RSS

Lega rasanya.

01 Feb

Ini kisah hari-hari terakhir Budak Praktikal (BP) yang korang semua sayang tu.. 🙂

 

Isnin 27hb. Kunci pintu office patah dan tertinggal dalam keyhole. So office dibuka lewat dari biasa. Sementara tunggu locksmith datang, saya duduk di pejabat depan. Saya nampak orang lalu lalang di koridor. Saya nampak juga BP datang. Bila tengok pejabat masih bergelap, dia tunggu depan ofis. Menebeng di tembok koridor sambil tengok pemandangan di bawah. 9.20am masih tiada siapa yang datang, dia beredar. Takde call, takde sms, sampai petang dia tak tunjuk muka.

Saya tanya bos, “Bos perasan tak BP tak datang?”

Bos jawab, “Tak pe la. Saya dah anggap dia dah habis praktikal sini.”

 

Selasa 28hb. Pagi dia datang macam biasa. Tengah hari dia keluar makan. Dia sms saya beritahu tak dapat masuk waktu petang ada urusan keluarga. Saya forward sms tu pada bos.

 

Tengok reply bos saya.

Tengok reply bos saya.

 

Bos menyampah sebab saya cakap itu praktikal kesayangan dia. 🙂

 

Khamis 30hb. Hari terakhir praktikal. Maaf la tiada jamuan makan-makan diadakan untuk dia.

 

Jumaat 31hb. Bos tanya, “Praktikal dah tak datang?

“Tak.”

“Alhamdulillah. Lega rasanya. 3 bulan tertekan cukup la. Tak payah nak tengok muka dia lagi dah.”

“Tu la orang suruh terminate dulu tak nak. Kesian la konon.”

 

Hahaha.

 

Untuk pengetahuan korang, tiada pensyarah yang datang untuk semakan pelajar praktikal. TIADA! Saya pun terkejut dan hairan. Saya called kolej nya. Macam mana lecturer nak evaluate performance seseorang pelajar ketika praktikal jika tiada yang datang? Orang yang jawab pun tiada jawapan yang munasabah yang nak diberikan.

Saya semak kad kedatangan hariannya, cantik aje semua. In 8.30 am. Out 6.00 pm. Tang datang lewat, balik awal, keluar Jumaat awal, masuk balik lewat, tak pulak dicatatkan dalam kad tu. Hampeh!

Dalam evaluation form bos isi most of them 3 which is memuaskan dan baik. Saya argue dengan bos kenapa isi macam tu? Kalau saya yang isi confirm 1 aje semua nya. Huh!

Bos cakap, tak nak sebab kita nanti rekod dia kotor. Saya boleh aje nak isi ikut yang sebenar, tapi nanti dia berdendam pulak dengan kita. Nanti kalau dia minta kerja pun bukan based on valuation kita yang ini. Masa tu biarlah dia usaha sendiri kalau nak berjaya. Antara kita dengan dia dah sampai sini aje, jangan dipanjangkan lagi.

Dah bos cakap macam tu, saya nak cakap apa kan?

 

p.s. Saya tahu korang pasti rindu dengan dia kan? Pasti nak ingat balik kisah-kisah dulu kan? Tapi malu nak cakap kan?

Kan?

Kan?

Kan?

 

Tak pe, saya faham. Oleh itu saya sertakan sekali link 2 kisah yang pasti akan buat korang tersenyum bahagia yang teramat.

 

Kisah 1.

Kisah 2.

 

Enjoy!!!

Advertisements
 
41 Comments

Posted by on 01/02/2014 in Categorized

 

41 responses to “Lega rasanya.

  1. DrSinga Garang

    01/02/2014 at 4:13 pm

    boleh buat kenduri kesyukuran..

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:42 pm

      Akak support?

       
  2. DrSinga Garang

    01/02/2014 at 4:14 pm

    hahhahaaaa..
    apesal lak keluar avatar ni…
    biar aahh .. malas nak log in wordpress..

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:43 pm

      Nanti orang ingat akak lelaki.

       
  3. The malay male Jr

    01/02/2014 at 5:31 pm

    budak praktikal je, jgn serius sgt.

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:44 pm

      Kena serius. Mana boleh memain?

       
  4. smbotak

    01/02/2014 at 5:44 pm

    nampak tak, sebab tu la boss kau ni memang layak jadi boss…

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:44 pm

      nampak. aku pun kalau nak buat sesuatu keputusan byk tanya pendapat dia.

       
  5. Cik Nur

    01/02/2014 at 7:13 pm

    pernah urusankan budak pratikal..mmg penat..bukan penat mgajar ke ape, tapi penat tgk kehadiran baik sentiasa..padahal..huhuh

    bab pensyarah tu, tahun lepas mmg ada pensyarah diorg datang..
    selamatlah sempoi..kalau x jenuh gak nak mlayan…

    tahun ni, lega sbb xperlu hadap bp dah..huhuhu

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:47 pm

      dalam banyak² praktikal, yang ini memang penat Nur. yang lain sebelum ni ok aje. senang nak deal. yang ini terus give up aku nak cakap apa dah.

       
  6. azieazah

    01/02/2014 at 9:02 pm

    Untungnya budak tu dapat tempat praktikal yg bosnya sangat baik dan lembut hati. Tempat saya memang selalu ada budak praktikal tp jangan harap nak wenang-wenang camtuh.
    Apapun yg paling untung si TATA la sebab dapat bos yang baik cenggitu.

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:50 pm

      Hehehe. untung kan ada bos macam tu..

       
  7. nizam.ariff

    01/02/2014 at 9:04 pm

    Alaa…dia budak lagi.
    Budak baru belajar,
    Ambillah galah tolong rodok rodokkan…

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:50 pm

      Nak rodok kat tang mana?

       
  8. chot

    01/02/2014 at 9:12 pm

    hurmmm..lepas ni…dah xde lagi cerita BP ye? hurmmm…alaaaa..mcm mne ni..rindu la

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:48 pm

      kau pun sama ye Sakinah dengan Abg Shin. rindu kat dia? haha.

       
  9. Shamsiah Abdul Rahman

    01/02/2014 at 10:02 pm

    Belum sempat nak khatam citer 1 & 2.. ada kenduri sikit..
    Tp tgk komen kenkawan yg lain.. mcm bestttttt jer..
    Kompom kena baca gak ni..

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:47 pm

      Kalau akak nak terasa kebengangan nya akak baca la. tapi seelok nya tak yah baca la. hehe.

       
  10. 4feet8

    02/02/2014 at 11:18 am

    aku, kalau nak buat apa-apa, aku selalu ingat, aku ada adik. macamana aku buat kat adik2 org, mcmtu org buat kat adik2 aku. ada adik org praktikal tempat aku, adik aku pun praktikal tempat org..

    jadi kesimpulannya, aku harap kau faham..

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:46 pm

      aku faham. itu orang kata karma. apa yang kita buat kat orang, pasti akan kena balik kat kita.

       
  11. Teena

    02/02/2014 at 3:49 pm

    Saya pun student pract. Kadang-kadang terasa dibuli, tapi nak buat cemane, kita baru lagi kan. Ade jer kawan saya macam budak tu. Ada yang 2 minggu sekali baru nak masuk kerja. Lagi 2 bulan jerrr lagi. Ku kuatkan mental & fizikalku. Haha

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:45 pm

      Teena tak habis praktikal lagi? Rasa macam dah lama sangat dah. Berapa bulan praktikal?

       
      • Teena

        03/02/2014 at 6:56 pm

        Kitorang pract 2 sem. Dalam 10 bulan. Seriously tak sabar giler nak habis. Memang dah lama sgt pun. Semangat nak bekerja pun dah semakin pudar 😦

         
      • t.a.t.a

        04/02/2014 at 9:32 am

        10 bulan?? Hmm no wonder la belum habis lagi. Tak pernah tahu pulak student farmasi praktikal sampai 2 sem. Kat sini biasa 6, 4 atau 3 bulan aje.

         
  12. eita

    02/02/2014 at 8:38 pm

    guane lah kalau dah keje betol2..bankrap tauke kalau pekerja macam ni kan

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:42 pm

      Kerja nanti dia kena berubah. Mana tahu dapat bos yang lagi harsh? Teruk dia,

       
  13. akubudakkkb

    02/02/2014 at 11:52 pm

    namapun budak,esok lusa kot berubah

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:39 pm

      Umur 21. Budak sangat la kan?

       
  14. budak_shinchan

    03/02/2014 at 7:00 am

    pasti merindu pasni.. kata org.. “benci tp rindu”

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:43 pm

      Abg shin pun dah rindu dia eh?

       
  15. BUNDA

    03/02/2014 at 7:41 am

    assalam,

    nama pun praktikal, segala segi masih dalam praktikal…tapi bagi mereka yang berfikiran matang sudah tentu dapat handle semua situasi tanpa menyusahkan orang ramai…

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:41 pm

      Kalau macam tu saya kategorikan dia sebagai belum matang. 🙂

       
  16. Aisyah

    03/02/2014 at 9:49 am

    tata..takpe le..mana tau lps2 ni…lbh byk pengalaman semakin bagus dia di dunia pekerjaan…kan..?

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 1:40 pm

      Haah kan kak?

       
  17. tiha

    03/02/2014 at 12:41 pm

    akak dah lupa sungguh pasal budok nih.
    sape suruh ko remind akak, dah jadi terpikir ni..
    ishhh

     
    • t.a.t.a

      03/02/2014 at 12:59 pm

      Akak rindu dia la tuuu.. kah kah kah.

       
  18. Rai Ourkizuna

    04/02/2014 at 10:30 am

    dah sujud syukur ke belum? buat makan2 kenduri kesyukuran jangan lupa jemput kami.. wakaka…

     
  19. Tukg Padam Papan Putih Cute

    04/02/2014 at 12:28 pm

    Patut report jek dan fail kan.. tak yah pening2 nak bagi lulus.. akak baru nie.. sokong kawan akak failkan student praktikal walaupun supervisor kat industri tuh bg markah lulus.. sebab kawan akak dtg dia boleh tak dtg kerja.. so gagal adalah muktamad…

    Next time.. kalau 1 atau 2 day dia praktikal dah buat perangai.. hantar jek balik.. jangan risau pasal soal markah dia.. dia yang patut usaha kalau nak lulus.. bukan kita pulak yg tolong usaha dia nak lulus… macam dia pulak kerja dengan kita..

    semester lepas pun ada sorang pelajar akak buat perangai camnie masa praktikal.. awal2 akak sound akan gagalkan dia.. last akak bagi tau kat penyelaras.. kalau nak akak handle juga budak nie.. confirm akak bg F..

     
  20. Tukg Padam Papan Putih Cute

    04/02/2014 at 12:34 pm

    Oh ya.. masa akak observe pelajar diploma praktikal.. supervisor kat tempat tuh lagi best ckp dgn akak.. dia hanya tengok performance budak praktikal seminggu jek.. kalau dalam masa seminggu tuh.. dia sibuk main facebook.. buat kerja lain dari kerja kat situ.. memang dia akan kick keluar dari company dia.. dan Alhamdullilah.. student akak tuh memang perform bagus kat situ… dan awal2 lagi siapa student bawah akak.. kalau praktikal buat hal.. tak perlu tunggu supervisor tuh sound.. akak sendiri akak sound budak2 tuh dan bawak kes dia naik ke atas.. kalau perlu gagal.. memang akak akan gagalkan.. sebab markah 60% dari pensyarah menyelia.. 30% dari supervisor dan 10% dari report..

    So next time.. beritahu penyelia atau bagitau kat fakulti dia belajar untuk take action.. mesti ada orang yg boleh dirujuk.. pelik.. macamana pulak call tempat belajar.. tapi takde sapa leh ambil action..

     
  21. cik kakiketawe

    08/02/2014 at 12:56 pm

    bagusnya bos akak…
    syang budak tu…kalau dah baru praktikal aje dah buat hal
    I cant imagine his future…
    kerja dgn government dia boleh slamat sbb xbleh slumber dog di buang..
    kalau kerja dgn syarikat swasta…
    sure awal2 dah kena tendang…
    dia patut bersyukur jd bp kat tmpat akak…
    if I’m ur boss…
    memang wasalam budak tu…

     
  22. Seorang Blogger

    09/02/2014 at 3:51 pm

    kat opis kitaorang, budak praktikal/latihan industri IPTA pong lecturer x pernah datang..

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: