RSS

Menginsafi Musibah

18 Apr

Salam Jumaat semua.

Ujian menjalani kehidupan memang sangat mencabar. Kadang-kadang kita diuji dengan kesenangan dan nikmat. Kadang-kadang pula kita diuji dengan kesusahan dan musibah. Namun, di sebalik musibah dan kesusahan itu, Allah menyediakan sesuatu kebaikan yang mungkin belum kita ketahui.

Firman Allah SWT dalam surah al-Syarh ayat 5-6 :

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

Segala musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia sudah pasti mengandungi beberapa hikmah. Ada musibah yang ditimpakan kerana dosa dan kesalahan sebagai hukuman Allah ke atas hamba yang ingkar kepada perintah-Nya. Ada pula musibah yang ditimpakan sebagai peringatan. Mudah-mudahan dengan peringatan itu, manusia akan kembali mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi perintah-Nya, menegakkan agama-Nya dan meletakkan pergantungan dan harapan hanya kepada-Nya.

Sama ada sedar ataupun tidak, sebagai contoh kehilangan pesawat seperti yang diketahui umum begitu juga dengan banjir yang telah berlaku di beberapa negeri, kemarau yang berpanjangan diluar jangkaan, gempa bumi yang memusnahkan alam sekitar, menghancurkan harta dan kehidupan, bahkan berbagai wabak penyakit yang merebak menyerang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta berbagai bentuk kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan, kebakaran dan lain-lain. Semuanya ini mengajak kita untuk mengambil iktibar, sedar dan menginsafi betapa besarnya kekuasaan Allah Yang Maha Agung.

 

– Petikan teks khutbah Jumaat hari ini 18.04.2014.

Advertisements
 
29 Comments

Posted by on 18/04/2014 in Categorized

 

29 responses to “Menginsafi Musibah

  1. kniedaz

    18/04/2014 at 9:35 am

    Salam Jumaat Ta..
    Betul la..semua benda yang jadi ada sebab..dan bukannya kita kena terima je tapi kena la muhasabah diri..tapi biasalah ..dah nama manusia…suka kritik dan kutuk dulu baru nak sedar…

     
    • t.a.t.a

      18/04/2014 at 9:55 am

      Tapi kalau jenis yang ego, kritik ke kutuk ke memang tak jalan dah. Kan? Jenis yang tak boleh nak muhasabah diri.

       
  2. kniedaz

    18/04/2014 at 9:36 am

    Uiii…pestaim aku org first…jom belanja aku ngeteh hahaha

     
    • ellynadyra

      18/04/2014 at 9:46 am

      Nk follow

       
      • t.a.t.a

        18/04/2014 at 9:54 am

        Okay, will do. One fine day okay girls?

         
      • Aziela

        18/04/2014 at 10:40 am

        Nak ikut gakkk….

         
      • t.a.t.a

        19/04/2014 at 9:27 am

        Jom! Kita memeriahkan meja.

         
  3. ellynadyra

    18/04/2014 at 9:47 am

    Jatuh bgn susah senang kehidupan…..itulah warna warni utk diri kita

     
    • t.a.t.a

      18/04/2014 at 9:55 am

      Betul tu kak.

       
  4. Aziela

    18/04/2014 at 10:44 am

    Sangat banyak iktibar dan peringatan. Umpama warning kepada umat manusia agar kekal tegap berdiri di landasan Islam. Namun kalau ada yang dengan rela hati tunduk dan patuh kepada hasutan syaitan yang dilaknat, maka ego, sombong dan keras hati menguasai diri. Bila ditegur, melenting. Bila dinasihatkan, naik angin. Orang2 yang belum mampu menguasai diri sendiri ni, kita doakan yang terbaik untuk mereka.

    Selalu bergantung dengan Allah. Kalau ada lagi doa yang belum makbul, bak kata ustaz dalam MHI pagi ni, bersangka baik lah…

     
    • t.a.t.a

      19/04/2014 at 9:36 am

      Bagi saya orang-orang yang macam tu dia terlalu ikutkan kata dan hawa nafsu. Terlalu dengar hasutan qarin dalam diri kita. Ego.

      Bila berlaku peringatan macam ni, memasing sibuk tuding jari pada orang lain. Tak pernah nak muhasabah diri.

       
  5. Zakie Purvit

    18/04/2014 at 10:47 am

    Hanya yg alert dan ada iman menyedari hakikat ini. Oleh itu menjadi tanggungjawa bersama utk saling ingat-mengingatkan kerana ujian/musibah Allah berikan tak pada yg lalai saja tapi meliputi semuanya…

     
  6. Tihara_HT (@TiharaSM)

    18/04/2014 at 11:12 am

    lepas banjir, kemarau, pesawat hilang..
    sekarang ni ada kes wabak Mers cov pulak,
    dalam kita seronok dan hepi,
    insha Allah perkara-perkara macam ni
    perlu direnung sentiasa..

     
  7. FAIRUS MAMAT

    18/04/2014 at 11:44 am

    INSAFI DIRI SENDIRI.. UBAH DIRI SENDIRI DAN KELUARGA, BARULAH KEMUDIAN UBAH ORANG LAIN.. 🙂

     
  8. JR

    18/04/2014 at 11:48 am

    Kadang2 kita cuma mengingati balasan Tuhan ketika musibah sedang berada di puncak yang sangat menyakitkan. Tapi bila musibah reda dan hilang, terlupalah kita manusia yang lemah itu kepada sejarah silam hingga Allah datangkan satu lagi musibah lebih dahsyat…

     
  9. ujie

    18/04/2014 at 12:12 pm

    antara hikmah kehilangan MH370, tv selalu alunkan bacaan al-fatihah…sgt2 menyentuh jiwa bacaannya tu. Tenang je dengar.

     
    • Tihara_HT (@TiharaSM)

      18/04/2014 at 2:07 pm

      betul kan ujie, harapnya kekal sampai bila2 kat tv sebab pengaruh dia besar pada rakyat

       
  10. alis

    18/04/2014 at 2:20 pm

    salam cikta

    aku selalu muhasabah diri sebab maklum sangat aku bukannya baik. semua org pon tak, kan? bila musibah ni datang (tak kira utk aku atau negara), terasa ya Allah.. insaf sangat. time tula rasa habis azan je terus solat.

    baru tadi aku tgk kapal nak ke jeju tuh karam dalam 9min terakhirnya, memang seram sejuk aku rasa. lately ni mmg banyak dugaan besar untuk kita semua. masih berdoa utk mh370. dan doa agar cepat2 dipulihkan dari segela ujian2 besar ini. takut.

     
  11. Rai Ourkizuna

    18/04/2014 at 3:10 pm

    nikmat pun sebenarnya satu ujian bagi kita..

     
    • t.a.t.a

      19/04/2014 at 9:50 am

      betul tu rai. sepatutnya masa nikmat dan susah kena sentiasa ingat Dia.

       
  12. sylarius

    18/04/2014 at 4:54 pm

    Kalau tak boleh nak munasabah, try la muna’sarawak’. Hahaha (lawak 90’an)

     
    • t.a.t.a

      19/04/2014 at 9:49 am

      Aku pun terppk jugak sarawak tu masa aku taip perkataan muhasabah. Hahah.

       
  13. Shamsiah Abdul Rahman

    18/04/2014 at 6:03 pm

    Assalamualaikum dik,
    Life goes on.. semuga yg terkena musibah terus bertabah dgn ujian Allah ini.

    You take care dik.

     
    • t.a.t.a

      19/04/2014 at 9:37 am

      Waalaikumsalam kak. InsyaAllah I will.

       
  14. kamsiah

    19/04/2014 at 6:47 am

    akak selalu datang sini tp sblm ni takleh guna,google plus tak diaktifkan…skrg dah boleh daaaaa…

     
    • t.a.t.a

      19/04/2014 at 9:38 am

      Yayy, tahniah kak. Selamat datang ke rumah hambe ni.

       
  15. Petak Bunga

    19/04/2014 at 8:39 pm

    Sudah bnyk prringatan diberinya

     
  16. aby

    20/04/2014 at 6:48 am

    salam tata …
    Allah kuasai seluroh alam dan seisinya ..
    semua perjalanan makhluk dalam percaturan nya ..
    terima dengan baik apa yang didatanginya ..
    sentisa bersyukur angger egek orip kerana masih ada peluang
    utk menambah bekalan utk dunio kono ..

     
  17. okje

    23/04/2014 at 6:12 pm

    Takutnya kalau diuji dgn kesenangan tp kita lupa padaNya……ada terbaca kat blog santai kalau tak silap…..susah itu tak semestinya musibah dan senang itu tak semestinya nikmat….
    Pergh! Dak kaget opo ndelok nyong koyo sasterawan hehe

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: