Antara adab berdoa yang sangat penting ialah bersangka baik yang doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. Jangan sekali-kali teragak-agak dalam berdoa. Bolak-balik hati perlu dikawal. Jangan ada rasa ragu apakah doa itu diperkenankan atau tidak, tetapi katakan pada hati, insyaAllah doaku akan diperkenankan.
Kita juga ada tawakkal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Istikharah itu adalah pengaduan kepada Allah pinta panduan. Muzakarah itu bermesyuarat sesama saudara yang baik mohon pencerahan. Semuanya itu hakikat satu mekanisme daripada Ilahi untuk melakarkan sesuatu yang positif dalam fikiran dan hati. Kerana itu Allah sendiri menegaskan, Dia mengikut sangka hambaNya.
Maksudnya jika kita bersangka baik, insyaAllah kebaikan yang akan diberikanNya kepada kita. Oleh itu sentiasa lah bersangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain dalam semua situasi dan kondisi yang kita hadapi.
~ Di Mana DIA Di Hatiku?
Pahrol Mohd Juoi.
tiha
09/05/2014 at 9:37 am
Alhamdulillah. .
Perkongsian yang baik di hari yang berkat 🙂
kakcik
09/05/2014 at 9:46 am
Tidak rugi berbuat baik dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT… 🙂
alis
09/05/2014 at 10:00 am
TT_TT
tuje, buat masa ni. tq cikta.
ziemarziah
09/05/2014 at 10:23 am
bila bersangka baik baru hidup kita akan tenang..kan..
ewanthology
09/05/2014 at 11:03 am
kena istiqomah dalam berdoa….sambil berdoa tu, usaha kena ada gak.
Petak Bunga
09/05/2014 at 11:13 am
kena doa bersungguh-sungguh.
allah je tahu mana yg terbaik untuk kita.
Rai Ourkizuna
09/05/2014 at 2:11 pm
kadang kadang tang bersangka baik ni kita lupa.. terutamanya bila diuji..
juliet
09/05/2014 at 2:45 pm
teringat buku ustad pahrol yg tak habis baca lagi dari tahun lepas 😀
JR
09/05/2014 at 4:22 pm
Betul tu, selalu bersangka baik denganNya dan Dia akan bersangka baik dengan kita. Semoga segala doa dan harapan akan diperkenankanNya…lambat atau cepat pasti ada harinya….
sylarius
09/05/2014 at 6:10 pm
Kita hanya mampu mengubah diri kita, tetapi tidak semestinya kita mampu mengubah keadaan dan orang di sekeliling kita mengikut kehendak kita. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah juga salah satu usaha kita mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.
BUNDA
10/05/2014 at 10:23 am
lnsyaAllah…sama2 kita muhasabah diri …
Nick
11/05/2014 at 1:41 pm
kalo doa lambat dimakbulkan tu, tengok cara kite berdoa pulak.
cnth, pegi rumah orang nak pinang anak dia.
mesti kena beradab kan..huhu
aby
11/05/2014 at 11:54 pm
salam tata ..
kadang bila kita berdoa ..
Allah tk maqbulkan apa yg kita hendak ..
tp dia bagi dalam bentuk lain yg kita tidak sedar ..
antaranya di reserve utk diberi kt kita pd wktu akan datang atau pun diberi kat kita dalam bentuk penebusan dosa2 lalu ..
wauallahuaklam .
apapun.
setuju songko apik karo wong lain kuwi ..
okje
12/05/2014 at 8:59 am
Setuju Tata…..pasakkan dalam hati sedalam dalamnya, tapi sebagai manusia ada kalanya kita tewas kan….Moga kita sentiasa kuat melawan pujukan syaitan tu!
t.a.t.a
12/05/2014 at 9:37 am
Kak, nak lawan syaitan dalam diri tu la perjuangan yang paling dahsyat.
okje
12/05/2014 at 9:03 am
Kelalen arek bagi tahu ( opo yo in Jowo hehe) kuey di tag, nek sempet jointlah yek http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html
Aziela
12/05/2014 at 2:48 pm
Bukan mudah nak tetapkan dalam iman tentang konsep aqidah ni. Hakikatnya, manusia sering tergelincir. Maka sikap sering memberi peringatan macam ni lah yang kawal kita agar tidak tersasar jauh. Thank you dik.