RSS

Karangan Bertajuk ‘Batu 1.3cm’

16 Jan

Tajuk entry tiru sama Dr. Singa punya. 🙂

Itu karangan Dr. Singa. Ini pulak karangan saya. Tapi karangan saya esei sahaja. Esei melebihi 700 patah perkataan. Tiada gambar. Harap bersabar la ye.

Sebelum-sebelum ni memang dah kerap sakit pinggang belakang sebelah kiri, tapi abaikan sahaja sebab sakitnya pun sekejap-sekejap. Bila saya tanya customer saya yang juga seorang doktor dia kata mungkin sakit sebab salah tidur. Saya pun percaya aje la.

Ahad pagi sakit tu datang. Saya ingat salah tidur. Saya pun bangun dan tukar arah saya tidur. Kaki ke kepala, kepala ke kaki. Saya sambung tidur balik.

Maghrib Ahad yang sama sakit lagi. Baring atas katil. Terlentang. Mengiring. Menonggeng. Sakit tu masih sama juga tahap kesakitannya. Tak de nak kurang. Tak de nak tambah. (Sesiapa yang pernah alami memang tahu macam mana sakitnya.)

Abang ipar saya tanya nak pergi klinik tak? Saya cakap tak nak la.

Sambung buat aksi yang sama. Tiba-tiba saya rasa nak muntah. Saya bangun pergi toilet, terus muntah. Lepas muntah abang ipar saya terus suruh saya siap. Ajak pergi klinik. Masa tu memang sakit sangat. Pinggang ni rasa tegang betul!

Pergi klinik doktor cakap ini gangguan salur kencing. Dia tanya sejarah family saya ada tak yang sakit batu karang? Ada. Arwah abah dengan abang saya. Doktor bagi saya ubat.

Isnin saya called customer saya yang kerja di makmal hospital. Cerita dengan dia. Dia pun sahkan itu tanda-tanda orang sakit batu karang. Dia nasihatkan saya pergi emergency.

Pagi Selasa saya register out patient di Hospital Yang Namanya Dirahsiakan. Masa pemeriksaan awal dia tanya sakit apa, terus saya jawab pinggang sebelah kiri belakang saya sakit dan saya muntah. Arwah abah dengan abang ada sakit batu karang. Dia catat semua tu dalam kad saya.

Jumpa doktor. Bila doktor baca tu semua terus dia suruh saya pergi Hospital Sungai Buloh untuk buat ultra-sound. Saya pergi bahagian xray untuk buat appointment.

Pagi Rabu terus pergi Sungai Buloh. Masa buat ultra-sound tak nampak lagi batu tu. So doktor terus suruh saya buat CT-Scan. Result keluar dan ini lah kata-kata yang tercatat dalam report saya:

 

A-left mid ureteric calculus measuring 0.3×0.5×1.3cm with mild left hydronephrosis. No calculus in both kidneys. Normal urinary bladder.

 

Saya consult dulu dengan customer/doctor saya tu. Dia kata kidney saya bengkak. Nak bagi surut mungkin kena operate. Tapi saya punya belum serius lagi.

Khamis pagi saya report balik ke Hospital Yang Namanya Dirahsiakan. Bila baca report doktor terus buatkan appointment dengan doktor pakar untuk saya rujuk kes di Hospital Selayang.

First appointment, berbincang dengan doktor yang-kenapa-lah-kau-ni-sangat-hensem-di-mata-aku apa langkah seterusnya untuk kes saya ini. Dia senaraikan pilihan yang ada sehingga la kepada buat laser bagi pecah batu. Kalau boleh saya tak nak ambil langkah yang perlu membuka rongga badan saya. No operation, no alien thingy inside me and no any sort of procedures.

Saya beri cadangan pada doktor. Beri saya satu jangka masa untuk saya berubat dengan makan ubat sahaja. Kalau lepas tu batu masih ada, baru la kita bincang lagi alternative lain. Doktor tu pun setuju.

Saya dibekalkan dengan ubat U-Lite Effervescent Granules untuk tempoh 2 bulan. Minum satu sachet dengan segelas air setiap hari. Saya minum setiap kali selepas makan.

u-lite

Perisa limau. Macam Eno. Serbuk tuang dalam air.

 

3 bulan kemudian datang lagi ke Hospital Selayang untuk buat CT-Scan.

Dua minggu kemudiannya datang untuk 3rd appointment berjumpa doktor pakar. Doktor check result CT-Scan, alhamdulillah batu dah tiada. Masa keluar dari bilik doktor tu memang saya senyum aje la. Nurse yang saya dah kenal tu pun tegur, “Amboi senyum aje.”   🙂

Saya tak tahu nak gambarkan perasaan bila mula tahu yang saya ada penyakit. Selama ini saya rasa diri saya ni immune dari sebarang penyakit. Lagi-lagi sakit batu karang yang saya tak pernah fikir pun orang perempuan boleh hidap.

Saya Google cara-cara nak pecahkan batu. Saya dah cuba minum air epal dengan air kelapa muda. Tapi tak larat la kalau setiap hari kena membeli. Mahal woh. Air epal satu cawan RM2. Air kelapa muda fresh tu pun RM2 jugak. Ada orang kata minta tolong sesiapa yang pandai buatkan air bagi pecah batu. Ada ramai yang boleh buatkan. Tapi saya jenis yang malas nak jumpa orang dan saya tak tahu nak bayar berapa kat dia kalau dah siap nanti.

Akhirnya saya cuba alternatif sendiri. Macam mana batu saya boleh pecah?

Selain minum ubat tu saya juga amalkan baca potongan ayat 21 – 24 surah Al-Hasyr. Saya bacakan ayat tu pada air dalam bekas minuman yang terbuka dan minum. Buat setiap kali selepas solat fardhu. Amalkan juga selawat shifaa. Buat itu semua di samping minum air paling kurang 2L setiap hari.

 

surah al-hasyr ayat 21-24-mselim3

 

Tempoh 3 bulan tu termasuk bulan puasa. Saya risau juga sebab waktu siang kan kita tak minum. Malam pun minum sikit aje. Tapi saya cuba juga untuk minum banyak air waktu malam.

Batu dah pecah. Saya pun tak perasan bila ia pecah. Stok ubat ada lagi. Jadi laa ni kalau rasa macam sakit tu datang lagi, cepat-cepat saya minum ubat tu.

Doa, usaha dan tawakkal. InsyaAllah berjaya. Sesiapa yang ada masalah yang sama dan terjumpa entry ini, saya harap ia dapat memanfaatkan anda.  🙂

Advertisements
 
58 Comments

Posted by on 16/01/2014 in Categorized

 

58 responses to “Karangan Bertajuk ‘Batu 1.3cm’

  1. budak_shinchan

    16/01/2014 at 1:21 pm

    takotnya.. shin selalu sakit pinggang dan rasa mual no muntah hukkk

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 1:22 pm

      Baik check awal-awal. Takut dah serius nanti.

       
  2. cinta

    16/01/2014 at 1:25 pm

    hehe, tgh sakit sempat lg tgk dr hensem.

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 1:30 pm

      Doktor itu memang hensem okeh? Hahaha.

       
  3. kakcik

    16/01/2014 at 1:29 pm

    Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. 🙂

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 1:30 pm

      InsyaAllah kakcik.

       
  4. Dr Singa

    16/01/2014 at 1:44 pm

    dengan teruja nya aku mengalihkan tetikus ke atas tulisan berwarna biru itu..

    hampa….
    ingatkan ada link ….

     
  5. kesoma

    16/01/2014 at 3:26 pm

    husband aku rajin kena batu karang dulu.. tapi dia kena yg cam pasir pasir tu.. keluar.. kena lagi.. lepas tu kena lagi.. lastnya aku pedap sbb tak larat time dia sakit tu mesti dia nak hangin satu badan. salah sikit boleh jadi perang saudara. aku pulak kuat sentap.. so aku google kekdahnya.. ni cara yang aku guna untuk husband aku..

    jus lemon+minyak zaitun dibancuh.. minum sebelum tidur. sambil tu minum la air banyak..

    esok paginya dia kata kencing tu keluar seketul batu dan pasir2 kecik.. aku tengok batu tu ngeri gak la..sbb saiz pasir yg agak besar.. bukan yg halus2 tu.. gila.. cemana boleh keluar aku pun tak tau..

    then.. nak elak dari kena lagi opkos la minum air banyak etc..tapi salah satu kaedah yg sangat berkesan adalah amalkan makan vit c tablet.. bila nampak kencing cam keruh berkapur je tu dia terus makan extra.. alhamdulillah so far tak berulang.. aku bagi gak dia makan calcium magnesium sebab aku baca kata baik utk elak jugak.. katanya vit c dgn jus lemon tu acidic.. so ianya create environment yg acidic utk elak pembentukan batu karang.. wallahualam..

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:52 pm

      Rai, aku pun pernah baca jugak pasal jus lemon dengan minyak zaitun tu. Tak lalu aku nak mencuba nya sebab ada part minyak tu. Ada lain yang aku jumpa minum satu sudu teh minyak bijan. Eww.. kembang tekak rasanya.

      Vitamin C memang aku jarang makan. Aku tak suka minum something atau makan something yang masam. Limau, oren, sunquick memang aku tak makan. Epal pun aku tak makan. Gigi aku sensitif.

       
      • kesoma

        16/01/2014 at 5:56 pm

        haah.. orang utara kata rasanya memang melugai ah.. tapi aku paksa je laki aku minum..hahaha..

        kalau vit c tu ko boleh telan je..so takde kerisauan pasal gigi sensitif..

        gigi sensitif gunalah pepsodent..hahaha..

         
      • t.a.t.a

        16/01/2014 at 5:59 pm

        Kalau setakat telan capsul itu memang no hal. Tapi bab geget buat epal yg masam tu yg tak kolu aku rasa.

        Aku pakai sensodyne. Tapi tetap fobia bab nak makan benda masam tu.

         
  6. Aziela

    16/01/2014 at 3:38 pm

    Doktor hensem ekkk? Waahhhhh…..sempat minta no tepon tak?

    Oh, yes, ada berbagai2 cara. Antara nak buat dengan tak jer. Ikutlah yang mana sesuai kan…

    Dah ok ker nie? Tak yah gi jumpa dokter hensem lagi ke?

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:53 pm

      Sekarang dah okay dah kak. Doktor hensem tu dapat jumpa sekali aje. Kali kedua doktor lain dah. Huish susah betul nak jumpa dengan pakar yang hensem ni kan?

       
  7. ZonAku

    16/01/2014 at 4:14 pm

    erm,…. aku tgk org sakit macam2 nasihat blh keluar…. tapi bila aku sakit sendiri.. lepas 6 bulan baru aku start treatment…… selagi blh tahan… akan kutahan Jebattttt!!!!

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:54 pm

      Kau pun ada batu karang ke? Apa maksud lepas 6 bulan baru start treatment?

       
      • ZonAku

        16/01/2014 at 5:15 pm

        nauzubilah… jgn la kena batu karang.

        aku jatuh raya aritu, tapi lepas 2 hari baru p amik ubat sebab x leh gerak cergas nk sambut raya. then dah leh gerak, aku x amik further treatment dah… ni baru start, tapi alternative treatment la

         
      • t.a.t.a

        16/01/2014 at 5:18 pm

        oo pasal jatuh tu.

        Cakap pasal jatuh aku pun setiap kali jatuh tak pernah nya nak pergi urut ke apa ke. Aci sakit hilang sudah. Tapi makin tua ni kalau jatuh risau jugak tau.

         
  8. ZonAku

    16/01/2014 at 4:15 pm

    kata x ada gambar…. moskel aku ni!

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:41 pm

      Aku terfikir benda yang sama tadi. Hahaha. Lantak la labu. 🙂

       
  9. @yue

    16/01/2014 at 4:30 pm

    salam t.a.t.a…

    itu pentingnya minum air masak banyak²…
    selain usaha, doa dan tawakal…
    *peace*

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:59 pm

      jawab salam @yue.

      betul tu. paling kurang minum 1.5 liter air setiap hari.

      *double peace* 🙂

       
  10. daddyziyyad

    16/01/2014 at 4:33 pm

    Hospital apa tu ” Hospital Yang Namanya Dirahsiakan” ?
    Saya tanya sebab pelik…awat hospital tu refer case ke Sg Buloh?
    Lepas tu, refer lagi sekali ke Selayang?
    Takkan takde department urology..or even Surgical kat situ? 😛

    Cuba la minum air lobak putih.
    Bau busuk, tapi works on most patients.
    Renal stone boleh berulang.
    Be careful.
    Jgn suka tahan kencing.
    Kurangkan makanan high uric acid
    Kalau ada ambik calcium supplement, make sure ambik sekali magnesium, too increase rate of absorption..calcium yg termendap boleh contribute to calcium renal stone

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 4:40 pm

      Hospital Yang Namanya Dirahsiakan memang tiada deparment tu semua. Tiada. Paling canggih pun xray, tapi xray yang biasa. Hospital ni di kawasan rural, memang tak canggih mana pun. Even nak derma darah pun depa tak buat.

      Saya memang dari dulu memang suka tahan kencing. Tapi lepas kes ini dah jarang dah nak tahan. Tak nak berulang lagi.

      Nampaknya kalau terlebih calcium pun boleh membahayakan kesihatan juga eh?

       
  11. nizam.ariff

    16/01/2014 at 4:57 pm

    Dulu aku pernah minum air lobak putih campur gula batu sikit…utk lawas kencing. Bau air lobak tu mcm air longkang…rasanya pun lebih kurang tu gak. Kena pulak blender lepas blend cili kering….!
    Tapi lepas 2 gelas, lawas…

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 5:00 pm

      woh seriyes lawas? nak cuba la.

      err rasa air longkang? kau pernah minum air longkang/paceran ke?

       
  12. Ibu Sham

    16/01/2014 at 5:24 pm

    Senyum sengeh bab Doktor Encem..
    Kat sini jarang jumpa doktor encem.. unless doktor pakar..
    Tapi kalau doktor pompuan CUN.. yg macam Miss Universe pun ramai..

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 6:02 pm

      Itu hari pergi hospital hantar emak check mata. Wah yang jaga farmasi memang sangat comel lote nya la. Hahaha. Sejuk aje mata ni memandang.

       
  13. tiha

    16/01/2014 at 5:43 pm

    baru2 ni akak ada rasa sakit pinggang,
    bila nk bangun tido rasa berat macam batu kt pinggang…
    patu dengan izin-Nya dia hilang seniri..
    thanks 4 da info..
    🙂

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 6:03 pm

      kak. memang hilang tapi kalau lepas ni sakit tu datang balik seeloknya akak pi cek. sebelum ni pun saya kerap sakit tu tapi abaikan sebab sakit nya datang dan pergi.

       
  14. gadisBunga

    16/01/2014 at 5:54 pm

    hikmahnya sakit tu ko dapat jumpa doktor hensem…syukur…hahaha!!!

    ok, pasni harap-harap tak berulang lagi lah ek. 😀

     
    • t.a.t.a

      16/01/2014 at 6:04 pm

      Aku harap pun lepas ni jangan la berulang lagi.

      Tapi tang jumpa doktor hensem tu memang part of my rezeki la rasanya. Hahaha.

       
  15. ishy77

    16/01/2014 at 8:53 pm

    Salam cikta. Aku ada sakit pjnggang jga.tp sbb lain.huhu.

    Dah berumur dah kita ye. Dah mula keluar pnyakit-penyakit. Dulu biasa dgr org lain je kena.humm

    Benda yg aku suka bila masuk hospital. Doc muda & kacak. Doc perempuan yg lawa…uhukkk2. Selalu tu doc HO la..mmg boleh hilang sakit ooo…kalo doc senior gawangg mcm singa belaka..

    Tq for shring..kne maintain minum air masak byk ni.

    Semoga tak kena lagi batu2 ni. 1.3cm tu kira besarr tak? Ikot pmbaris aku besar la…

     
    • t.a.t.a

      17/01/2014 at 10:04 am

      Chot. Doktor senior nampak garang sebab mereka kena jaga standard keprofesionalism mereka. Baru la doktor junior and pesakit boleh respek. Bukan aje doktor yang hensem kacak lawa, malahan gegirl yang jaga farmasi ubat tu pun manis-manis belaka. 🙂

      1.3cm tu memang besar. Tapi nurse tu ada juga cakap ada lagi patient lain yang lagi besar batu nya. Dah sebesar sebiji telur dah. Aku tak tahu la betul atau tak sebab batu tu mesti duduk dalam salur kencing. Kalau salur kencing kita kecik aje tapi batu nya besar belaka, tak koyak ke salur kencing kita tu?

       
  16. FAIRUS MAMAT

    17/01/2014 at 10:35 am

    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN NI.. SEKURANG-KURANYA SAYA TAHU SIMPTOM ORANG KENA BATU KARANG.. APA-APAPUN, HARAPNYA AWAK BAIK-BAIK SAJA DAN TIDAK LAGI TERKENA BATU KARANG..

     
    • t.a.t.a

      18/01/2014 at 9:24 am

      Benda yang elok kita kongsi bersama. Okay harap nya pun macam tu la. Thanks ya.

       
  17. aizamia3

    17/01/2014 at 10:57 am

    Moga maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

     
    • t.a.t.a

      18/01/2014 at 9:25 am

      InsyaAllah. Harap nya begitu la.

       
  18. alis

    17/01/2014 at 12:03 pm

    ayah saya tahun lepas operate buang batu karang, bila keluar berpasir hasilnya. kos? rm10,000 bayo cash (sbb insurance tak cover dan ayah dah usia lebih 70, as per insurance agent la kan..)

    patutnya total cost ialah rm5,000.. kenapa extra rm5,000? sbb doc yg pasang tiub kencing (sepatutnya dah pasang dia jugak yg bukak kan tiub tuh kan..) pergi holiday between 2weeks tempoh ayah pasang tiub tuh.

    malangnya tak smpai seminggu ayah tak tahan sakit and mintak tiub dibukak segera, so kena pi jumpa doc lain untuk bukak..

    rm10,000 was gone but I am glad lepas tuh ayah dah takde sakit2 lagi, Alhamdulillah. as someone yg fit, masih bergigi kekal at his 70s, and never masuk wad apatah undergo knife, keadaan ayah masa tuh buat saya stress jugak.

     
    • t.a.t.a

      18/01/2014 at 9:27 am

      Umur 70 tahun masih fit? Wah bagusnya. Anak-anak ada yang ikut tak? Hehehe.

      Kalau doktor yang sama buka tiub tu tak kena cas apa-apa ke? Kenapa doktor lain yang buka kena cas? Di hospital yang sama atau lain hospital?

       
      • alis

        21/01/2014 at 11:48 am

        hospital yg sama. doc yg lain.

        pakji ckp if doc yg sama bukak.. xde extra cas. xtau ah.

        aku xtau la ngikut dia ke tidak. takat ni alhamdulillah gg aku walau tidak lawa tidak putih mana.. semuanya masih kekal. hiks.

         
  19. kniedaz

    17/01/2014 at 6:53 pm

    ko ni..cite serius pun ble usha doktor lagi..tapi jangan kata ko, kalau aku pun usha juga..thanks for the info dan aku harap ko tak mengalaminya lagi

     
    • t.a.t.a

      18/01/2014 at 9:28 am

      Fida. Tu pasal orang yang jadi doktor atau nurse ni kan muka kena manis, hensem, comel lote. So that pesakit boleh release tension sakit tu once tengok muka depa. Haha.

      Okay thanks for the wish.

       
  20. eita

    17/01/2014 at 8:56 pm

    akak pun selalu sakit pinggang kdang tu sampai xleh nk bjlan.bile check doc kta air kncing kotor..ntah btol ke x..
    sempat lg tu usha doc smart

     
    • t.a.t.a

      18/01/2014 at 9:29 am

      Better pergi check lebih lanjut kak. Dah melarat nanti kena bedah sana sini. Tak best tau.

      Doktor smart kak. Siapa pun boleh cair. Kah kah kah.

       
  21. Mp

    18/01/2014 at 7:14 pm

    Alhmdulillah..
    Kawan akak baru jer keluar spital lepas buat laser..Tapi masih ada yg tak pecah ..kena masuk spital lagi..
    Terima kasih atas perkongsian ni…

     
  22. murni alfathunnisa

    19/01/2014 at 8:40 pm

    oh daku pun tertipu dengan tulisan biru tu. sampai hati! haha…
    apa pun alhamdulillah..semuanya kembali normal. terima kasih berkongsi. daku pernah dengar petua daddyzzz bagi tu..lobak putih.busuk + tak sedap. tapi banyak khasiat.

     
    • t.a.t.a

      20/01/2014 at 1:54 pm

      Hahahaha. Kesian korang tertipu.

      Tu la kan. Benda yang tak sedap ni la yang banyak khasiat.

       
  23. azieazah

    20/01/2014 at 7:45 am

    Terimakasih sayang kerana berkongsi alternative dan perasaan anda. Yang Kak Azie tertarik ialah, perasaan bila kita tahu tiba-tiba kita ada penyakit yang kita tak pernah sangka. Kekuatan mental untuk bersedia menjadi pesakit itu, memang kena ada dan kena bina kekuatan dari sehari ke sehari.

    And, again. Thanks dear.

     
    • t.a.t.a

      20/01/2014 at 1:56 pm

      Itu baru sakit batu karang. Memang risau kak. Sebab arwah abah saya meninggal pun sebab sakit tu. Saya imagine kalau sakit cancer, mahu rasa terus hilang semangat nak hidup ni. Saya pun baru tahu macam tu rupanya rasa orang yang tiba-tiba doktor beritahu ada penyakit kronik. Fizikal dan mental yang kuat diperlukan.

      Welcome my dear akak.

       
  24. tasekM

    20/01/2014 at 10:41 am

    aku ada perangai buruk suka tahan kencing.

     
    • t.a.t.a

      20/01/2014 at 1:56 pm

      Sama la saya kak.

       
  25. Kak Zakie Purvit

    20/01/2014 at 11:47 am

    Betul usaha doa dan tawakkal nampak berkesan dan berjaya.
    Apa yg kakak nampak kegigihan dan kekentalan jiwa menangani penyakit yg tak diduga.
    Panduan baik buat semua yg membaca N3 ni. Good info.

     
    • t.a.t.a

      20/01/2014 at 2:01 pm

      Thanks akak. Saya harap siapa yang jumpa entry ini akan cuba applykan apa yang saya buat. InsyaAllah.

       
  26. tips

    21/01/2014 at 7:29 am

    2L per day?
    omak ai!!
    syukurlah dah fit 🙂

     
  27. T3PCute

    21/01/2014 at 9:54 am

    wah bagus petua nie.. hubby kawan baik pun kena penyakit batu karang.. puas gak dia berubat

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: