyukur dgn apa yg ada…mungkin ada jodoh yg lebih baik untuk , si isteri tu nanti, andai kata mereka bercerai…tapi nauzubillah kalau pengakhiran dgn bercerai…

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 1:22 pm

      seroja, memang dah bercerai pun. tu aku tulis talak dah jatuh. aku tanya wife dia, dia kata dia lega semua dah setel.

       
      • nang

        06/01/2014 at 4:32 pm

        laki tu tak nak rujuk balik ke ? kalau wife dia dah pun lega lepas bercerai, nampaknya mmg cerai la yg terbaik…macam2 orang sekarang, sebelum khawin pun ada masalah, lepas khawin pun stilll buat masalah…macam2

         
  5. FAIRUS MAMAT

    06/01/2014 at 1:42 pm

    UNDANG-UNDANG AL-QURAN MENGATAKAN LELAKI BOLEH BERKAHWIN 4. KALAU BEBETUL MAMPU ZAHIR DAN BATIN.. TAPI SAYA SECARA PERIBADI, CUKUPLAH SATU..

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:09 pm

      Tapi bagi pihak lelaki itu saya sendiri akui walaupun jarang berjumpa, yang dia memang tak mampu dari segi zahir nya.

       
  6. ZonAku

    06/01/2014 at 1:58 pm

    kurang bersyukur barangkali.

    Moga jodoh kita bukan sedemikian malahan membawa kita lebih dekat pada yang Maha Esa.

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:09 pm

      dan aku rasa dia ada masalah mental. hahaha.

       
  7. nizam.ariff

    06/01/2014 at 2:05 pm

    Lelaki jenis yang patut dikasihani kerana dirinya tidak dibenar dikongsikan oleh sesiapa…. hehe

    err…. by Anonymous

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:10 pm

      wei annon. seb baik aku tak padam komen kau. hahaha.

       
  8. arisha hoon

    06/01/2014 at 2:05 pm

    tata, akak ada pengalaman suami owg kaco..huhu..sgt tak sangka sbb mamat ni wahh jenis bukak pintu kereta utk isteri dia…whatever, moral of the story, macamana pasangan kiter layan baik sekalipun..jgn terlalu berbangga, bercerita sgt, memuji melebih2 pd owg..sbb we never know belakang kalu..

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:17 pm

      Kak sama kes pijak semut tak mati la tu. Dah kahwin pun masih nak tackle perempuan lain. Masa tu akak dah kawen ke belum?

       
      • Aisyah Aie

        06/01/2014 at 5:20 pm

        oh itu masa bujang..tp scarry gak sampei kena tukor no tepon..tu yg doa cepat le dpt jodoh masa tu..

         
  9. Henrietta Jose

    06/01/2014 at 2:07 pm

    talak dah jatuh? baru nak terduduk ke?

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:11 pm

      tak tahu la kak. tapi si isteri cerita di mahkamah masa dengar lafaz talak tu, dia la yang hampir nak pengsan.

       
  10. T3PCute

    06/01/2014 at 2:07 pm

    Akak ada baca dari sebuah artikel nie.. tentang penomboran dan kehidupan..; ada orang yang memang ditakdirkan bermadu dan mempunyai potensi kawin lebih dari seorang.. dan kebanyakan kes memang tak puas dengan seorang isteri.. individu nie biasa ye ada pola hidup 72 atau 27.. boleh baca di blog http://www.eddyrosyadi.net/. Percaya atau tidak terpulang pada diri masing2

    Pada akak semuanya ada sebab musabab.. jika itu yang terbaik bagi dia.. Kita semua kena terima jugalah.. mungkin kita rasa tak sepatutnya.. tapi ada eloknya untuk si isteri sebab setidak2nya masalah yang selama ini dia tanggung.. dah terlepas dan dia boleh teruskan kehidupan dengan lebih baik..

    Untuk si lelaki.. mungkin penyelesaian penceraian ini adalah yang terbaik sebab selama ini dia tak puas dengan apa yang dia nikmati.. lelaki seperti ini selagi belum terbit rasa puas atau insaf.. macamana pun mungkin usaha yang dibuat mungkin makin burukkan keadaan.. mungkin lagi dia nak buat sebab dia rasa tercabar atau dia rasa dia ada hak suka hati apa dia nak buat..

