RSS

Aku sekadar menjawab soalan tag PetakBunga.

15 May

Kehadapan PetakBunga mama kepada Luth (beria aku ingat dulu nama anak kau tu adalah Lembaga Urusan Tabung Haji, kah kah kah kah, sorry!) ini adalah jawapan kepada soalan tag The Liebster Award kau tempoh hari.

 

1. Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

Well, sampai sekarang aku tak tahu apa itu erti cinta. (Aku sering kali bertekak dengan si dia, aku cakap aku cuma sayang sebab aku tak tahu maksud cinta. Dia kata tipu! Sayang tu cinta la!)

So, kalau bila tak dapat sms atau wasap atau call dari dia dalam masa sehari pun boleh buat aku nanar, kalau bila tiba-tiba aku terbayang kan antara aku dan dia tidak akan bersatu air mata aku terus jatuh, kalau itu semua dibilang cinta, well ye la tu kot, aku dah jatuh cinta. 🙂

2. Bilakah pertama kali kamu bercinta?

Banyak kali. Tapi yang sebelum-sebelum ni sama ada suka sebelah pihak sahaja atau suka yang untuk main-main sahaja. Cinta yang betul-betul waktu sekarang ni la. Cinta yang aku harap bersatu hingga ke akhir masa dunia ini. InsyaAllah.

3. Apakah pengakhiran cinta pertama kamu?

Dia lamar aku secara direct, aku tolak juga secara direct. Sebab masa tu aku masih mentah sangat, dan lagi lepas tu aku terus tukar tempat kerja dan kami putus hubungan terus.

4. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada percintaan yang lepas?

Banyak pengajarannya yang berguna untuk aku guna pakai dalam percintaan sekarang. Pendek kata buat aku lebih matang dalam berhubungan dengan seorang lelaki.

5. Blog kamu ini sebenarnya pasal apa?

Blog aku ni sebenarnya pasal apa yang ada dalam fikiran aku. Lebih berkisar pasal kehidupan seharian dunia kecil aku ni je. Nothing fancy pun!

6. Siapakah insan-insan kesayangan kamu yang kamu selalu ceritakan dalam blog kamu?

Haha, ala PB kau pun tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan Budak Gundut tu. Malam tadi aku ajar dia buat homework sampai menangis dia. Dia buat salah, aku padam la. Banyak kali buat salah, banyak kali jugak la aku padam. Sampai koyak buku dia. Babah dia balik, belum sempat masuk rumah lagi dia dah meluru keluar mengadu dengan babah dia. Elleh, memang tu la perangai Gundut! 🙂

7. Komen entry yang bagaimanakah berkesan pada kamu? Pendapat, pujian, kutukan.

Pendapat yang membina yang memang kena dengan apa yang aku nak dengar. Pujian, aku hargai jika ada orang ingin memuji. Walaupun bagi aku sebenarnya pujian ini lebih kepada bersifat sopan santun. Kutukan, siapa yang berani kutuk secara terangan dalam dunia blog ni? Kalau kutukan dengan blogger yang memang dah biasa aku kutuk, macam Kak Elly Nadira, Kak Ton, Kak Tiha, tu semua kutukan mesra alam maya namanya. 🙂

8. Apa yang kamu dapat dengan berblog selain kepuasan membaca komen yang buat kamu tersenyum?

Apa yang aku dapat? Aku dapat kenalan. Aku dapat kawan. Aku dapat pendapat dari mereka bila aku perlukan. Aku dapat tahu siapa mereka, kehidupan dan pekerjaan mereka. Kiranya aku dapat beramah mesra la dengan makhluk Allah yang lain.

9. Apakah yang buat kamu nak baca blog PetakBunga?

Dulu aku mula baca blog kau bila kau mula komen di blog aku. Lepas tu aku selalu ziarah kau sebab aku nak dengar kau membebel pasal laki kau, dan sebab aku ni kan Hanez Suraya laki kau! Hahahaha.

10. Apakah yang membuatkan kamu bosan dan menyampah dengan blog PetakBunga? Sila jawab dengan hati-hati..mana tahu ada hadiah misteri daripada PetakBunga. Ha..ha..

Aku bosan dan menyampah nak pergi blog kau kalau entry kau cerita pasal petua. Aku tak suka baca pasal petua. Dah la pasal petua, panjang pulak tu. Hahaha.

Eh pembetulan! Aku bukannya tak suka petua, aku suka! Aku suka petua bila aku yang nak cari petua itu. Bukan disogokkan oleh orang lain petua itu. Faham tak apa aku tulis ni?

11. Adakah kamu sudi berkenalan dengan PetakBunga dengan lebih dekat? Aku sebenarnya dah tak tahu apa nak tanya da..

Kau ni lawak dan jujur la PB. Secara jujur nya aku sudi je. Bukan sebab apa, ye la, aku ni kan ke laki kau punya Hanez Suraya. So aku kena la berkenalan lebih rapat dengan kau, dengan Luth, dengan family kau yang lain. Ye la, nak jadi family jugak kan nanti? 🙂

Advertisements
 
45 Comments

Posted by on 15/05/2014 in Categorized

 

45 responses to “Aku sekadar menjawab soalan tag PetakBunga.

  1. sylarius

    15/05/2014 at 10:00 am

    Panjang jawabannya. Memang lengkap untuk dibuat satu entri. Hehe,.

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:38 pm

      Memang itu pun tujuannya.

       
  2. Petak Bunga

    15/05/2014 at 11:14 am

    haha.. cik ta dah ada pakwe.. ye..ye.. cik ta dah ada pakwe..

    wah sila hebahkan..
    sweetnya..sweetnya..
    rasa nak joget2..

    pst..tau bukan laki aku..eleh..tau..tau..

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:38 pm

      kau ada tanya laki kau ke?

       
  3. nang

    15/05/2014 at 12:10 pm

    tata, aku pun tak tahu, apa itu cinta…and how someone boleh fall n love ??
    sampai sekarang, aku tak reti nak bercinta mahupun jatuh cinta…

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:42 pm

      when do I know that I fell in love?
      you just know it.

       
  4. lieya_latif

    15/05/2014 at 12:16 pm

    hah gitu..sesi soal jawab….

    bab cinta tu sweet…ape yg pasti, cinta la mematangkan seseorg insan itu…

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:42 pm

      very true lieya.

       
  5. Shamsiah Abdul Rahman

    15/05/2014 at 12:36 pm

    Tumpang laluuu.. sambil badan tunduk sikit & tgn kanan depa ke depan sikit
    (sila bayangkan)

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:44 pm

      Dapat bayangkan. Sila kan kak.

       
  6. PakcikLie PCL

    15/05/2014 at 12:58 pm

    haaa ni baru sy kenai sikit2 dengan cik ta .., dah berpunya cinta rupanya noh..bagus2 jangan tunggu lama2 ; habaq mai siapa dia tu..blh pcl ketuk pala dia bg cepat masuk minang… 🙂

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 2:44 pm

      Amboi, tu dia. Hahaha.

       
  7. elly nadyra

    15/05/2014 at 2:19 pm

    pesal lak nama gua ada dimention nih

     
    • IdaShazana

      19/05/2014 at 10:27 am

      kak ton pun terbabit sama

      sebenarnya kak ton adalah sangat bersakit hati dengan segala kutukan yang diterima. hati berderai, jiwa merana

       
      • t.a.t.a

        19/05/2014 at 5:33 pm

        kak ton, kambing marinate satu!

         
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 3:31 pm

      saja. suka.

       
  8. tiha

    15/05/2014 at 2:31 pm

    Salam mampir

    Kue memang sukak ngutuk nyong ei tata..
    Sukak jakkei nyong ngobrol ndewek2 koyo wong edan..

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:33 pm

      sukak waie la kak.
      riko kan sukak ngomong ndewe an.
      nyong kerungu waie la.

       
  9. juliet

    15/05/2014 at 2:53 pm

    dalam hati ada taman 😀

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:34 pm

      bunga-bunga nya sedang berkembang mekar dan indah.

       
  10. ziemarziah

    15/05/2014 at 3:46 pm

    ooo kak tata dah ada boipren! cepat2 la akad nikah..orang mengidam nasik minyak nih

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:34 pm

      marjiah, setakat nasi minyak tu apa sangat la kan?
      pi la order kat kedai. nak tunggu aku punya mmg mau kempunan kau karang.
      huhu.

       
      • Tihara_HT (@TiharaSM)

        20/05/2014 at 9:28 am

        kenduri kue mengko nyong arek mangen nasik ambeng plizz

         
      • t.a.t.a

        20/05/2014 at 2:55 pm

        kak, riko teko keney kapan-kapan waie, nyong belonjo nasi ambeng. arek?

         
      • Tihara_HT (@TiharaSM)

        21/05/2014 at 11:11 am

        belonjo soto, lontong, pecel n satay sekali..kenek 😛

         
      • t.a.t.a

        21/05/2014 at 11:13 am

        kenek waie. yok la.
        gedi weteng mu kak, kabeh arek pangan.

         
  11. FAIRUS MAMAT

    16/05/2014 at 12:12 am

    DULU-DULU JATUH CINTA MEMANG SERONOK.. DULU LA KAN..

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:34 pm

      skang, camne?

       
  12. zonAku

    16/05/2014 at 10:35 am

    seb bek x berantai.. cuak gak aku nk baca campai habes 🙂

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:36 pm

      hahaha. aku tahu ramai blogger yang macam aku. malas nak berantai² ni.

       
  13. Zakie Purvit

    16/05/2014 at 11:59 am

    Yg pasti tata ni nakal tau. Kalau PB baca mesti senyum lebar..
    Kakak yg baca pun terkekek-kekek dibuatnya bila bayangkan tata jadi Hanez Suraya pada PB:)

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:36 pm

      hehehe. tenan ney la kak nyong kie Hanez Suraya bojoh deeh.

       
  14. hijrah

    16/05/2014 at 5:09 pm

    apalah yg cik tata membebel nih hihihi…apa pun akak tetap terhibur tau..

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:36 pm

      thanks kak.

      🙂

       
  15. JR

    16/05/2014 at 5:49 pm

    Burung helang kuih pelita
    Bawa parang belah nangka
    Pak Lang suka jawapan Cik Ta
    Jujur, terus terang, jenaka

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:38 pm

      parang diasah untuk belah nangka
      nangka sebiji dikongsi bersama
      jujur, terus terang dan jenaka
      itu memang perangai hamba

       
  16. eita

    18/05/2014 at 9:44 pm

    bagus betol jawapan kau…hahha..terasa kejujuran kat situ..

    akak punyer award ni belom berjawab pun lagi..

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:38 pm

      hehehe. jujur eh.

       
  17. okje

    19/05/2014 at 4:59 pm

    Kuwey kambik PB sak bener rey sopo tor….hehe
    Suwi dak mareng keney…. Suwi dak ngomong Jowo….

     
    • t.a.t.a

      19/05/2014 at 5:39 pm

      Nyong kambek PB sak bener rey orak enek opo-opo hubungan.
      nyong kie bojo ney deeh ney Hanez Suraya.

      kepenak yo kak ngomong jowo ndiluk ndiluk.

       
  18. kakcik

    19/05/2014 at 7:04 pm

    Seronok pulak baca soal jawab ni… 🙂

     
    • t.a.t.a

      20/05/2014 at 2:56 pm

      sekadar untuk hiburan pun kak.

       
  19. Ujie

    20/05/2014 at 10:42 am

    Akak suka baca tang cerita cinta kau je tata! Sbb akak nak gelakkan…:D

     
    • t.a.t.a

      20/05/2014 at 2:56 pm

      sukak suki kue waie yo kak, ngguyu way uwong.

       
  20. LydSunshine

    21/05/2014 at 10:08 am

    Bile aku tgk panjang2 je jawpana ko ni, aku tetibe je rasa nak tag ko plak utk liebster award dan bagi soklan2 mati kutu plak kat ko. heheh. Tapi jgn risau. Aku rase je. Tak betul2 pun. Sbb aku pon bukan perajin.

     

Want to say something?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: