RSS

WW: Padang ragut.

IMG_0856

 

IMG_0854

 

IMG_0857

 

Aku halal kan apa yang engkau makan.

 

Lamb curry anyone?

 

 

 
62 Comments

Posted by on 16/04/2014 in Categorized

 

Akak jealous eh???

 

Of course la jealous sayang oi. Kalau awak tu macam Fasha Sanda ke, Cik Ta ke, akak tak heran langsung.

 

Ni macam Wahida Wassini.

 

 

 

Confirm jealous!!

 

 

 

Huhu.

 
60 Comments

Posted by on 14/04/2014 in Categorized

 

WW: Pokok manggis depan rumah sudah mula berputik lagi.

IMG_20140323_170945

IMG_20140323_171010

IMG_20140323_170849

IMG_20140323_171105 IMG_20140323_171131

 

 
60 Comments

Posted by on 09/04/2014 in Categorized

 

Mi casa, got no water.

Malay Version:

Bangun pagi tadi, perkara pertama yang saya perasan adalah pintu bilik air saya terbuka dan di dalam nya ada banyak pinggan kotor. Saya pandang di sinki, ada sebaldi air.

“Air mati ke maa?” Tanya saya pada kakak yang tengah masak.

“Haah.”

Saya pandang lagi kolah dalam bilik air, dah luak 1kaki. Lupa nak buka paip la ni memasing malam tadi.

Saya baru bercakap besar dengan bos saya, rumah saya ada kolah besar (10′ panjang x 6′ lebar x 3.5′ dalam), so kalau air kena catu pun masih boleh menampung keperluan air.

Haa ye la. Kolah besar Lautan Pasifik sekali pun, tapi kalau tak diisi dengan air, serupa juga tak de kolah besar tu kan?

Huhu.

 

English Version:

When I woke up this morning, the first thing that I noticed was my bathroom’s door was open wide and I saw loads of dirty plates scattered on the floor. I saw a plastic pail of water on the sink.

“Are we off of water supply?” I asked my sister.

“Yes.”

We have a pool (10′ length x 6′ width x 3.5′ depth) shared by 2 bathrooms. I took a glance inside it and saw the water already gone by 1 foot. I guess no body remember to turn the faucet last night.

I remember bragging to my boss the other day. I have a big pool in my house, so even if there is a water ration, we will still be able to go through our daily routine.

So much for the big pool. Even if the pool as big as a Pacific Ocean, but if not filled with water, then there is still no use, right?

Huhu.

 

p.s: So guys! Based on the above versions, what is the morale of the story?

 

 
77 Comments

Posted by on 03/04/2014 in Categorized

 

Jauh benor bunyi nya.

Sementara tunggu babah keluarkan motor, Budak Gundut (BG) selaku budak yang sangat becok mulutnya mengutarakan soalan.

BG: Babah bawak mesen?

Babah: Mesen?

Cik Taa dengan nenek pun macam terpinga-pinga. Apsal tetiba tanya mesen pulak ni?

BG: Haah. Mesen.

Babah: Mesen…  Lesen??

BG: Haa lesen. Bawak?

Babah: Bawak…

BG: Nanti abang tak sejuk la.

Babah: Abang tak sejuk..?

Babah gerak ke ampai baju. Babah tunjuk baju. “Ini ke bang?”

BG: Haah la. Nanti abang sejuk.

Babah: Laaa. Sweater la abang. Mana pulak mesen?

BG: Haa.. say-ter.

 

Memasing gelakkan BG. Jauh benor la abang bunyi nya! Sweater dengan mesen lesen semua. Hahaha.

 
32 Comments

Posted by on 01/04/2014 in Categorized

 

Berdasarkan cerita di atas, sila jawab soalan di hujung perenggan.

 

“Jadi urusan saya dengan pihak polis dah settle, sampai sini sahaja kan?” Tanya saya pada pegawai polis yang bertugas menerima laporan.

“Eh belum lagi. Belum habis lagi. Kena tunggu sarjan dulu.”

“Tunggu sarjan?” Tanya saya kebingungan.

“Ye tunggu sarjan. Nak ambil gambar semua.” Balas polis tu lagi.

Kata-kata polis itu disokong dengan anggukan oleh pemuda bangsa Cina yang hadir dulu sebelum saya.

“Haa?” Kepala cepat menoleh ke arah jam dinding di sebelah kiri. Tepat 8 malam. Hati saya gusar.

“Kenapa? Ada urusan lain ke?” Tanya polis tu lagi.

“Saya belum solat.” Pendek je saya jawab.

“Oh tak pe. Kat hujung sana ada surau. Keluar bilik ni terus hingga ke hujung bangunan. Belok kiri, terus nampak surau.” Polis tu memberi petunjuk.

