RSS

Aku sekadar menjawab soalan tag PetakBunga.

Kehadapan PetakBunga mama kepada Luth (beria aku ingat dulu nama anak kau tu adalah Lembaga Urusan Tabung Haji, kah kah kah kah, sorry!) ini adalah jawapan kepada soalan tag The Liebster Award kau tempoh hari.

 

1. Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

Well, sampai sekarang aku tak tahu apa itu erti cinta. (Aku sering kali bertekak dengan si dia, aku cakap aku cuma sayang sebab aku tak tahu maksud cinta. Dia kata tipu! Sayang tu cinta la!)

So, kalau bila tak dapat sms atau wasap atau call dari dia dalam masa sehari pun boleh buat aku nanar, kalau bila tiba-tiba aku terbayang kan antara aku dan dia tidak akan bersatu air mata aku terus jatuh, kalau itu semua dibilang cinta, well ye la tu kot, aku dah jatuh cinta. 🙂

2. Bilakah pertama kali kamu bercinta?

Banyak kali. Tapi yang sebelum-sebelum ni sama ada suka sebelah pihak sahaja atau suka yang untuk main-main sahaja. Cinta yang betul-betul waktu sekarang ni la. Cinta yang aku harap bersatu hingga ke akhir masa dunia ini. InsyaAllah.

3. Apakah pengakhiran cinta pertama kamu?

Dia lamar aku secara direct, aku tolak juga secara direct. Sebab masa tu aku masih mentah sangat, dan lagi lepas tu aku terus tukar tempat kerja dan kami putus hubungan terus.

4. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada percintaan yang lepas?

Banyak pengajarannya yang berguna untuk aku guna pakai dalam percintaan sekarang. Pendek kata buat aku lebih matang dalam berhubungan dengan seorang lelaki.

5. Blog kamu ini sebenarnya pasal apa?

Blog aku ni sebenarnya pasal apa yang ada dalam fikiran aku. Lebih berkisar pasal kehidupan seharian dunia kecil aku ni je. Nothing fancy pun!

6. Siapakah insan-insan kesayangan kamu yang kamu selalu ceritakan dalam blog kamu?

Haha, ala PB kau pun tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan Budak Gundut tu. Malam tadi aku ajar dia buat homework sampai menangis dia. Dia buat salah, aku padam la. Banyak kali buat salah, banyak kali jugak la aku padam. Sampai koyak buku dia. Babah dia balik, belum sempat masuk rumah lagi dia dah meluru keluar mengadu dengan babah dia. Elleh, memang tu la perangai Gundut! 🙂

7. Komen entry yang bagaimanakah berkesan pada kamu? Pendapat, pujian, kutukan.

Pendapat yang membina yang memang kena dengan apa yang aku nak dengar. Pujian, aku hargai jika ada orang ingin memuji. Walaupun bagi aku sebenarnya pujian ini lebih kepada bersifat sopan santun. Kutukan, siapa yang berani kutuk secara terangan dalam dunia blog ni? Kalau kutukan dengan blogger yang memang dah biasa aku kutuk, macam Kak Elly Nadira, Kak Ton, Kak Tiha, tu semua kutukan mesra alam maya namanya. 🙂

8. Apa yang kamu dapat dengan berblog selain kepuasan membaca komen yang buat kamu tersenyum?

Apa yang aku dapat? Aku dapat kenalan. Aku dapat kawan. Aku dapat pendapat dari mereka bila aku perlukan. Aku dapat tahu siapa mereka, kehidupan dan pekerjaan mereka. Kiranya aku dapat beramah mesra la dengan makhluk Allah yang lain.

9. Apakah yang buat kamu nak baca blog PetakBunga?

Dulu aku mula baca blog kau bila kau mula komen di blog aku. Lepas tu aku selalu ziarah kau sebab aku nak dengar kau membebel pasal laki kau, dan sebab aku ni kan Hanez Suraya laki kau! Hahahaha.

10. Apakah yang membuatkan kamu bosan dan menyampah dengan blog PetakBunga? Sila jawab dengan hati-hati..mana tahu ada hadiah misteri daripada PetakBunga. Ha..ha..

Aku bosan dan menyampah nak pergi blog kau kalau entry kau cerita pasal petua. Aku tak suka baca pasal petua. Dah la pasal petua, panjang pulak tu. Hahaha.

Eh pembetulan! Aku bukannya tak suka petua, aku suka! Aku suka petua bila aku yang nak cari petua itu. Bukan disogokkan oleh orang lain petua itu. Faham tak apa aku tulis ni?

11. Adakah kamu sudi berkenalan dengan PetakBunga dengan lebih dekat? Aku sebenarnya dah tak tahu apa nak tanya da..

Kau ni lawak dan jujur la PB. Secara jujur nya aku sudi je. Bukan sebab apa, ye la, aku ni kan ke laki kau punya Hanez Suraya. So aku kena la berkenalan lebih rapat dengan kau, dengan Luth, dengan family kau yang lain. Ye la, nak jadi family jugak kan nanti? 🙂

 
45 Comments

Posted by on 15/05/2014 in Categorized

 

Saya pun bekerja di Hari Wesak.

 

Tajuk entry copy dari blog Kak Ton sebagai tanda sokongan moral kepada mereka yang bekerja di Hari Wesak.

 

 

 

 

Oit Kak Ton, aku pun kerja jugak di Hari Wesak ini.

 
55 Comments

Posted by on 13/05/2014 in Categorized

 

Fire! Fire! Drop your weapons!! Fire!!!

Eh, agak-agaknya kalau tengok tajuk saya tu, ada kemungkinan tak entry ini boleh masuk dalam senarai hitam?

 

Aksi Si Gundut menembak ‘syaitan’ di hadapan nya.

 

IMG_20140511_180154 IMG_20140511_180157 IMG_20140511_180200 IMG_20140511_180225 IMG_20140511_180229

IMG_20140511_180246

Suka tengok reaksi muka dia. Full of determination!

 

Tak dapat memanah, menembak pun jadi la kan?

 

Nak tahu apa benda yang dia dok tembak tu?

 

IMG_20140511_180742

IMG_20140511_180803

 

BG tembak hat-tor-man Adam!

 

Habis la, berleluasa la raksasa di Jepun sana. Hat-tor-man dah mati, kena tembak!

 

p.s. Adam sepupu BG. Budak-yang-pantang-setiap-kali-orang-suruh-buat-molot-cepat-aje-memuncungkan-bibir-nya-itu.

 

 
43 Comments

Posted by on 12/05/2014 in Categorized

 

Bersangka baik lah dengan DIA!

Antara adab berdoa yang sangat penting ialah bersangka baik yang doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. Jangan sekali-kali teragak-agak dalam berdoa. Bolak-balik hati perlu dikawal. Jangan ada rasa ragu apakah doa itu diperkenankan atau tidak, tetapi katakan pada hati, insyaAllah doaku akan diperkenankan.

Kita juga ada tawakkal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Istikharah itu adalah pengaduan kepada Allah pinta panduan. Muzakarah itu bermesyuarat sesama saudara yang baik mohon pencerahan. Semuanya itu hakikat satu mekanisme daripada Ilahi untuk melakarkan sesuatu yang positif dalam fikiran dan hati. Kerana itu Allah sendiri menegaskan, Dia mengikut sangka hambaNya.

Maksudnya jika kita bersangka baik, insyaAllah kebaikan yang akan diberikanNya kepada kita. Oleh itu sentiasa lah bersangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain dalam semua situasi dan kondisi yang kita hadapi.

 

~ Di Mana DIA Di Hatiku?
Pahrol Mohd Juoi.

 
17 Comments

Posted by on 09/05/2014 in Categorized

 

WW: Budak yang pantang setiap kali orang suruh buat molot, cepat aje memuncungkan bibir nya itu.

IMG_0674

 

Tengah comot pun tak pe, asal buat molot.

 

 

 
55 Comments

Posted by on 07/05/2014 in Categorized

 

Kod Salahlaku 558.

Saya belek-belek buku keluar masuk asrama anak buah saya yang Form 3 tu. Abang kepada Budak Gundut, Abang Afiq namanya.

 

Bila sampai di bahagian Rekod Salahlaku di Asrama, saya ternampak ini.

IMG_20140425_152835

 

Bila saya rujuk, kesalahan 558 adalah:

IMG_20140425_152853

Saya tanya, “Abang. Kenapa buat macam tu? Kacau orang lain masa prep?”

Dengan selamba tahap Superman nya dia balas, “Saja. Abang boring.”

 

 

Hek eleh. Sabar je la.

 

Muka orang yang kacau orang lain sebab dia boring!

IMG_1020

Gambar masa sambutan hari jadi nya minggu lepas.

 

Dah bujang dah. Cepat sangat masa berlalu. Sejak duduk asrama ni dah pandai jaga penampilan diri, jaga makan, jaga badan. Jangan jaga awek sudah la.

Hmmm.

 

 
81 Comments

Posted by on 05/05/2014 in Categorized

 

Hari ini Jumaat! Bukan Isnin!

Bukan saya seorang sahaja yang fikir hari ini hari Isnin.

Semalam petang mak nak tempah mee kari. Mak tanya saya nak tak?

“Eh boleh la mak. Boleh buat buka pose esok.”

“Eh, esok Jumaat la.”

Adoiii…

 

 

Budak Gundut pun sama. Dia ingat hari ini hari Isnin bila pagi tadi dia tanya babah dia, “Mana baju sukan abang?”

Babah jawab, “Hari ini Jumaat. Baju sukan pakai hari Isnin.”

“Ooooo..”

 

 
41 Comments

Posted by on 02/05/2014 in Categorized

 

Nama makanan yang saya jumpa di WhatsApp.

p.s. Saya tak reti nak copy screen dari telefon-pintar-tapi-tuan-nya-macam-tak-pintar-sangat ke pc, so saya taip bulat-bulat dari perbualan di WhatsApp.

 

Nama makanan 1 dari blogger Ha Md aka 4feet8.

Nama makanan: Bihun Jepun.

adoi. typo. adik akulah menyibuk betul nk tanya itu tanya ini.
nak goreng bihun jepun.. grrrrr….

Hahaha
Mcm mana bihun jepun tu?

bihun je pun
huhu

Hahaha
Aku ingat bihun jepun

 

 

Nama makanan 2 dari blogger Kak TAB aka Tihara.

Nama makanan: Goreng Iblis

Dh mkn kak?
Kau masak apa?

Nk belanje ker..haha
[Gambar anak ayam]
Masak sambal tumis telo puyuh…

Sayur?

Syur campur goreng iblis

Iblis?
Kah kah kah kah

Nympah aku [gambar kepala syaitan warna merah]
Bilis lohh
Eh ni boleh share resepi dlm blog la kn

Resepi iblis kau?
Boleh.
Hahaha

 

So sesiapa nak cuba resepi di atas, sila kan ya. 🙂

 
57 Comments

Posted by on 29/04/2014 in Categorized

 

Koleksi Kisah Pandai Sangat!

Tajuk entry saya tiru entry DaddyZiyyad.

Kisah 1:
Nak ganti mentol lampu di toilet. Suis dah siap-siap on. Ye la, suis jauh maa. Malas maa nak patah balik kasi on itu suis maa. Letak mentol pada socket. Pusing. Tak boleh pusing pulak. Salah mentol ke?

Tindakan luar kawal, jari terus cucuh pada socket nak rasa ada benda tersekat ke?

Bzzzz!

Wah, piau kepala otak gue. Adoii, sengal woh lengan kiri.

Moral nya: Off la dulu suis lampu tu. Engkau tu bukan Superman, boleh tahan arus elektrik bagai. Pandai betul!

 

Kisah 2:
Ambil gayung. Pi isi air panas yang baru lepas dimatikan api dapur nya. Berjalan kembali ke bilik air. Perasan ada air menitik. Alamak, gayung bocor la.

Tindakan luar kawal, tangan kanan cepat-cepat pi tadah air yang menitik itu.

Ouch, air panas la pandai!

Moral nya: Tangan kau tu bukan tangan Superman, boleh tadah-tadah air panas macam tu aje. Pandai betul!

 

Kisah 3:
Nak keluarkan baju yang direndam dengan clorox dalam baldi. Eww malas nya nak ambil pakai tangan aje, nanti mesti tangan busuk bau clorox.

Yang ini bukan tindakan luar kawal. Yang ini tindakan orang pendek akal. Pi ambil kain lain buat cover tangan. Pi celup masuk baldi. Kain bukan plastik. Memang la akan meresap jugak air clorox tu kan? Pandainya!!!

Moral nya: Entah, tak de moral kot? Sebab masa tu memang tengah tak pandai lagi. Huhu.

 
63 Comments

Posted by on 28/04/2014 in Categorized

 

Dia tidak beri apa yang kita minta, tetapi beri apa yang kita perlukan.

Dah lama juga bos saya ulang cerita ini pada saya, baru hari ini saya teringat. Saya Google semula dan jumpa cerita nya. Saya copy paste di sini untuk perkongsian bersama.

Cerita ini agak panjang, tapi nasihat saya ambil la masa sedikit untuk baca. Pada sesiapa yang belum pernah baca, memang tak rugi kalau dibaca. Pengajarannya membuka mata saya bahawa selama ini cara doa saya adalah kurang betul.

Tuhan selalu punya jawaban atas doa seseorang. Jawaban doa itu bisa iya, bisa tidak, atau.. Tuhan punya rencana yang lebih baik untuk umat-Nya, seperti dalam kisah berikut ini.

Di sebuah pinggir kota, hidup seorang nenek yang hidup seorang diri. Untuk dapat menyambung hidup, nenek tersebut berjualan tempe setiap hari. Pada suatu hari, sang nenek terlambat memberi ragi, sehingga tempe tidak matang tepat pada waktunya. Saat daun pisang pembungkus tempe dibuka, kedelai-kedelai masih belum menyatu. Kedelai tersebut masih keras dan belum menjadi tempe.

Hati sang nenek mulai menangis. Apa yang harus dilakukan? Jika hari ini dia tidak bisa menjual tempe tersebut, maka dia tidak akan dapat uang untuk makan dan membeli bahan tempe untuk esok hari. Dengan air mata yang masih mengalir, sang nenek mengambil wudhu lalu salat Subuh di rumahnya yang sangat kecil dan memprihatinkan. 

“Ya Allah, tolong matangkan tempe-tempe itu. Hamba-Mu tidak tahu harus berbuat apalagi untuk menyambung hidup dengan cara yang halal. Hamba tidak ingin menyusahkan anak-anak hamba. Kabulkan doa hamba-Mu yang kecil ini ya Allah..” demikian doa sang nenek dengan linangan air mata.

Setelah selesai salat Subuh, sang nenek membuka daun pisang pembungkus tempe, tidak ada satupun yang matang. Keajaiban belum datang, doanya belum dikabulkan. Tetapi sang nenek percaya jika doanya akan terkabul, sehingga dia berangkat ke pasar saat matahari belum bersinar, mengejar rezeki dengan menjual tempe.

Sesampai di pasar, sang nenek kembali membuka pembungkus tempe. Masih belum matang. Tak apa, nenek tersebut terus menunggu hingga matahari bersinar terik. Satu persatu orang yang berbelanja berlalu lalang, tetapi tak ada satupun yang mau membeli tempe sang nenek. Matahari terus bergerak hingga para pedagang mulai pulang dan mendapat hasil dari berjualan.

Tempe dagangan penjual lain sudah banyak yang habis, tetapi tempe sang nenek tetap belum matang. Apakah Tuhan sedang marah padaku? Apakah Tuhan tidak menjawab doaku? Begitulah rintihan hati sang nenek, air matanya kembali mengalir. 

Tiba-tiba, ada seorang ibu yang menghampiri sang nenek. “Apakah tempe yang ibu jual sudah matang?” tanya sang pembeli.

Sang nenek menyeka air mata lalu menggeleng, “Belum, mungkin baru matang besok,” ujarnya.

“Alhamdulillah, kalau begitu saya beli semua tempe yang ibu jual. Daritadi saya mencari tempe yang belum matang, tetapi tidak ada yang menjual. Syukurlah ibu menjualnya,” ujar sang pembeli dengan suara lega.

“Kenapa ibu membeli tempe yang belum matang?” tanya sang nenek dengan heran. Semua orang selalu mencari tempe yang sudah matang.

“Anak laki-laki saya nanti malam berangkat ke Belanda, dia ingin membawa tempe untuk oleh-oleh karena di sana susah mendapat tempe. Kalau tempe ini belum matang, maka matangnya pas saat anak saya sampai ke Belanda,” ujar sang ibu dengan wajah berbinar.

Inilah jawaban atas doa sang nenek. Tempe-tempe itu tidak langsung matang dengan keajaiban, tetapi dengan jalan lain yang tidak dikira-kira. Ingatlah sahabat, Tuhan selalu punya jawaban terbaik untuk doa umat-Nya. Kadang sebuah doa tak langsung mendapat jawaban. Kadang doa seseorang tidak dijawab dengan ‘iya’ karena Tuhan selalu punya rencana terbaik untuk hamba-Nya.

 

Allah itu Maha Besar. Yakin la dengan Dia!

“Aku redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi.”

Salam Jumaat semua. Jangan lupa selawat selalu. 🙂

 
28 Comments

Posted by on 25/04/2014 in Categorized