RSS

Berdasarkan cerita di atas, sila jawab soalan di hujung perenggan.

28 Mar

 

“Jadi urusan saya dengan pihak polis dah settle, sampai sini sahaja kan?” Tanya saya pada pegawai polis yang bertugas menerima laporan.

“Eh belum lagi. Belum habis lagi. Kena tunggu sarjan dulu.”

“Tunggu sarjan?” Tanya saya kebingungan.

“Ye tunggu sarjan. Nak ambil gambar semua.” Balas polis tu lagi.

Kata-kata polis itu disokong dengan anggukan oleh pemuda bangsa Cina yang hadir dulu sebelum saya.

“Haa?” Kepala cepat menoleh ke arah jam dinding di sebelah kiri. Tepat 8 malam. Hati saya gusar.

“Kenapa? Ada urusan lain ke?” Tanya polis tu lagi.

“Saya belum solat.” Pendek je saya jawab.

“Oh tak pe. Kat hujung sana ada surau. Keluar bilik ni terus hingga ke hujung bangunan. Belok kiri, terus nampak surau.” Polis tu memberi petunjuk.

Saya bangun. Ucap terima kasih dan keluar.

Saya berjalan hingga he hujung bangunan dan pusing kiri.

Tak nampak ada surau pun. Yang ada cuma bangunan stor tempat simpanan kereta-kereta dan motor-motor yang terbengkalai yang saya percaya ia adalah kes trafik.

Kawasan sekeliling gelap. Cuma berpandukan pada cahaya dari lampu dalam bangunan. Samar-samar.

Saya patah balik ke bilik laporan tadi.

“Maaf nak tanya. Saya tak jumpa surau.” Masih pegawai polis yang sama.

Dia bangun dan keluar dari bilik. “Terus sampai hujung bangunan, belok kiri, keluar terus pintu pagar. Kat situ ada surau.”

“Oh, kena keluar pagar ye?” Saya tak perasan pun di situ ada pintu pagar.

Pegawai itu angguk. “Terima kasih.” Ucap saya.

 

Saya turuti semula tapak tadi. Saya jalan terus dan nampak pintu pagar. Alhamdulillah.

Saya keluar pintu pagar. Saya pandang sekeliling. Tiada pun bangunan serupa surau. Depan saya cuma ada sebuah rumah warna putih. Gelap. Ada sebuah kereta parked di lamannya. Warna putih juga. Tak perasan kereta jenis apa.

Sebelah kiri pula ada rumah penjana elektrik. Kalau saya terus lagi ikut jalan ini saya akan jumpa bangunan quarters polis. Dalam tu ada surau ke?

Saya bingung. Dari tadi memang kedengaran bacaan ayat Al-Quran. Lebih kepada suara orang sedang belajar dan mengajar mengaji. Saya berjalan ke depan, cuba turuti suara tersebut.

Tiba-tiba saya berhenti. “Itu suara mengaji dari masjid sebelah sana. Tak kan masjid itu yang pegawai tadi maksudkan? Dia kata surau, bukan masjid.”

Kalau ya pun masjid tu yang dimaksudkannya, macam tak masuk akal pula. Nak pergi masjid tu saya kena menaiki kenderaan. Agak jauh. Saya belek jam tangan. 8.15 pm.

Hati makin gusar.

Saya berjalan terus dan berdiri di tepi tiang. Saya berpusing dan menghadap ke arah pintu pagar tadi. Mata pandang sekeliling. Memerhatikan setiap bangunan yang ada.

Saya buntu.

“Ya Allah, sudah Kau uji aku dengan kemalangan ini, jangan la Kau uji aku pula dengan tidak menampakkan rumah Mu. Aku mohon pada Mu ya Allah, tunjukkan lah aku rumah Mu. Aku ingin sujud pada Mu ya Allah.”

Dari seawal kejadian lagi selawat dan istighfar tak pernah lekang dari bibir dan dari dalam hati. Saya teruskan mantra istighfar diselangi selawat nabi.

Saya ambil keputusan untuk berjalan balik menuju ke pintu pagar tadi. Saya berhenti. Saya berdiri dan berpusing ke belakang menghadap ke arah rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya.

Saya tenung rumah itu.

Lama.

Tidak semena-mena kepala saya terdongak. Saya pandang ke atas ke arah bumbung rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya.

Bibir mengukir senyum.

Hati terasa tenang.

Tenang sangat.

 

Ya Allah ya tuhan ku, aku bersyukur pada Mu ya Allah, aku bersyukur yang teramat pada Mu. Terima kasih ya Allah kerana tunjukkan aku rumah Mu itu.