Saya bangun. Ucap terima kasih dan keluar.

Saya berjalan hingga he hujung bangunan dan pusing kiri.

Tak nampak ada surau pun. Yang ada cuma bangunan stor tempat simpanan kereta-kereta dan motor-motor yang terbengkalai yang saya percaya ia adalah kes trafik.

Kawasan sekeliling gelap. Cuma berpandukan pada cahaya dari lampu dalam bangunan. Samar-samar.

Saya patah balik ke bilik laporan tadi.

“Maaf nak tanya. Saya tak jumpa surau.” Masih pegawai polis yang sama.

Dia bangun dan keluar dari bilik. “Terus sampai hujung bangunan, belok kiri, keluar terus pintu pagar. Kat situ ada surau.”

“Oh, kena keluar pagar ye?” Saya tak perasan pun di situ ada pintu pagar.

Pegawai itu angguk. “Terima kasih.” Ucap saya.

 

Saya turuti semula tapak tadi. Saya jalan terus dan nampak pintu pagar. Alhamdulillah.

Saya keluar pintu pagar. Saya pandang sekeliling. Tiada pun bangunan serupa surau. Depan saya cuma ada sebuah rumah warna putih. Gelap. Ada sebuah kereta parked di lamannya. Warna putih juga. Tak perasan kereta jenis apa.

Sebelah kiri pula ada rumah penjana elektrik. Kalau saya terus lagi ikut jalan ini saya akan jumpa bangunan quarters polis. Dalam tu ada surau ke?

Saya bingung. Dari tadi memang kedengaran bacaan ayat Al-Quran. Lebih kepada suara orang sedang belajar dan mengajar mengaji. Saya berjalan ke depan, cuba turuti suara tersebut.

Tiba-tiba saya berhenti. “Itu suara mengaji dari masjid sebelah sana. Tak kan masjid itu yang pegawai tadi maksudkan? Dia kata surau, bukan masjid.”

Kalau ya pun masjid tu yang dimaksudkannya, macam tak masuk akal pula. Nak pergi masjid tu saya kena menaiki kenderaan. Agak jauh. Saya belek jam tangan. 8.15 pm.

Hati makin gusar.

Saya berjalan terus dan berdiri di tepi tiang. Saya berpusing dan menghadap ke arah pintu pagar tadi. Mata pandang sekeliling. Memerhatikan setiap bangunan yang ada.

Saya buntu.

“Ya Allah, sudah Kau uji aku dengan kemalangan ini, jangan la Kau uji aku pula dengan tidak menampakkan rumah Mu. Aku mohon pada Mu ya Allah, tunjukkan lah aku rumah Mu. Aku ingin sujud pada Mu ya Allah.”

Dari seawal kejadian lagi selawat dan istighfar tak pernah lekang dari bibir dan dari dalam hati. Saya teruskan mantra istighfar diselangi selawat nabi.

Saya ambil keputusan untuk berjalan balik menuju ke pintu pagar tadi. Saya berhenti. Saya berdiri dan berpusing ke belakang menghadap ke arah rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya.

Saya tenung rumah itu.

Lama.

Tidak semena-mena kepala saya terdongak. Saya pandang ke atas ke arah bumbung rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya.

Bibir mengukir senyum.

Hati terasa tenang.

Tenang sangat.

 

Ya Allah ya tuhan ku, aku bersyukur pada Mu ya Allah, aku bersyukur yang teramat pada Mu. Terima kasih ya Allah kerana tunjukkan aku rumah Mu itu.

 

Rumah-putih-gelap-yang-ada-kereta-putih-di-lamannya itu sebenar nya adalah SURAU!

 

 

Jadi, berdasarkan cerita di atas, sila jawab soalan ini.

 

BAGAIMANA KAH SAYA TAHU YANG RUMAH-PUTIH-GELAP-YANG-ADA-KERETA-PUTIH-DI-LAMANNYA ITU ADALAH SURAU?

 

 
77 Comments

Posted by on 28/03/2014 in Categorized

 

A flower in a wrap.

Last week
received an envelope
a small one
a thin one
no return address
based on the appearance
not an official business
a personal business
my mind did a race
who sent me this?
did I expecting something from someone?
nothing that I can think of
did someone said to sent me something?
not a clue.
I felt the envelope
hmm.. something
not a paper definitely
the piece start to fit in
I think I remember who
but still
I cut the paper end out
only to revealed
something..

IMG_20140322_083228

.. a flower in a wrap
thanks to Sis Henrietta Jose
for taking your sweet time
to sent me
a beautiful flower in a plastic wrap.

 

p.s. Sis, did I write exactly as yours? :)

 
36 Comments

Posted by on 26/03/2014 in Categorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.