RSS

Saya jawab soalan tag Kak OKje.

Tag Liebster dari Kak hainom OKje.

Pakcik Botak!! [Pakcik? Ye la, kau kan tua dari aku.. har har har har] Ini versi Jawa untuk kau.

 

1. Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
Javanese: Ncelok t.a.t.a waie la. Sebab wes itu jeneng ku nang alam maya iki.
Malay: Panggil t.a.t.a saja la. Sebab dah itu nama saya di alam maya bunga-bunga matahari… ini.

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?

Javanese: Emboh la seng ndi seng best. Roso ney hampir kabeh entry nyong riko boco.
Malay: I don’t know which one, for I rate all my entries are as a moderate ones. As I said before, orak enek seng fancy pun!

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
Javanese: Honest.
Malay: Jujur.

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
Javanese: Kind-hearted person.
Malay: Baik hati.

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
Javanese: Hah? Moh la ngomong. Meneng-meneng waie la.
Malay: Hati (insyaAllah!).

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
Javanese: Orak enek sesiopo pun. Nyong kie isin uwong eh. Ngeh ngeh ngeh.
Malay: Hat-tor-man yang BG tembak mati. Huhu.

7)  Peristiwa paling best dalam hidup korang?
Javanese: Fell in love. Sigh…
Malay: Love is in the air…

8)  Impian korang yang masih belum tercapai?
Javanese: Getting married.
Malay: Punya pacar yang bisa sayangi gue.

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
Javanese: Nyong orak mangan nang joboh. Angger nang joboh rumah, ye selalu waie.
Malay: Me no eat luar.

10) Kalau korang jadi kaya?
Javanese: Nggawe pilihan untuk balik dhadi bioso waie. Moh la dhadi sugeh. Mengko lali kambek Seng Pareng!
Malay: I choose to be a wassatiyyah person.

11) OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ….. mak OK jer!
Javanese: Kak, riko orak kenek la manggon nang moto nyong. Riko kan gedi. Moto nyong kie cilik waie. Orak muat. 🙂
Malay: Saya belum pernah nampak Kak OK secara seluruh nya. Tapi kalau tengok ada kemungkinan saya akan jatuh cinta. Nak tak kak, saya jatuh cinta kat akak?

 

Ngeh ngeh ngeh ngeh.. (gelak jahat!)

 

p.s. Pakcik Botak, even tak semua in Jowo, tapi kiro kenek la yo. Enek jugak Jowo sitik, a little in English and Bahasa Melayu pun ada. 🙂

 

 
50 Comments

Posted by on 22/05/2014 in Categorized

 

WW: Kad ucapan versi Abang Afiq.

Abang Afiq, ala si abang Budak Gundut si penembak hat-tor-man tu!

Kakak saya dok kemas almari, tetiba terjumpa ini:

IMG_0001 IMG_0003 IMG_0002

 

Kad ucapan masa dia umur 7 tahun. Rindu giler dengan mama, pi buat kad ucapan, pos ke Jepun, pastu bawak balik Tanah Malaya semula. Saya tak tahu pun dia buat kad ni. Dia plan dengan babah dia.

 
42 Comments

Posted by on 21/05/2014 in Categorized

 

t.a.t.a went for a date.

Guys, how was your first date?

 

 
51 Comments

Posted by on 19/05/2014 in Categorized

 

Aku sekadar menjawab soalan tag PetakBunga.

Kehadapan PetakBunga mama kepada Luth (beria aku ingat dulu nama anak kau tu adalah Lembaga Urusan Tabung Haji, kah kah kah kah, sorry!) ini adalah jawapan kepada soalan tag The Liebster Award kau tempoh hari.

 

1. Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

Well, sampai sekarang aku tak tahu apa itu erti cinta. (Aku sering kali bertekak dengan si dia, aku cakap aku cuma sayang sebab aku tak tahu maksud cinta. Dia kata tipu! Sayang tu cinta la!)

So, kalau bila tak dapat sms atau wasap atau call dari dia dalam masa sehari pun boleh buat aku nanar, kalau bila tiba-tiba aku terbayang kan antara aku dan dia tidak akan bersatu air mata aku terus jatuh, kalau itu semua dibilang cinta, well ye la tu kot, aku dah jatuh cinta. 🙂

2. Bilakah pertama kali kamu bercinta?

Banyak kali. Tapi yang sebelum-sebelum ni sama ada suka sebelah pihak sahaja atau suka yang untuk main-main sahaja. Cinta yang betul-betul waktu sekarang ni la. Cinta yang aku harap bersatu hingga ke akhir masa dunia ini. InsyaAllah.

3. Apakah pengakhiran cinta pertama kamu?

Dia lamar aku secara direct, aku tolak juga secara direct. Sebab masa tu aku masih mentah sangat, dan lagi lepas tu aku terus tukar tempat kerja dan kami putus hubungan terus.

4. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada percintaan yang lepas?

Banyak pengajarannya yang berguna untuk aku guna pakai dalam percintaan sekarang. Pendek kata buat aku lebih matang dalam berhubungan dengan seorang lelaki.

5. Blog kamu ini sebenarnya pasal apa?

Blog aku ni sebenarnya pasal apa yang ada dalam fikiran aku. Lebih berkisar pasal kehidupan seharian dunia kecil aku ni je. Nothing fancy pun!

6. Siapakah insan-insan kesayangan kamu yang kamu selalu ceritakan dalam blog kamu?

Haha, ala PB kau pun tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan Budak Gundut tu. Malam tadi aku ajar dia buat homework sampai menangis dia. Dia buat salah, aku padam la. Banyak kali buat salah, banyak kali jugak la aku padam. Sampai koyak buku dia. Babah dia balik, belum sempat masuk rumah lagi dia dah meluru keluar mengadu dengan babah dia. Elleh, memang tu la perangai Gundut! 🙂

7. Komen entry yang bagaimanakah berkesan pada kamu? Pendapat, pujian, kutukan.

Pendapat yang membina yang memang kena dengan apa yang aku nak dengar. Pujian, aku hargai jika ada orang ingin memuji. Walaupun bagi aku sebenarnya pujian ini lebih kepada bersifat sopan santun. Kutukan, siapa yang berani kutuk secara terangan dalam dunia blog ni? Kalau kutukan dengan blogger yang memang dah biasa aku kutuk, macam Kak Elly Nadira, Kak Ton, Kak Tiha, tu semua kutukan mesra alam maya namanya. 🙂

8. Apa yang kamu dapat dengan berblog selain kepuasan membaca komen yang buat kamu tersenyum?

Apa yang aku dapat? Aku dapat kenalan. Aku dapat kawan. Aku dapat pendapat dari mereka bila aku perlukan. Aku dapat tahu siapa mereka, kehidupan dan pekerjaan mereka. Kiranya aku dapat beramah mesra la dengan makhluk Allah yang lain.

9. Apakah yang buat kamu nak baca blog PetakBunga?

Dulu aku mula baca blog kau bila kau mula komen di blog aku. Lepas tu aku selalu ziarah kau sebab aku nak dengar kau membebel pasal laki kau, dan sebab aku ni kan Hanez Suraya laki kau! Hahahaha.

10. Apakah yang membuatkan kamu bosan dan menyampah dengan blog PetakBunga? Sila jawab dengan hati-hati..mana tahu ada hadiah misteri daripada PetakBunga. Ha..ha..

Aku bosan dan menyampah nak pergi blog kau kalau entry kau cerita pasal petua. Aku tak suka baca pasal petua. Dah la pasal petua, panjang pulak tu. Hahaha.

Eh pembetulan! Aku bukannya tak suka petua, aku suka! Aku suka petua bila aku yang nak cari petua itu. Bukan disogokkan oleh orang lain petua itu. Faham tak apa aku tulis ni?

11. Adakah kamu sudi berkenalan dengan PetakBunga dengan lebih dekat? Aku sebenarnya dah tak tahu apa nak tanya da..

Kau ni lawak dan jujur la PB. Secara jujur nya aku sudi je. Bukan sebab apa, ye la, aku ni kan ke laki kau punya Hanez Suraya. So aku kena la berkenalan lebih rapat dengan kau, dengan Luth, dengan family kau yang lain. Ye la, nak jadi family jugak kan nanti? 🙂

 
45 Comments

Posted by on 15/05/2014 in Categorized

 

Saya pun bekerja di Hari Wesak.

 

Tajuk entry copy dari blog Kak Ton sebagai tanda sokongan moral kepada mereka yang bekerja di Hari Wesak.

 

 

 

 

Oit Kak Ton, aku pun kerja jugak di Hari Wesak ini.

 
55 Comments

Posted by on 13/05/2014 in Categorized

 

Fire! Fire! Drop your weapons!! Fire!!!

Eh, agak-agaknya kalau tengok tajuk saya tu, ada kemungkinan tak entry ini boleh masuk dalam senarai hitam?

 

Aksi Si Gundut menembak ‘syaitan’ di hadapan nya.

 

IMG_20140511_180154 IMG_20140511_180157 IMG_20140511_180200 IMG_20140511_180225 IMG_20140511_180229

IMG_20140511_180246

Suka tengok reaksi muka dia. Full of determination!

 

Tak dapat memanah, menembak pun jadi la kan?

 

Nak tahu apa benda yang dia dok tembak tu?

 

IMG_20140511_180742

IMG_20140511_180803

 

BG tembak hat-tor-man Adam!

 

Habis la, berleluasa la raksasa di Jepun sana. Hat-tor-man dah mati, kena tembak!

 

p.s. Adam sepupu BG. Budak-yang-pantang-setiap-kali-orang-suruh-buat-molot-cepat-aje-memuncungkan-bibir-nya-itu.

 

 
43 Comments

Posted by on 12/05/2014 in Categorized

 

Bersangka baik lah dengan DIA!

Antara adab berdoa yang sangat penting ialah bersangka baik yang doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. Jangan sekali-kali teragak-agak dalam berdoa. Bolak-balik hati perlu dikawal. Jangan ada rasa ragu apakah doa itu diperkenankan atau tidak, tetapi katakan pada hati, insyaAllah doaku akan diperkenankan.

Kita juga ada tawakkal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Istikharah itu adalah pengaduan kepada Allah pinta panduan. Muzakarah itu bermesyuarat sesama saudara yang baik mohon pencerahan. Semuanya itu hakikat satu mekanisme daripada Ilahi untuk melakarkan sesuatu yang positif dalam fikiran dan hati. Kerana itu Allah sendiri menegaskan, Dia mengikut sangka hambaNya.

Maksudnya jika kita bersangka baik, insyaAllah kebaikan yang akan diberikanNya kepada kita. Oleh itu sentiasa lah bersangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain dalam semua situasi dan kondisi yang kita hadapi.

 

~ Di Mana DIA Di Hatiku?
Pahrol Mohd Juoi.

 
17 Comments

Posted by on 09/05/2014 in Categorized