 

Rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya itu sebenar nya adalah SURAU!

 

 

Jadi, berdasarkan cerita di atas, sila jawab soalan ini.

 

BAGAIMANA KAH SAYA TAHU YANG RUMAH-PUTIH-GELAP-YANG-ADA-KERETA-PUTIH-DI-LAMANNYA ITU ADALAH SURAU?

 

Advertisements
 
77 Comments

Posted by on 28/03/2014 in Categorized

 

77 responses to “Berdasarkan cerita di atas, sila jawab soalan di hujung perenggan.

  1. nizam.ariff

    28/03/2014 at 11:05 am

    sebab nampak malaikat angguk2kan kepala tanda ‘ya, itu surau’…
    ?

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 11:06 am

      Wow. Aku pun tak terfikir macam tu.

       
  2. ewanthology

    28/03/2014 at 11:16 am

    sebab papan tanda letak kt atas

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 12:19 pm

      No papan tanda.

       
  3. Petak Bunga

    28/03/2014 at 11:43 am

    sebab Allah dah bukakan pintu hati tata.

     
    • Petak Bunga

      28/03/2014 at 11:44 am

      kira macam boleh melihat dengan mata hatilah gitu..

       
      • t.a.t.a

        28/03/2014 at 12:24 pm

        Dia bukakan pintu hati aku untuk pandang ke atas.
        Tapi apa kah bendanya yang buat aku yakin itu adalah surau?

         
  4. sylarius

    28/03/2014 at 11:43 am

    Sebab kat depan ada pili tempat ambik wudhu kot? Hehe

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 12:23 pm

      Kalau ada pun tak nampak.

       
  5. 4feet8

    28/03/2014 at 12:03 pm

    sbb rasa konfiden itu adalah surau..?

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 12:23 pm

      tak jugak. aku ingat itu rumah.

       
  6. Lizzie

    28/03/2014 at 12:41 pm

    Sbb surau selalu ada banyak tingkap.

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 3:22 pm

      Bukan. Yang ini mmg nampak macam rumah.

       
  7. budak_shinchan

    28/03/2014 at 1:08 pm

    sbb ada lambang bulan sabit ..

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:58 pm

      Nope abg shin.

       
  8. Petak Bunga

    28/03/2014 at 1:35 pm

    Ooo..ada ayat quran..
    tak pe allah muhd.

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:57 pm

      Kat mana letaknya?
      Tak nampak. Gelap.

       
      • Petak Bunga

        28/03/2014 at 7:45 pm

        Sb bumbung lain warna biru.

         
      • Petak Bunga

        28/03/2014 at 7:47 pm

        Bumbung lain warna biru

         
      • t.a.t.a

        29/03/2014 at 9:01 am

        Gelap. Tak nampak semua tu.

         
  9. Rai Ourkizuna

    28/03/2014 at 1:49 pm

    nampak bulan sabit..

    erghh..dah dua hari aku cuba komen kat blog ko ni!!!
    pakai proxy baru boleh…hahaha

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:53 pm

      Apsal eh Rai. Bukan aku letak password ke apa ke.

       
      • kesoma

        30/03/2014 at 11:07 am

        aku saspek internet opis aku yg block. Kalau aku bukak kat mobile ok je ni..

         
  10. cikviva

    28/03/2014 at 2:08 pm

    saspen pulak aku baca cite nih, ada tulis surau kot..

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:54 pm

      CV, kalau ada pun aku tak nampak. Gelap maa.

       
  11. Kay

    28/03/2014 at 2:17 pm

    nampak corong pembesar suara.

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:58 pm

      Betul!!!

      Yayyyyy..

       
      • aizamia3

        30/03/2014 at 7:32 am

        terlambat baca entry ni..
        soalannya terletak bila mendongak ke atas.. nampaklah corong pembesar suara.. 😉

        psstt: jauh sangat suraunya + luar pagar n gelap pulak tu..

         
  12. Tinta Kibod

    28/03/2014 at 2:27 pm

    nampak Nur…
    errghhh misteri la cerita ni…
    *apapun menantikan cerita pasal kemalangan tu*

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:54 pm

      Kau sorang aje yang tanya pasal kemalangan tu. Hehe.

       
      • ellynadyra

        29/03/2014 at 9:50 pm

        Aku dh tau cite so xyah tanya

         
      • Tinta Kibod

        03/04/2014 at 8:32 am

        penantian suatu penyeksaan tau cik Ta…

         
  13. al-lavendari

    28/03/2014 at 2:49 pm

    Cobaan ..

     
    • al-lavendari

      28/03/2014 at 2:50 pm

      Yess berjaya komen ..

       
      • al-lavendari

        28/03/2014 at 2:51 pm

        Tak yah lah jawab sbb dah ramai yg jawab.

         
      • t.a.t.a

        28/03/2014 at 3:21 pm

        Tahniah Pak Ngah! Hahaha.

         
  14. Aziela Azila

    28/03/2014 at 3:00 pm

    Nak jawab macam yang orang lain dah jawab. Nampak tanda bulan sabit kat atas tu…

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:57 pm

      Xde bulan sabit kak.

       
  15. Ishy Angel

    28/03/2014 at 3:23 pm

    sebab nmpak ada hamba Allah tengah sembayang dlm tu kot

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:55 pm

      Gelap la sayang, mana nampak.

       
  16. elly nadyra

    28/03/2014 at 3:24 pm

    tengah ko mendongak ke atas, tetiba ada sekelan di kepala ko dari arah belakang.
    “dik, yang ko termenung tu kenapa? pi solat cepat, tu depan ko tu kan surau, nampak tak jam kul brapa? ko nak kena sekel ke tak solat2 lagi?”
    betul tak?
    mesti betul kan!
    ko ni kan tata
    wakkakakakakkakakakka

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:56 pm

      Aduh, aduh, aduh.
      Ye la, ye la!
      Nak solat la ni.
      Tak yah aa nak sekel² org.
      Org pun ada sekel tau.
      Huhu.

      Hahahaha. Hampeh la kau kak.

       
  17. ziemarziah

    28/03/2014 at 3:34 pm

    saya tak rasa atas bumbung ada bulan sabit..kalau ada mesti awal2 akak dah nampak kan..ni mesti sebab lain ni…erm apa ye?hehehe

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 5:55 pm

      Betul tu Zie. Hehehe.

       
  18. jenanese

    28/03/2014 at 6:32 pm

    perkara yang paling menonjol di dalam kes ini ialah kereta putih di laman rumah tersebut.

    persoalannya, penulis tidak menerangkan kepada umum jenis kereta tersebut. adakah ia sejenis kereta sedan atau sejenis kenderaan pelbagai guna (MPV)?

    jika kita perhalusi, kereta tersebut adalah berwarna putih yang juga adalah warna kebanyakan kereta jenazah di malaysia. sekiranya ia adalah MPV, maka ia menguatkan lagi teori yang mengatakan bahawa penulis dapat mengetahui bahawa rumah itu adalah surau kerana terlihat kereta jenazah yang biasanya ada di surau-surau.

    tetapi pernyataan penulis yang mengatakan beliau melihat bumbung rumah dan merasa lega menjadikan teori ini salah.

    jadi bumbung rumah adalah klu utama dalam kes ini.

    bumbung masjid dan surau biasanya mempunyai bulan dan bintang di atasnya. Namun penulis awal-awal sudah menyatakan bahawa beliau tidak dapat melihat bulan dan bintang tersebut kerana sumber pencahayaan yang kurang.

    jadi apakah benda yang selalu ada di bumbung surau/masjid dan boleh dilihat walaupun dalam keadaan kurang cahaya?

    untuk mengatakan bahawa bumbung tersebut adalah berbentuk kubah adalah terlalu mudah. penulis pastinya sudah dapat mengecam bumbung berbentuk kubah dari awal-awal lagi.

    jadi saya rasa, apa yang penulis nampak adalah corong pembesar suara.

    corong pembesar suara biasanya diletakkan di atas bumbung surau tetapi tidak terlalu tinggi seperti bulan dan bintang.

    dengan kedudukan yang tidak terlalu tinggi dan dibantu dengan cahaya dari bangunan-bangunan lain, corong pembesar suara mudah dilihat.

    jadi..

    corong pembesar suara, guilty as charged.

     
    • t.a.t.a

      28/03/2014 at 6:55 pm

      Giler panjang komen/ulasan kau pasal karangan ini. Hahaha.

      Jawapan kau betul. Aku tak pasti sama ada jawapan ini kau fikir sendiri atau kau baca komen di atas. Sebab di atas sudah ada seorang yang berjaya jawab jawapan yang sama.

      Tapi apa pun aku suka komen/ulasan kau. Ia ada unsur-unsur Sherlock Holmes. Aku suka.

      Tahniah Jeb, kau berjaya jawab.

      🙂

       
      • ellynadyra

        29/03/2014 at 9:53 pm

        Aku suka la komen pjg lebar ni huhuhuhu

         
  19. jenanese

    28/03/2014 at 7:18 pm

    ehhhh..dah ada orang jawap ke?

    adusss..lambat..

     
    • t.a.t.a

      29/03/2014 at 9:00 am

      It’s okay jeb. No present available pun.

       
  20. azieazah

    28/03/2014 at 11:33 pm

    Ehh awak eksiden ker. Langgar apa? Teruk dak?

     
    • t.a.t.a

      29/03/2014 at 9:00 am

      Langgar orang kak. Alhamdulillah saya okay. Orang-orang tu pun okay juga. Alhamdulillah.

       
  21. Tihara_HT (@TiharaSM)

    29/03/2014 at 9:35 am

    bila kau accident tata?
    hati-hati membawa kereta yea,
    ayat macam makcik2 plok..
    btw take care dear..
    makcik omptih 🙂

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:57 pm

      yo la makcik yang cakap omputeh hah.
      eden hati-hati yo lain kali bawa keta.

       
  22. Henrietta Jose

    30/03/2014 at 2:42 pm

    Sebab ada dome…kan kan kan…

     
  23. Henrietta Jose

    30/03/2014 at 2:45 pm

    Ooo pembemsar suara, bukan dome..hehehe…

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:58 pm

      Jawab sendiri lepas tu betulkan sendiri jawapan. Hahaha.

       
  24. Ahmad Izuddin

    30/03/2014 at 6:12 pm

    haha ingatkan sebab kubah dah. pembesar suara rupanya.

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:58 pm

      Kalau betul kubah memang dari jauh la dah boleh tahu itu surau.

       
  25. Dr Singa

    31/03/2014 at 11:50 am

    peh..
    soalan macam dalam kertas periksa Bahasa Malaysia Pemahaman !!

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:57 pm

      Meh meh meh. Ni kertas BM 1 ni.

       
  26. okje

    31/03/2014 at 1:35 pm

    Eksiden ke Tata? Siannya…..
    Tak de org yg solat ke masa tu Tata….gelap gulita jer dpd cite awak tu…

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:56 pm

      Memang tak de orang pun kat situ.
      Tu yang ingat rumah tu.

       
  27. Zakie Purvit

    31/03/2014 at 2:11 pm

    Accident ke tata? takziah tapi alhamdulillah masih diberi kekuatan.
    Dah dongak nampak kubah suraulah tu baru tahu surau ye dik?

    Kena sujud syukur memang kerana selamat tanpa cedera masa accident.
    Cerita accidentnya dah lepas ke?

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:56 pm

      Haah kak, accident.
      Sujud syukur sekali masa maghrib tu.
      Accident masa 14.2 lepas.

       
  28. zonAku

    31/03/2014 at 3:49 pm

    aku kagum ngan komen2 y lain… hahahahah
    kalau aku, aku suruh dia temankan aku pegi..

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:55 pm

      aku tak terpk pulak nak suruh dia teman aku cari surau tu.
      lagi pun lepas aku tu ada orang lain lagi nak buat report.

       
  29. FAIRUS MAMAT

    31/03/2014 at 4:58 pm

    MUNGKIN TERNAMPAK PEMBESAR SUARA.. BETUL TAK?

    HEHEHE… DAH BACA JAWAPAN TADI.. 😛

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:55 pm

      haha. jujur jawapan kau.

       
  30. kniedaz

    31/03/2014 at 9:43 pm

    pergh…sebab aku lambat baca entry ko..so aku baca je komen2 utk tau jawapan..hehehe..ko excident ke ta?

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:54 pm

      haah. langgar orang.

       
  31. aby

    31/03/2014 at 11:02 pm

    salam tata ..
    pengalaman solat dimerata pejabat .. memang kadang2 tempat solat tu sekadar satu ruang kecil sekadar boleh muat 2 org .. tp tetap dipanggil musollah juga .. tp dpt la juga melepaskan kewajipan juga ..
    wong lain wes njawap soalan ..
    nyong orak payah la yor ..

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:54 pm

      iyok la kang. wes la orak payah njawap. orak entok opo-opo pun. orak enek hadiah heh.

       
  32. cikpuanlawa

    01/04/2014 at 11:06 am

    yang penting awok tu selamat …

    dah settle blom…?!.. solat isya’ sekali tak kat situ…. ade tempat berhadas dan berwudhuk tak.. !?

    mesti la ade kan sebab surau kan.. 😉

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:53 pm

      CPL confirm ada, tapi tak sempurna. Paip tak de air dalam toilet. Suis lampu tak berfungsi.

       
  33. Tukg Padam Papan Putih Cute

    01/04/2014 at 5:11 pm

    camna dah selesai urusan kemalangan ke? hati2 di jln raya ye

     
    • t.a.t.a

      01/04/2014 at 5:53 pm

      Dah setel kak. Ini cerita dua bulan lepas.

       

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: