RSS

Upah ‘ia’ sebenarnya.

14 Feb

Baru-baru ini staff pejabat depan tanya kalau-kalau saya kenal orang yang boleh mengubat tapi dengan cara Islam. Tak nak orang yang suruh dia bawak yang bukan-bukan.

Saya pun dok fikir bersungguh-sungguh siapa yang boleh ubatkan ya. Langsung lupa yang sepupu saya memang kerjanya ubatkan orang, dan baru saya perasan yang selama ni kalau sesiapa datang berubat dengan dia, dia memang tak minta apa-apa pun. Cuma dia ada syarat sahaja.

Kenapa tiba-tiba saya tulis pasal ni?

Dah tengok muka depan Metro hari ini?

IMG_20140214_081906

Perkataan TANGKAL itu sendiri bermaksud syirik. Percayakan sesuatu selain Dia.

 

Memang kerap kita dengar kan kalau nak berubat orang akan minta telur ayam kampung, pulut kuning, kambing panggang, jarum, duit 25sen dan macam-macam lagi permintaan yang tak masuk akal dan kadangkala rumit nak disediakan.

“Tapi kalau tak minta dan tak disediakan nanti aku atau keluarga aku yang sakit sebab ubatkan kau.”

Bagi pendapat saya, sakit itu sebenarnya datang nya dari ‘ia’. Kita buat baik pada orang lain, mesti ada yang cemburu kan? Apa kerja syaitan? Menyesatkan dan menghalang manusia dari buat baik kan? Jadinya ‘ia’ pun datang lah dan kacau pada orang yang buat baik tu. Bila si pembuat baik itu mula sakit, dia pun terfikir macam mana nak elakkan sakit ini. “Kalau macam ni aku kena minta sesuatu dari pesakit ni. Kalau tak aku yang sakit. Tak sanggup tahan sakit macam ni.”

Nampak. Dah terpesong sikit dah.

Si sakit ni pula bila diminta sediakan itu ini, akan segera setuju dengan segala syarat. Eh, nak baik tak? Nak baik kena dengar cakap orang yang nak ubatkan kita kan? So terpaksa la setuju.

Siapa kah orang yang paling dipercayai kata-kata nya? DOKTOR kan?

Kan?

Kan?

🙂

 

Berbalik pada syarat di atas, ada 2 syarat yang kena patuhi.

“Yang pertama kau kena bawak barang.”

“Apa dia? Telur busuk?”

“Bukan. Barang nya ringan aje. Ringan masa kau datang, tapi berat masa kau dah balik.”

“Apa dia?”

“Terpulang pada kau la nak atau tidak.”

“Apa dia?”

“Syarat yang kedua kena datang malam.”

“Hmm..?”

“Apa dia kena bawak?”

“Kau kena bawak tong air kosong. Nak isi air. 🙂 “

“Haiyo wak kau Ta. Tak pe. Kosong kosong. Adil. Okay.”

“Hahaha. Terpulang kau la. Kalau nak buat mandi kena guna botol besar. Dia kata paling kurang botol 5L.”

“5 liter? I gelen?”

“Haah. Tapi kalau botol kecil bawak la banyak sket. Ye la buat mandi kan? Pastu nak minum lagi.”

“Hmm.”

“Syarat ke 2, nak tahu kenapa kena datang malam?”

“Kenapa?”

“Ye la, kan sepupu aku tu sembahyang kat masjid..”

“Haish kau ni!”

“Hahaha. Ye la. Kan sekarang Isyak dah lambat. Tunggu lama karang. Hahaha.”

 

p.s. Perbualan terakhir dengan staff itu sebelum dia bertukar cawangan. 😦

p.s.s Entry yang sekadar berkongsi pendapat dan cerita dengan korang semua. Salam Jumaat sekalian. Jangan lupa salawat tau. Always! Bukan hari Jumaat aje. 🙂

 

 

Advertisements
 
45 Comments

Posted by on 14/02/2014 in Categorized

 

45 responses to “Upah ‘ia’ sebenarnya.

  1. Dr Singa

    14/02/2014 at 9:28 am

    kan?
    kan?

    yaaa!!!

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:17 am

      haaa tau pun kan?

       
      • Dr Singa

        15/02/2014 at 10:58 am

        sebab tu ramai [ insya allah bukan saya ] yang menyalah gunakan kepercayaan itu..

         
  2. Kay

    14/02/2014 at 9:28 am

    kat mana?

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:17 am

      Area Kuala Selangor.

       
  3. ewan

    14/02/2014 at 9:36 am

    berubat lah di darul syifa’, pusat perubatan islam.

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:17 am

      jauh jugak tu nak pi.

       
  4. Tinta Kibod

    14/02/2014 at 9:50 am

    Cik Ta..
    lenkali dialog guna warna berbeza ek hihihi…
    *knp dia bertukar cawangan?*

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:18 am

      korang ingat warna tu ada link eh? hahahaha.

      nape tukar cawangan? semua manager jabatan dia kena tukar cawangan. satu negeri.

       
  5. smbotak

    14/02/2014 at 9:52 am

    betul, zaman sekarang ni orang yang mengubat secara ikhlas ni tinggal kat kampung2 je. tak mintak upah, cuma ikut pada kita nak bagi berapa. sekampit gula dengan secupak beras pun dia tak kisah.

    sebab memang dah syarat masa ilmu tu diperturunkan kot. tak boleh buat keuntungan, cuma niat nak menolong je. indah kan ilmu orang zaman dulu?

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:19 am

      betul. setiap kali dia ubatkan orang, dia kerap cakap, “Aku cuma tolong aje.” sebagai pengingat pada diri sendiri. Siang dia buat kebun.

       
  6. Rai Ourkizuna

    14/02/2014 at 9:57 am

    susah betul banyak banyak syarat ni.. bagi duit je suh beli sendiri tak boleh? hehehe

    mak aku selalu la kena kes orang mintak pengeras mahal kemain..mak aku pun layankan je.. tengok takde perubahan apa pun..kesian mak aku..

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:20 am

      haah kan rai. hahahaha. lagi senang.

      mak kau sakit apa rai?

       
  7. chot

    14/02/2014 at 9:59 am

    lepas dia tukar cawangan, masalah dia tu setel ke tak?

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:20 am

      aku belum sempat tanya. dia belum pergi berubat lagi pun.

       
  8. sudipvssenduk

    14/02/2014 at 10:04 am

    perbualan terakhir? Hhmmmm… dia tak de whatsapp ke? hihihi

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:20 am

      ada kak. tapi jarang on. alasan nya nanti bateri cepat weak.

       
  9. Zakie Purvit

    14/02/2014 at 12:03 pm

    Apa jadi pada dia lepas itu? pindah atau dipindahkan?
    Macam ada yg tak kena pulak..

    Syaitan suka menyesatkan itu yg kita kena ingat.

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:21 am

      Dipindah kan. Semua pengurus untuk satu negeri kena tukar.

       
  10. nang

    14/02/2014 at 12:39 pm

    berubat cara islam , lagi selamat, kan ? hehehe
    kalau pergi jumpa doc, msti doc cakap, tak da sakit apa2 pun…

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:21 am

      kau nak tahu seroja, sepupu aku tu anak nya sorang jadi doktor.

       
  11. cikviva

    14/02/2014 at 1:22 pm

    takkan tak tau bda2 camtu syirik kan..pg la berubat dgn doc ke, ustaz ke..

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:22 am

      CV, tahu tapi ada sesetengah fikir dalam berubat benda tu “dibenarkan.”

       
  12. Tihara_HT (@TiharaSM)

    14/02/2014 at 1:24 pm

    berubatlah cara Islam,
    tak pun cara hospital,
    nice story
    salam Jumaat Tata kuu

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:22 am

      Salam Jumaat juga kakak kuuu.

       
  13. Alis Mysara

    14/02/2014 at 1:47 pm

    penah laa berubat cara islam.

    kena habiskan madu satu botol! sebulan or less kot kena habiskan.

    “nak tahu siapa yg hantar tak ni?” ustad tuh tanya.

    “takpelah acik, thanks but no thanks”

    eksen kan aku masa tuh, hahahaha!

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:24 am

      bagus la kau lis, kalau aku pulak aku nak tahu siapa yang hantar. tapi aku sorang aje yang tahu. family lain jangan tahu. aku just nak tahu sahaja. untuk aku balas balik perbuatan dia, mungkin tidak.

       
  14. Aziela Azila

    14/02/2014 at 2:22 pm

    Doktor juga kannn…hehehehehehe.

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:24 am

      haah kan? hehehe

       
  15. sylarius

    14/02/2014 at 5:18 pm

    Orang dulu-dulu kalau tolong ubatkan tak mintak upah sebab dah biasa hidup bermuafakat satu kampung. Sebab tu kot kebanyakan orang-orang dulu tak berkira sangat dalam hal duit.

    Ada masa orang lain susah, kita tolong. Time kita susah, orang kampung akan tolong balik.

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:26 am

      Bila tak berkira sangat pun tapi rezeki mereka tetap cukup kan? Itu namanya rezeki berkat. Rahsia Allah pasal rezeki ni memang tak siapa tahu.

       
  16. eita

    14/02/2014 at 8:54 pm

    zaman dah maju sekarang ni masih ada jugak yang percaya kat bomoh…susah betol nak fikir masalah ni..

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:25 am

      kak, orang-orang bandar yang canggih moden tu pulak tau yang lagi percaya dari orang kampung.

       
  17. Pembunuh Tanpa Bayang

    15/02/2014 at 8:56 am

    aku kenal seseorang yang boleh mengubat,tanpa meminta bayaran atau benda-benda pelik.
    dia mengubat menggunakan doa dan ayat Al-quran.aku sendiri lihat cara dia mengubat..dan dia akan buat solat hajat tahajud.setiap malam akan baca ayat Al-quran hingga pesakit dia sembuh.

     
    • t.a.t.a

      15/02/2014 at 9:28 am

      itu amalan biasa kalau betul-betul ikut cara Islam. bacaan nya jelas. ada 3 orang sekaligus datang masa malam tu, dia cakap abang dia bomoh. tapi dia tak nak berubat dengan abg nya. kenapa? sebab dia kata bacaan abg dia bercampur bahasa siam. dia tak yakin.

       
  18. budak_shinchan

    15/02/2014 at 12:24 pm

    scary ngan makhluk halus.. scary ngan terpesong akidah.. memintak di jauhkan

     
  19. Cik Nur

    15/02/2014 at 6:09 pm

    boleh nak berubat, tapi pastikan tidak terpesong..!

     
  20. Petak Bunga

    15/02/2014 at 7:41 pm

    allah tak akan letakan ubat kat sesuatu yg jelas haram.
    nak berubat mesti cari yang halal..yang haram tak akan ada ubat kat situ..

     
  21. Amanina

    15/02/2014 at 8:31 pm

    kadang2 xfaham dengan sesetengah org dh tau itu syirik masih lg nk buat..

     
  22. 4feet8

    15/02/2014 at 11:54 pm

    err.. yg bertukar cawangan itu adam kah..?
    aku pernah berubat kat daru shifa bangi Dr Harun Din tu. tak perlu byr apa-apa. tapi kalau nak byr juga, letaklah seikhlas hati kat tabung dia..

     
    • 4feet8

      16/02/2014 at 12:58 am

      kalau kau baca entry terbaru aku, mesti kau tahu kenapa aku pergi darusshifa..

       
  23. Shamsiah Abdul Rahman

    16/02/2014 at 4:54 pm

    Bab ni la yg selalu org Islam terkena..
    Dulu ada sorang kakak kt sini yg kononnya boleh mengurut.. tapi bila dia kata “upah” dia “terpulang” lah TAPI mesti nombor ganjil.. terus K.Sham x jadi nak pi berurut dgn kakak tu.

     
  24. murni alfathunnisa

    16/02/2014 at 7:43 pm

    darus’syifa aje..dah banyak cawangan sekarang. heran kenapa orang still percaya ‘rawatan’ yang mintak pelik2 tu..

     
  25. Seorang Blogger

    17/02/2014 at 10:28 pm

    kadang.. macam tak masuk akal pikirkan zaman moden ni ada lagi orang yang caya kat bomoh2 ni

    tapi, memang ada

    dan selagi ada yang percaya tu selagi tu lah ‘ia’ tetap berleluasa hmmmmm

     
  26. aby

    19/02/2014 at 12:43 am

    dalam permintaan yg kadang2 tk masuk akal pun masih ramai org cari tok dukun mcm ni ..
    urip pay wong wes dhadhi morat marit

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: