RSS

Berita-berita hari ini.

12 Sep

Kalau dapat bank statement, amat jarang saya nak belek announcement yang mereka printed out on the last page. Tapi tadi dok rajin bebenor, dok belek-belek la dari awal muka sampai akhir muka. Oh banyak juga berita terkini yang mereka beritahu. Ada berita tak buruk, berita baik dan berita memang buruk.

Kita mulakan dengan berita tak buruk.

Berita tak buruk.

Berita tak buruk.

Ini berita saya panggil tidak buruk sebab bagi saya kalau ia tiada pun saya tak kisah sebenarnya. Kalau ada pula ia memang membantu memudahkan urusan kalau tak sempat nak check bank online. Ye la, mana la tau kot-kot tetiba ada issue cheque berjumlah jutaan ringgit pulak kan?

Diikuti dengan berita baik. Sangat baik.

Ini berita sangat baik!

Ini berita memang baik!

Charges for IBG before this adalah RM 2.00 untuk sekali transaksi. Sudah la kena bayar mahal, duit ambil masa lama pula tu untuk clear. It took 3 working days baru clear di pihak penerima.

So now they reduced to RM 0.10 for each transactions which is a big wow for us!

Berita terakhir adalah berita buruk! Memang buruk!!

Huhu.. bad news!

Huhu.. bad news!

Sila bayangkan..
Jap, nak bayang kan ni. *sambil pegang kepala*. Sorry tak dapat bayang kan la.
Chet, hampeh tul!

Okay, ulang balik. Sila bayangkan setiap cheque yang kita issue bila presented pada bank, bank akan charge kita RM 0.50 setiap cheque.

Diulang, setiap cheque!

So, what is the big deal? It is only RM 0.50 for each, not RM 50.00!

Ye la, bagi company giant RM 0.50 is nothing la, but for company SME RM 0.50 meant almost everything. Sama macam harga minyak. Minyak naik RM 0.20 ramai yang bising. Ni charges naik RM 0.50 giliran saya pulak nak bising.

Imagine this..
Imagine lagi..
Hei, jangan menyampuk boleh tak?
Okay, sorry.. go on.
Good!

Okay, imagine this. Secara purata dalam sebulan saya akan issue 30 keping cheques dari 2 bank yang berlainan.

Sebulan RM 0.50*30 = RM 15.00
Setahun RM 15.00*12 = RM 180.00

Ini bermaksud RM 180.00 itu akan debit ke akaun “Belanja Kewangan” saya. Ini juga bermaksud margin keuntungan tahunan saya akan berkurangan sebanyak RM 180.00!

Wow!

Cadangan adalah dengan menggunakan secara penuh online banking. Dah bincang dengan boss, boss kata tak pe tengok dulu tahun depan macam mana. Apa-apa hal tunggu sehingga tarikh tersebut.

Okay, so.. tunggu je la.

 
21 Comments

Posted by on 12/09/2013 in Categorized

 

21 responses to “Berita-berita hari ini.

  1. kniedaz

    12/09/2013 at 10:08 am

    utk insan marhaein ni..tu pun dah kira banyak tu..

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 2:20 am

      20sen dan 50sen tu nilai nya rendah, tapi bila masuk bab charges dan minyak dan telco, nilainya memang tinggi.

       
  2. azieazah

    13/09/2013 at 12:06 am

    Saya lagi blur.. Mujur kat rumah ada sorang yang belajar accounting. Apa apa hal, kita rujuk dia saja…

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 2:21 am

      kat rumah dengan pejabat, saya juga la accountant nye.

       
  3. Yunus Badawi

    13/09/2013 at 12:41 am

    Saya pun terkejut bila baca berita tentang cas 50 sen utk setiap cek tu. Cekik darah betul. Nampaknya kenalah gunakan transaksi atas talian utk mengurangkan perbelanjaan. Tapi ada masa kena juga bayar menggunakan cek….. huhuhu

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 2:24 am

      Betul, tak semua perkara boleh guna online. Untuk bayar sewa bulanan memang kena guna check. Loan-loan pun sama. Awal tahun siapkan PD Cheques untuk setahun punya.

       
  4. Yunus Badawi

    13/09/2013 at 12:42 am

    Sebelum sampai 30 keping cek? Banyak juga tu. Syarikat kecik mcm saya ni kurang daripada 10 keping

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 2:22 am

      purata YB, kadang lebih, kadang kurang. check bayar untuk supplier-supplier dan sewa epf socso aje. bil-bil lain guna online.

       
  5. FAIRUS MAMAT

    13/09/2013 at 12:58 am

    NASIB BAIK SAYA TAK PAKAI CHECK.. 🙂

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 2:21 am

      tahniah, kurang satu hal nak fikir pasal charges.

       
  6. Dee

    13/09/2013 at 3:02 am

    online aje..jimat..ofis sy pun jarang pakai cheque..kebanyakkan payment dibuat melalui online banking 🙂

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 3:15 am

      sedang berkira-kira la ni nak guna online sepenuhnya.

       
  7. elly

    13/09/2013 at 5:07 am

    gila la, dah la gua tetiap bulan pakai cheque byk…….ntah apa2, tak ikhlas tul la

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 5:10 am

      sejak BNM ambil alih urusan cheques, memang ada aje charges yang naik nya.

       
  8. the malay male

    13/09/2013 at 6:48 am

    bank dan charges memang tidak dapat dipisahkan. yang berbezanya adalah samada amaun charges yang dikenakan relevan atau tidak.

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 6:49 am

      you as a banker, kau rasa relevan tak?

       
      • the malay male

        13/09/2013 at 7:22 am

        kalau tgk pada notification yg u dapat tu.. ada caj yang turun, ada yang baru diperkenalkan.. so actually, pihak bank topup balik income dari charges yg turun tu dgn income yg lain.

        pendapat peribadi saya, relevan sebab charges nya tak tinggi sgt sebenarnya. cust bukan tidak ada pilihan untuk escape dr charges. ada. iaitu online banking. dan itulah objektif utama diorg impose charges ni. nak galakkan penggunaan online banking.

        tapi kalau tak kisah dgn chg tu. cust boleh stay guna cara convensional yang ada skrg.

         
      • t.a.t.a

        13/09/2013 at 8:10 am

        itu juga yang saya nampak. mereka turunkan dulu IBG charges, bagi masa untuk customer gembira dan selesa, then baru la announce untuk naik kan charges yang lain. and yes, memang banyak beza. RM2 turun jadi 10sen, beza RM1.90 tapi naik charges chq cuma 50sen.

        bagi kami memang terasa sebab banyak guna chq, dan ada sesetengah bayaran memang kena guna chq, tiada secara online.

        sesetengah orang memang agak susah nak terima perubahan. kena ambil masa dulu untuk cope dan sesuaikan diri dengan perubahan itu.

         
  9. sudipvssenduk

    13/09/2013 at 7:41 am

    tengah imagine…

     
    • t.a.t.a

      13/09/2013 at 7:51 am

      hahahahah.. berjaya imagine tak?

       
  10. murni alfathunnisa

    14/09/2013 at 2:49 am

    oh oh..this is no good..no good! ini boleh menyebabkan shrinkage on profit…walaupun saya takde guna cheque personal..tapi untuk firm…? hmmm. tak best ok! berita no. 2 je yang bagusnya..haisy..

     

Leave a reply to t.a.t.a Cancel reply