    Pada akak tak pelik kes macam nie.. sebab akak kenal hampir 60% lelaki yang dalam kategori sebegini.. tak puas dengan isteri yang ada.. dengan alasan.. macam2.. tak pandai masaklah.. esok cepat menopose lah.. isteri duduk rumah tak bersosial lah.. isteri sibuk sangat lah.. isteri tak bg kepuasan seks lah.. isteri tak pandai bergaya lah.. tapi bila soal duit.. soal harta benda.. laju jek mintak kat isteri.. laju jek buat macam harta sendiri.. hahaha… kenapa akak boleh ckp camnie sebab pernah berlaku dlm lingkungan keluarga akak sendiri.. 😉

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:15 pm

      Itu la yang saya pelik jugak. Ada 2 3 kes saya jumpa hampir sama. Isteri lawa tapi suami masih cari lain. Ye la kita pun tak tahu kenapa sebab asal nya lelaki nak cari lain. Kita bukan lelaki itu jadi kita tak boleh nak cakap kenapa.

      Kebanyakan lelaki saya jumpa zaman ni semua nya jenis macam tu kan. Jenis yang lebih banyak meminta dari memberi. Depan mata saya juga berlaku. Saya tak boleh nak kata lebih dah. Karang esok mana tahu saya pun kes yang sama. Saya support suami. Hahahaha. Hancus la.

      Orang kalau dah tak suka ada aje alasan nya kan kak. Tapi kalau dah suka benda yang buruk dia buat pun kita rasa baik.

       
      • T3PCute

        06/01/2014 at 2:26 pm

        tulah.. lawa dan baik itu subjektif. di mata kita.. kita rasa dia dah cukup baik.. tapi kat mata suami.. baik camna pun.. dia tetap pandang yang lemah 1 tuh.. kes yg akak tau lgik parah.. dah cerai pun.. tapi si bekas isteri masih mengharap kat suami (dia diceraikan dan silaki kawin 1 lg).. isteri yg dia kwin tuh dah bercerai pun.. (ini kes laki kena manderam) tapi bila dah baik dah elok berubat.. dah bercerai dengan isteri baru.. masih tak nak kwin dgn isteri lama.. walhal keta harta duit bini lama tuh masih duk guna juga.. masih duk minta2 gak.. nak marah lelebih pun dah malas.. sebab keluarga sendiri.. kalau bebudak memang nak sekeh22 jek.. dia dah jadi bapak budak susah nak cakap dah..

        setidak2nya si bekas isteri tuh.. dah nekad nak teruskan hidup dan move on.. kes yg nie.. isteri masih mengharap dan menunggu.. lagik parah sis.. nak ckp pun susah.. bukan dia nak dgr ckp kita.. so pepandailah masing2 dah beso..

         
      • t.a.t.a

        06/01/2014 at 2:34 pm

        Orang perempuan kalau dah kahwin dan ada anak lebih fikirkan anak dari diri sendiri kan? Kes saya kat atas tu dia dah tak kisah pasal diri sendiri. Dia lebih penting kan anaknya. Lepas ni rasa kes nafkah anak pasti akan timbul.

        Kes akak pulak depa ada anak tak?

         
      • T3PCute

        06/01/2014 at 3:00 pm

        dgn bini lama ada.. dgn bekas bini baru pun ada (tapi disyaki status anak itu sama ada anak yg sah benih si laki atau org lain)..

        Biasa bila bercerai nie yg parah anak2.. mak bapak takpe hati boleh diubati.. tapi hati anak sampai diorg besar pun ada kesannya..

        Apa pun.. itu kes itu.. semoga dia terus tabah.. dan dipertemukan dengan org lain yg lebih hargai diri dia.. utk si lelaki.. moga dia sedar apa yg dia dah lepaskan..

        dan pada kita juga.. jadikan ini semua ikhtibar dalam hidup.. jika kita ada kelebihan dengan suami dan anak2 dijauhkan daripada bermegah2 kerana kdg kita tak tahu cabaran akan dtg.. kdg kita berdua ok. tapi gangguan pihak ketiga pulak.. bila selalu digoda.. yg kuat pun leh jadi lemah.. kdg bukan soal isteri baik cantik..atau suami baik beriman.. 🙂

         
  11. daddyziyyad

    06/01/2014 at 2:33 pm

    Harap bini baru dia boleh support dia dari segi financial, macam bekas bini nya.
    Pendapat saya? Tu lelaki tak sedar dek untung 😛

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:36 pm

      DZ, bini baru pun kerja tempat sama dengan laki tu. So kalau memasing gaji tahap cukup² makan aje, pepandai la karang.

       
  12. Aziela

    06/01/2014 at 2:37 pm

    Lelaki yang tak bersyukur namanya. Oh, harap2nya akak bukanlah dari golongan yang tak bersyukur

     
    • t.a.t.a

      06/01/2014 at 2:40 pm

      Betul tu kak. Tak bersyukur.

      Kak, segerakan ucap alhamdulillah dalam setiap perkara sekalipun. 🙂

       
  13. kniedaz

    06/01/2014 at 4:52 pm

    hmm….hmmm….apa yang dia cari sebenarnya?

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:16 pm

      Tak tahu la. tanya dia pun nanti dia cakap entah la kak.

       
  14. Mp

    06/01/2014 at 6:25 pm

    Yg jadi mangsanya ialah anak…ada sorng lelaki yg mmng akak kenal..sanggup talakkan isteri bila jumpa yg lebih muda..anaknya yg sulung mengalami kemurungan yg teruk gara2 terpaksa berpisah dgn ayahnya…

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:16 pm

      betul. kesian anak² jadi mangsa.

       
  15. ewanthology

    06/01/2014 at 9:42 pm

    kisah sebenar hanya mereka yang tahu… hal hal rumahtangga ni payah nak cakap.

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:17 pm

      campur tangan orang lain boleh sebab kan perkara ni jadi lebih teruk.

       
  16. azieazah

    06/01/2014 at 11:08 pm

    Benda yang salah tu memang sedap jer nak buat lagi dan lagi. Bila dah dapat, mula ada jer yang tak kena. Semoga DIA mengampun dosa mereka, dan membuka pintu hati untuk berbaik dan mengelak sengketa…

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:18 pm

      Thrill kan kak bagi depa ni buat benda² macam ni. InsyaAllah.

       
  17. Kak Zakie Purvit

    07/01/2014 at 9:39 am

    Bila dah terantuk barulah dia tengadah. Kesal pun tak berguna. Bodoh dan tak panjang akal itulah dapatnya. Pengajaran buat yg belum dan ada angan-angan nak buat.

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:18 pm

      Kadang-kadang buat sebab nak ambil rasa je kak.

       
  18. sara

    07/01/2014 at 12:09 pm

    even ada perjanjian pasal talak kalau lakinya tak niat nak cerai jatuh ke talak? since talak kat tangan lelaki.
    better tnya yg lebih arif kat situ..

     
    • t.a.t.a

      07/01/2014 at 12:18 pm

      x pasti la tu. tapi laa ni memang dah jatuh pun talak.

       
  19. elly

    07/01/2014 at 2:54 pm

    aku juga begitu, pesan kat pakwe, kalau sudah ada yang lain sila bgtau, sebab aku tak nak ada masalah di hari kemudian, anak sesama anak bernikah, masya Allah!
    kalau bgtau aku tak marah, aku izinkan dengan syarat lepaskan aku!
    kalau dia ada permintaan, aku izinkan, jadi permintaan aku dia wajib izinkan sebab aku tau dia tak mampu berlaku adil dan dia tak akan mampu!
    tapi kalau aku jadi minah ni, benda yang sama berlaku kat dia, talak itu pasti berlaku!
    tapi minah ni masih bagi peluang….alangkah murninya hati dia, tapi……………
    tak mungkin aku semurni hati dia!
    sekali terluka, sekali tertipu, kepercayaan terus melayang!

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: