RSS

Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan..

07 Feb

.. di dalam kes ini.

Bos saya cerita masa dia balik Kedah itu hari dia kena sengat dengan lipan. Dia kata lipan tu memang besar.

Saya tak sanggup nak letak gambar lipan. Saya geli tengok kaki lipan yang berjuta itu. Meremang bulu tengkuk saya dah ni.

Saya tak sanggup nak letak gambar lipan. Saya geli tengok kaki lipan yang berjuta itu. Meremang bulu tengkuk saya dah ni.
Maka dengan itu saya gantikan dengan gambar 3 sahabat yang langsung tidak menggelikan ini.

 

Lepas kena sengat tu memang kena pergi hospital. Tak boleh setakat nak sapu minyak aje. Tak tahan sakit. Pergi hospital kena 6 suntikan jarum di tempat yang berlainan.

Dia kata lagi dia bunuh lipan tu, kasi putus nyawa.

Saya: “Ni kiranya guna pakai hukum hudud la ye? Nyawa dengan nyawa?” 

Belum sempat bos nak reply saya sambung balik, “Eh ini bukan nyawa dengan nyawa. Bos hidup lagi ni. Kenapa bos bunuh ia? “

Bos: “Ye la. Dia* dah sengat saya. Saya bunuh la dia*. Saya bukan ada bisa pun nak sengat dia* balik.”

“Tak adil la bos.”

“Dah tu nak bagi dia* lepas macam tu aje?”

“Bos potong la badan ia bagi 2. Yang ekor kasi bunuh, yang kepala kasi lepas. Amacam?”

 

Hahahaha.

 

Kesimpulannya hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan jika pelaku itu seorang yang Muslim dan yang diperlakukan itu pula adalah binatang yang tidak diketahui agama dan keturunannya.

 

Advertisements
 
53 Comments

Posted by on 07/02/2014 in Categorized

 

53 responses to “Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan..

  1. ellynadyra

    07/02/2014 at 9:52 am

    Nk kena sekel?

     
    • ellynadyra

      07/02/2014 at 9:53 am

      Eh gua 1st!

       
      • t.a.t.a

        07/02/2014 at 10:21 am

        tak de hadiah tau.

         
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 10:20 am

      Sekel akak busuk tak?

       
      • ellynadyra

        07/02/2014 at 5:13 pm

        Xde bau

         
      • t.a.t.a

        07/02/2014 at 5:45 pm

        kalau macam tu akak sekelkan akak dulu la.

         
  2. kniedaz

    07/02/2014 at 10:00 am

    hoh…aku baru nak kata, panas betul topik ko arini..memang nak kena sekeh..grr

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 10:20 am

      Fida, aku ni jenis yang so-so aje. takut seh nak buat topik berat dan panas. hahaha.

       
  3. kakcik

    07/02/2014 at 10:03 am

    Ya, hudud itu hukuman yang sangat adil jika kita memahaminya.

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 10:19 am

      Saya sokong kalau Malaysia nak buat.

       
  4. nizam.ariff

    07/02/2014 at 10:36 am

    Itu qisas kut…

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:15 pm

      X jugak. Bos aku dah bunuh ia instead of hanya mencederakan.

       
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:19 pm

      dan lagi bos aku bukan kasi bunuh dengan sengaja.

       
  5. smbotak

    07/02/2014 at 10:45 am

    kau rasa kalau yang gigit tu si ogre hijau, berani ke dia nak bunuh?

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:16 pm

      jangan kan bunuh nak geget balik pun takut.

      gigit? ewww… ogre ni kan mandi lumpur.

       
  6. Dr Singa

    07/02/2014 at 10:48 am

    nam injection!!??
    apokobondo yang Dr tu cucuk sampai nam injection!!!

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:16 pm

      cucuk bagi mati bisa. seb baik tak orang nya yang mati sebab banyak cucuk.

       
  7. ZonAku

    07/02/2014 at 11:07 am

    hahahahah…… aku dl, lipan keluar dr bawah katil.. kelam kabut aku cari pisau besar nk potong dia. x blh guna pisau kecik…. takut kang dia melentok kena tangan aku…

    kawan aku lak pesan, kene bakar dia, kasik ilang bukti. baru pasangan dia x datang…. blh camtu?

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:18 pm

      kalau aku cari kayu atau benda keras yang besar. tapi kan aku ni nak bunuh lipas ke lipan ke cicak ke tak pandai la. tak berani. kesian.

      aku pun dgr jugak macam tu. kes yang sama kalau ular. takut nanti pasangan nya atau family datang balas dendam kat kita. hahaha. tak tahu betul tak.

       
      • ZonAku

        07/02/2014 at 1:58 pm

        aku blh je la…. sebab jenis kejam kot. hati agak kering. tapi yang lecehnya, aku geli… lipan n lipas aku ok, cicak n ular aku geli giler

         
      • t.a.t.a

        07/02/2014 at 2:31 pm

        Emak aku selalu marah kalau ada cicak aku buat tak tahu aje. Tak pun lipas ke. Nak buat macam mana, aku kesian. Nyamuk pun kalau ia datang nak hisap darah aku biar aje. Dah kenyang baru aku jentik bagi ia terbang.

         
      • Dr Singa

        07/02/2014 at 8:52 pm

        mulianya hati mu….

         
      • t.a.t.a

        08/02/2014 at 1:47 pm

        Cuma tak sampai hati aje kak. Mungkin sebab ini juga saya tak ambil medic.

         
  8. tiha

    07/02/2014 at 11:14 am

    yang 6 suntikan tu lebih mengerikan drpd gigitan haiwan berketurunan lipan itu… euwrkk

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 12:18 pm

      memang ngeri kak, tapi kalau dah bisa satu badan, ngeri cucuk jarum belakang cerita la.

       
  9. Shamsiah Abdul Rahman

    07/02/2014 at 1:48 pm

    Tajuk mmg mintak kena jentik je nak dara sorang ni..
    K.Sham lipan ok lagi.. tp jgn bagi ular.. eeiiiii..

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 2:31 pm

      Hahaha. Provokasi punya tajuk.

      Imagine aje kalau benda menjalar itu bergerak ke arah kita.. hehehe.

       
  10. Aziela Azila

    07/02/2014 at 2:34 pm

    Ooo..geli ekk… Akak ok lagi benda2 tu..tapi katak..dari kecik lagi akak dah geli…

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 5:46 pm

      Katak saya okay lagi. Dulu masa Bio kena bedah katak. Tapi saya tak sanggup. Kesian. Saya tengok yang dah dibedah sahaja.

       
  11. chot

    07/02/2014 at 3:34 pm

    kalo lipan tu datang, kasi jentik ahh..kalo dpt tangkap..injekk la 6 jarum gak …bia dia rasa.

    kalo lipas lak datang, lariii ahh..nnt lipas tebang2 masuk dlm tinge..huhu..tak suka lipass

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 5:47 pm

      Kerja nya la nak injek lipan tu sampai 6. Kalau kau berjaya buat, tahniah beteh.

      Buat apa lari? Spray aje lipas tu.

       
  12. aiza mia

    07/02/2014 at 4:04 pm

    hahaha… bunuh gak walaupun dengan idea berlainan..

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 5:49 pm

      hahahaha. tapi ada jugak rasa kesian tau.

       
  13. Cik Nur

    07/02/2014 at 4:56 pm

    kalau kepala kasi lepas..boleh hidup ke lipan tu?
    mati gakkan…

     
    • t.a.t.a

      07/02/2014 at 5:49 pm

      Entah. Tak pernah cuba. Main cadang je tu.

       
  14. Zakie Purvit

    08/02/2014 at 10:52 am

    Kalau hudud dah dinyatakan dlm al-quran pastinya hukum inilah yg terbaik. Kenapa takut kalau tak buat salah. Bimbang terkena diri sendiri itulah yg takut.

    Eh… org cita lipan kakak cita lain sorry…sorry..

     
    • t.a.t.a

      08/02/2014 at 2:00 pm

      Kira masuk jugak la tu kak topiknya. Betul, saya setuju dengan akak. Kebanyakan yang setuju mesti mereka jenis yang tidak suka buat salah. Kalau difikir semula hukum hudud boleh mengelakkan berlakunya jenayah kan?

       
  15. Petak Bunga

    08/02/2014 at 11:03 am

    nak jatuh hukum pun kena panjang soal jawb bukan leh hukum gtu je yo dok?

     
    • t.a.t.a

      08/02/2014 at 1:59 pm

      Betul. Saksi, juri, hakim semua kena ada. Baru adil.

       
  16. cik kakiketawe

    08/02/2014 at 12:40 pm

    cehhh…ini sengal kak…hahahha…
    kalau sy…dah dia gigit sengat sy..
    memang dia perlu siap sedia menerima balasan…haha

     
    • t.a.t.a

      08/02/2014 at 1:58 pm

      Akak agak apa eh kau punya balasan?

       
  17. sepa

    08/02/2014 at 1:44 pm

    sekor lipan sengat tak matikan sorang orang. mgkn 8 ekor atau 12 ekor lipan sengat baru seorang orang akan mati.

    jadi, kalau kita bunuh sekor lipan, bermakna kita belum bunuh lipan yang membunuh, kerana lipan yang membunuh 8 atau 12 (aku agakla…)…

    maka itu, aku rasa, membunuh sekor lipan itu, takhal la… sebab takda yang nak merinduinya.! tp, jika bos kau tertewas oleh lipan itu, nescaya ko akan merindui bos ko itu, sepanjang hayat…!!!

    sekian, terima kasih.

    (pssssst… gonggok pun banyak kaki. ko geli gonggok tak.?!)

     
    • t.a.t.a

      08/02/2014 at 1:58 pm

      8 to 12 lipan dalam satu kumpulan lipan pembunuh. Kalau aku bunuh seekor, ketua kumpulan mesti akan cari lipan pengganti untuk cukupkan korum. Jadi kalau betul nak bunuh lipan pembunuh, kena cari 8 hingga 12 ekor lipan, bunuh kesemuanya baru la aku berjaya mematikan lipan pembunuh. Aku dah faham.

      Tapi tu la bak kata bos aku, sebab dia tak de bisa nak sengat balik lipan tu, tu pasal dia ambil keputusan nak bunuh aje seekor ahli lipan pembunuh itu.

      Yup, aku akan merindui dia. Tapi kejap je la. Tak de la sampai sepanjang hayat.

      Ulat gonggok tak pulak geli. Mungkin sebab ia kecik kot?

       
      • sepa

        08/02/2014 at 5:42 pm

        bro, apsal ikon aku tuh, hurup ‘G’ berbaring. takble letak gamba justinbeiber ker?.

        .

         
      • t.a.t.a

        09/02/2014 at 2:10 pm

        Letak la sendiri. Guna akaun google+

         
  18. nang

    08/02/2014 at 2:54 pm

    lipan comel, apa ? hahahaha
    kecomelan beliau, terletak pada kaki yang ramping lagi runcing tu… 😛

     
    • t.a.t.a

      09/02/2014 at 2:11 pm

      Ewww…

       
  19. kesoma

    08/02/2014 at 6:52 pm

    Perghh..ngan lipan pun nak berkira hukum hudud… Tak agak agak…hahaha…

     
    • t.a.t.a

      09/02/2014 at 2:12 pm

      Dah dengan manusia nanti banyak sangat berkiranya, buat la dengan lipan pulak. Hahahah.

       
  20. Bin Mamat

    09/02/2014 at 2:02 am

    AIK.. HUDUD DENGAN BINATALNG LE PULAK..

    SECARA PERIBADI SAYA AMAT MENYOKONG SEKIRANYA HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN DI NEGARA KITA NI. BUAT MASA NI SEPATUTNYA PERLU DIBUAT DERAF PERNACANGANNYA.. DAN UMAT ISLAM MESTILAH BERSATU PADU TANPA BERPUAK-PUAK.. SAYA YAKIN SATU HARI NANTI HUKUMAN HUDUD DAPAT DILAKSANAKAN..

     
    • t.a.t.a

      09/02/2014 at 2:13 pm

      Aku pun sama. Bagi aku sebenarnya dengan adanya hukum hudud ni la kadar jenayah memang akan betul-betul turun. Dan kalau betul nak laksanakan, buat dengan bersungguh-sunguh, insyaAllah Dia akan permudahkan semua.

       
  21. Amanina

    09/02/2014 at 5:30 pm

    beraninya loyar buruk dgn bos.. ahaha. kalau manager nina dh lama kena ketok. hehee

     
    • t.a.t.a

      10/02/2014 at 5:28 pm

      Dah biasa dengan bos macam tu.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: